Tahun 1981 : Mei Lin 30 Tahun

146 10 0
                                    


Maryam berjalan mengelilingi bangunan sekolah, dia mengingati setiap peristiwa dan detik-detik istimewa di Sekolah Persendirian Hong Luan, pengenalan dia dengan Meena serta guru-guru lain yang sudah seperti keluarga.

Dia melewati Essembly Hall, di sini meraikan hari pertama dia diperkenalkan kepada warga Hong Luan, di sini juga di umumkan kumpulan tarian sekolah ini mendapat tempat pertama pertandingan tarian sekolah-sekolah peringkat negeri Kedah.

Dewan ini juga menyaksikan pelajar-pelajarnya mendapat anugerah pelajar terbaik didalam mata pelajaran ilmu hisab.

"Cikgu Maryam, you always welcome here. Your effort and your hardwork to see each of your student success will always been remembered", kata Headmaster (Hong Guan) didalam perhimpunan khas pagi tadi sempena persaraannya.

"Belum pulang Cikgu Maryam", sapa Miss Habibah

Lamunan Maryam terhenti, dia menyapu air matanya lalu berpusing ke belakang, dia langsung tidak perasan kedatangan Miss Habibah.

"Belum Miss Habibah, saya minta Zain datang lambat sedikit," kata Maryam tersenyum tawar.

Miss Habibah berjalan kearah Maryam dia memahami perasaan Maryam, tentu berat melepaskan profession yang sangat dicintai ditambah dedikasi dan kesungguhan yang taburkan untuk melihat anak-anak murid berjaya. Tetapi sesuatu yang bermula pasti berakhir.

" Orang cakap guru bagaikan lilin yang menyala menerangi malam, membakar diri untuk melihat kejayaan anak bangsa, tentu berat untuk melangkah keluar dari Hong Luan kan," kata Miss Habibah sambil mencapai bahu Maryam dia dapat merasakan sendu tangis Maryam yang ditahan.

" Tetapi percayalah pengorbanan ini tidak sia-sia, mungkin ada sesuatu yang sedang menunggumu diluar sana, yang lebih memerlukan jasa baktimu," kata-kata Miss Habibah menyebabkan Maryam tidak menahan dirinya lagi, dia terus memeluk Miss Habibah yang dianggap seperti kakak itu dan menangis semahu-mahunya.

Petang itu ketika Zain sampai di pintu pagar sekolah Maryam sedang menunggu dengan sebuah kotak.

Dia turun membuka bonet kereta untuk Maryam, dilihatnya perbagai bentuk bungkusan kecil dibalut dengan pembalut hadiah dan sebuah cenderamata dari sekolah. Tentu hadiah dari pelajar-pelajar dan sekolah.

Maryam duduk di tempat duduk penumpang dengan mata yang sembab dan merah akibat menangis.

Mereka membisu sahaja sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Nerang. Tentu sukar untuk Maryam hendak meninggalkan Hong Luan tambahan lagi Meena dan Robert masih bercuti kahwin. Jadi kedua sahabat baiknya itu tidak ada bersamanya ketika hari terakhirnya di situ.

Mereka sampai dihadapan rumah, Zain turun dari kereta hendak membuka pagar, dia terlihat Mysara berlari-lari kearah mereka sambil memegang sepucuk surat. Dia membolosi pagar yang sedang dibuka oleh Zain lalu membuka pintu kereta dan duduk di riba Maryam.

" Mama lihat surat Auntie Yan, Sara nak baca Mama boleh tolong bukakan," kata Mysara teruja.

Maryam tersenyum lalu perlahan-lahan mengoyakkan hujung sampul surat tersebut. Dilihatnya sekeping kad ucapan tahun baru Cina dan beberapa keping gambar didalamnya ada juga dua keping kertas kajang bertulis tangan didalamnya dan dua keping sampul angpow.

Maryam mengambil kad ucapan lalu membacanya, Happy Chinese New Year dari Auntie Yan, Auntie Mei Lan, Pho Pho dan Kung Kung

Dia kemudian mengambil sampul angpow,

" Wah Sara dapat angpow, satu untuk Sara satu untuk Jefri," kata Mysara

"Banyak la angpow Sara campur dengan uncle Guan dan uncle Robert bagi lagi kan," kata Zain.

MEI LINWhere stories live. Discover now