MMG

209 33 17
                                    

"HOEKK!"

Hah sudah. Bunyi apa kah yang sunggu jelek itu?

Ok tu bunyi-

"HOEKK!"

Felix sedang memuntahkan segala isi perutnya di hadapan mangkuk tandas.

Aira di belakang mengusap belakang badan Felix. Pukul 7 pagi dah muntah-muntah.

Semuanya sebab Felix terhidu bau masakan Aira. Untungnya Youngchool belum dikejutkan dari tidur.

Felix menangis merasakan tekaknya yang perit itu. Badannya dipusingkan menghadap ke arah Aira yang berada di belakangnya lalu dipeluk.

"Taknak morning sickness" Rengek Felix sambil memeluk Aira. Aira membalas pelukan suaminya itu.

"Ya ya saya tau. Kesian dia ya. Hmm~" Aira menggumam di hujung ayatnya. Dahi Felix dicium lembut.

Suaminya itu kalau sakit mesti manja lain macam. Kalau tak sakit? Perangai macam set** tittt~

"Sambung tidur nak?" Soal Aira lembut. Felix menganggukkan kepalanya dengan muka yang masih melekap di perut Aira.

"Nak tidur dengan Youngchul" Bisik Felix. Aira tersenyum lembut.

"Tapi Youngchul kena sekolah harini" Aira cuba menyakat suaminya itu.

Tiba-tiba terdengar isakan dari suaminya itu. Terus gelabah Aira dibuatnya.

"Eh eh jangan nangis. Ok ok. Aira hantar Felix tidur dengan Youngchul ok?" Kalini ini Aira bercakap dengan lebih lembut. Panggilan juga ditukar memandangkan Felix sentiasa menggunakan panggilan itu setiap kali sakit.

"Aira pon?" Soal Felix. Aira menganggukkan kepalanya sambil tersenyum kecil.

Dia kemudiannya memberi Felix minuman lalu membawa Felix ke bilik anak mereka itu. Untungnya katil Youngchul itu besar kerana Youngchul sentiasa tidur hingga jatuh dari katil.

Badan Felix dibaringkan di sebelah Youngchul. Aira kemudiannya menarik selimut menutupi badan Felix.

"Aira?" Soal Felix dengan wajah yang sayu. Aira menunduk lalu mencium kening Felix.

"Aira nak buat panggilan dulu. Kena call Eric dengan cikgu Youngchul. Lepastu nak bagitau salah satu staff yang Aira tak dapat masuk kerja. Felix tunggu sekejap boleh?" Terang Aira dan diakhiri dengan soalan meminta kepastian.

Lambat-lambat Felix mengangguk. Dia sebenarnya tidak rela untuk melepaskan kehangatan di badan Aira.

"Sekejap je tau" Kata Aira lalu bangun dari duduknya kemudian keluar dari bilik tersebut.

Felix berpusing menghadap anaknya yang masih lagi tidur dengan nyenyak. Dengan bibir yang memuncung, dia memeluk badan Youngchul.

Hidungnya menghidu bau rambut Youngchul. Wangi dan Felix sukakannya. Tanpa sedar, dia tertidur kerana terlampau asyik menghidu bau rambut Youngchul.

Beberapa minit kemudian, Aira masuk ke dalam bilik itu semula. Senyuman menghiasi wajahnya itu.

Dia mendekati katil Youngchul. Aira kemudiannya mencium lembut ubun-ubun kepala anak dan suaminya itu.

Aira mengambil tempat di sebelah Youngchul lalu membaringkan badannya.

Matanya terpejam rapat kerana masih lelah. Badan Youngchul itu dipeluk erat olehnya.

Akhirnya, keluarga kecil itu kini tidur dengan tenang dan aman.










Eric di pejabat sudah serabut. Waktu-waktu macam ni lah bossnya itu taknak datang.

Kepalanya digaru lalu rambutnya ditarik pelan.

"Aduhh!!! Takde waktu lain ke nak cuti?!?! Macam mana aku nak uruskan meeting ni?!" Tangis Eric.

Susah lah macam ni. Eric keluar masuk dari pejabat bossnya itu sambil membawa file-file dari pejabat tersebut.

Untung lah ini hanyalah mesyuarat biasa bersama syarikat terdekat. Jika bersama dengan syarikat luar, Eric pasti sudah menangis sekarang juga.









pendek je because a/n takde idea. tapi ok lah tu. at least a/n update muehehe.

My Mr Gay || L.Y.BWhere stories live. Discover now