MMG

217 34 33
                                    

Para lelaki sedang berbual di ruang tamu manakala para wanita di dapur sedang memasak. Lebih kepada membawang pon ada.

"Dah berapa lama kau kenal akak aku?" soal Minho kepada Hyunjin. Hyunjin hampir tersedak apabila disoal tiba-tiba.

"Lebih kurang 2 tahun" Balas Hyunjin dengan tenang.

"Woah! Lama juga" Celah Felix. Hyunjin menganggukkan kepalanya.

"Kau ni ada rupa tau. Tapi kenapa kau mesti couple dengan kakak aku? Dia hodoh kot-"

"Aku dengar lah bodo!!" Balas si kakak dari dapur dengan geram. Akhirnya kata-kata kesatnya itu terkeluar setelah sekian lama dipendam.

Minho tersengih sinis. Dia memang tidak puas hati selagi kakaknya itu tidak mengeluarkan kata-kata kesat. Kini dia mampu mati dengan tenang setelah mendengar perkataan kasar dari kakaknya.

Sedang mereka berbual, telefon Minho berbunyi menandakan mesej masuk. Minho mengerutkan keningnya melihat mesej kexemasan yang terpapar di telefonnya.

"Haish- aku cuti kot harini?" soal Minho tidak puas hati.

"Kenapa?" soal si bapa apabila melihat Minho yang tak senang duduk itu.

"Ada emergency. Diorang tak cukup pakar bedah. Min gerak dulu lah appa. Cakap dengan eomma Min ada emergency kat hospital" Kata Minho dengan tergesa-gesa.

Kunci kereta dan dompet diambil lalu dengan cepat dia berlari keluar dari rumah sebelum bergerak ke hospital dengan sepantas kilat.

"Nasib lah. Siapa suruh jadi doktor pakar" Kata Felix dibalas anggukan dari bapa mertuanya.

Beberapa minit setelah pemergian Minho, akhirnya para lelaki dipanggil untuk ke dapur.

"Mana budak tak guna tu?" Soal Hyerim geram. Dia tahan je telinga dengan mulut nak mencarut dengar Minho mengata dia dari tadi.

"Dia kena pergi hospital balik. Ada emergency" Balas Hyunjin. Dia sudah dapat selesakan diri dalam keluarga itu memandangkan semua sporting.

Hyerim menganggukkan kepalanya. Mereka semua mengambil tempat duduk masing-masing dengan Youngchul berada di atas peha si atuk.

"Ni Hyunjin. Hyunjin memang asal sini ke?" Soal si ibu. Maklumlah tadi tak sempat nak tanya sebab sibuk memuji bakal menantu.

Hyunjin menganggukkan kepalanya sambil menunjukkan senyuman manisnya.

"Ouh. Habis tu sekarang family dekat sini ke dekat LA?" Soal si ibu.

"Ouh family ada dekat sini. Hyun je yang duduk LA sebab sambung belajar" Terang Hyunjin. Yang mendengar menganggukkan kepala masing-masing.

"Sekarang still belajar ke dah habis?" Soal si ibu. Dia kena lah ambil tahu pasal bakal menantu dia.

"Dah habis dah. Berapa bulan yang lepas. Tinggal tunggu surat masuk je" Kata Hyunjin sambil bermain dengan makanan di depannya.

"Boleh ibu tanya? Hyunjin nak kerja apa sampai belajar lama macam tu?" Soal si ibu selepas Hyunjin memberi kebenaran untuk menyoal.

Hyunjin kelihatan ragu untuk menjawab memandangkan tak ramai yang suka akan kerjayanya itu. Hyerim yang melihat keraguan si kekasih segera menjawab.

"Dia nak jadi doktor forensik" Jawab Hyerim. Kelihatan semua yang ada di situ membulatkan mata mereka kecuali Youngchul.

Semua terkejut mendengar kerjaya yang Hyunjin pilih. Siapa je yang suka kena bekerja dengan mayat?

Hyunjin tersengih melihat reaksi mereka. Sedangkan ibu bapanya pon ragu-ragu dengan cita-citanya itu, ini kan pula orang lain. Untungnya Hyerim boleh menerima kerjayanya itu.

"Tak pelik lah dia always bawa kamera" Bisik Aira. Felix menganggukkan kepalanya. Dia tak mampu untuk bercakap. Entah kenapa tiba-tiba dia berasa tidak sedap badan.

"Woah- sebelum cerita ni lebih panjang, apa kata kita makan? Appa dah lapar ni" Celah si bapa. Perutnya dari tadi berbunyi kerana tiada siapa yang mula makan.

Perut si bapa yang berbunyi dari tadi membuatkan Youngchul tergelak mengekek kerana merasakan getaran di perut atuknya itu.

"ok ok. Jom kita makan" Kata si ibu sambil tergelak melihat cucunya yang comel itu.

Baru sahaja beberapa suap, Felix berlari ke tandas untuk memuntahkan segala makanan yang masuk ke dalam perutnya.

Aira yang melihat suaminya berlari itu turut berhenti makan untuk mengikut si suami.

"Felix. Ok tak ni?" Soal Aira sambil mengurut belakang Felix yang masih cuba mengeluarkan segala makanan di dalam perutnya.

Rasa loya itu berterusan selama beberapa minit hingga akhirnya Felix hanya mengeluarkan air liurnya sahaja.

Tekak Felix terasa perit membuatkannya terbatuk tanpa henti. Air mata yang bertakung mengalir dari tubir mata Felix.

"Kita pergi hospital jom? Lagipon oppa pon dah ada dekat hospital dia. Ok?" Soal Aira kepastian. Felix menganggukkan kepalanya lemah.

Aira akhirnya membantu Felix bangun. Badan Felix ditampung oleh Aira untuk berjalan.

Aira memberitahu ahli keluarganya yang lain bahawa mereka ingin ke hospital. Manakala Youngchul ditinggalkan bersama dengan atuk dan neneknya.
















Taknak cakap banyak lah, tapi korang dah agak kan apa yang jadi?






My Mr Gay || L.Y.BWhere stories live. Discover now