MMG

234 38 23
                                    

"Kenapa korang mesti dekat sini?!" Soal Minho marah.

Asal sakit jumpa dia. Asal jumpa dia je sakit. Asal tak mampos terus?!?

Aira dan Felix hanya mampu tersengih. Minho menarik rambutnya perlahan. Stress!

"Korang tau tak aku ni doktor bedah? Doktor bedah wei!! Bukan doktor biasa yang buat check-up tu!" Bebel Minho. Felix dan Aira hanya mampu menahan telinga mendengar bebelan dari Minho.

"Dah lah tak buat appoinment! Free pula tu!!! Boleh bankrup aku macam ni" Kata Minho dengan tangisan palsu.

"Ala bang. Kau tengokkan lah Felix ni. Tiba-tiba je muntah-muntah" Kata Aira. Minho mengerutkan keningnya. Dia tak sangka yang adiknya dan adik iparnya itu sebodoh ini.

"Korang bodoh ke apa? Dah sah-sah lah kau ngandung. Dah tentu korang gi honeymoon haritu" Kata Minho kepada Aira.

Jangan salah anggap. Dia tak pernah cakap macam ni dengan pesakit atau para penjaga yang datang berjumpa dengan dia.

"Seriouslah hyung?" Soal Felix tidak percaya. Kalau Aira yang mengandung, asal dia yang kena alahan?

"Iya lah. Takkan kau pula yang mengandung" Kata Minho tidak peecaya. Dah jadi bapak pon still bodoh. Felix tersengih mendengar kata-kata Minho. Jarinya bersentuhan dengan jarinya yang lain.

"Hehe. Manalah tau. Sebelum ni aku tak kena alahan pon" Kata Felix. Minho menjulingkan matanya.

Tau lah pernah jadi gay. Tapi bodoh tu jangan lah sampai macam tu sekali.

Minho mengambil telefon pejabat yang berada di atas mejanya. Nombor pejabat doktor sakit puan di telefon.

"Hello doktor Shin. Tolong datang ke bilik saya. Ermm. Ada orang yang salah pejabat dekat sini. Sepatutnya jumpa doktor sakit puan tapi terlajaj masuk bilik doktor pakar bedah" Perli Minho.

Kedua orang yang diperli itu hanya tersengih. Beberapa minit kemudian, Doktor Shin Ryujin yang dihubungi tadi datang ke bilik pejabat Minho.

"Hah tu. Ambil perempuan tu. Menyemak je. Kaya tapi nak huat check-up free" Kata Minho.

Aira menjelirkan lidahnya ke arah Minho. Minho membalas perbuatan yang sama seperti Aira. Doktor Shin hanya tersenyum melihat gelagat adik beradik itu.

Setelah Aira dan Doktor Shin keluar dari bilik pejabat Minho, Felix terus menghadap Minho dengan muka kesian. Minho yang memandang ke arah Felix membuat muka menyampah.

"Yang kau buat muka seposen kat aku ni dah kenapa?" Soal Minho jijik.

"Sampai bila aku kena alahan ni hyung?" Soal Felix. Minho tersengih sinis.

"Orang kata, kalau kena alahan bini mengandung ni sebab sayang bini. Kau sayang bini kan?" Soal Minho sinis. Nak menangis Felix rasanya.

"Ya hyung. Aku memang sayang bini. Tapi sampai bila?" Soal Felix merana.

Memang dia sayang Aira. Tapi terseksa tau tak. Dia tengok ibu-ibu mengandung yang kena 'morning sickness' hari-hari tu buatkan dia cemas. Taknak!!

"Depends ah. Kalau terlebih sayang bini maybe sampai Aira beranak. Kalau sayang separuh maybe sebulan dua je" Kata Minho. Felix merengek mendengar kata-kata Minho.

"Heh. Kata sayang bini. Setakat kena alahan, mengidam ni apa lah sangat nak dibandingkan bini kau yang kena beranak nanti" Kata Minho tenang.

Dia boleh lah relaks. Dia tak kahwin lagi.

"But..." Suara Minho mula berubah. Felix yang tadinya merengek kini terhenti apabila mendengar betapa seriousnya suara Minho.

"Kau tau kan risiko Aira untuk mengandung ni?" Soal Minho sambil menyandarkan badan pada kerusinya. Tangannya berpeluk tubuh sambil memandang wajah Felix dengan serious.

Felix mengeluh lalu menganggukkan kepalanya.

"Aku tau hyung. Jujur, cukup lah Youngchul je. Aku taknak Aira terseksa. Tapi nak buat macam mana. Dia yang nak" Kata Felix. Minho mengeluh perlahan. Badannya mula dirapatkan ke arah meja.

"Risiko dia terlampau tinggi. Kemungkinan untuk hilang kedua-duanya tu memang tinggi. Lebih kurang 80% peluang untuk hilang ke dua-duanya. 50% untuk selamatkan salah seorang. And kalau bertuah maybe dua-dua selamat. Tapi peluang tu terlampau tipis. Lebih kurang dalam 20%" Terang Minho. Felix hampir menangis mendengar penerangan Minho.

"Aku tau hyung. Kalau boleh aku nak dua-duanya selamat" Kata Felix sambil menundukkan kepalanya.

Air matanya hampir tumpah. Namun, pintu yang terbuka membuatkannya segera menghapuskan air mata tersebut.

"Siap dah?" Soal Minho. Doktor Shin menganggukkan kepalanya.

"Tahniah. Kandungan Aira sudah hampir mencecah dua minggu. Jadi saya sarankan untuk larang Aira buat kerja berat memandangkan kandungan masih baru dan lemah. Pemakanan kena jaga" Terang doktor Shin.

Felix dan Aira mengangguk mendengar penjelasan dari doktor wanita itu.

Setelah memberi segala arahan yang sepatutnya, Doktor Shin meminta diri untuk beredar.

Felix dan Aira berbual-bual dengan Minho sebentar sebelum meminta diri untuk pulang kerana Youngchul masih di rumah atuk neneknya.

Mereka juga tidak sabar untuk memberitahu berita yang mengembirakan tetapi menyedihkan ini.

Berita buruk itu akan Felix simpan sendiri. Dia tidak mahu seluruh keluarganya sedih dan mengganggu emosi Aira. Jadi, lebih baik dia hanya mengabarkan berita yang menggembirakan ini sahaja.


My Mr Gay || L.Y.BWhere stories live. Discover now