MMG

111 20 0
                                    

"SAYANG!!~" Jerit Felix apabila masuk ke dalam cafe.

Dia bukkannya kisah pon bila pelanggan dekat cafe tu pandang dia macam dia gila.

Aira yang tengah duduk dekat cashier sambil tolong Jeongin terus tepuk dahi.

Dah jadi bapak pon perangai macam hmm. Taknak cakap lah.

Aira terus berjalan ke arah Felix. Tangan Felix ditarik olehnya dan dibawa ke dalam pejabat. Terlihat Youngchul sedang duduk di meja pejabat Aira sambil mewarna.

Aira menarik Felix untuk duduk di sofa berdekatan.

"Hmm awak nak bincang apa?" Soal Felix sambil tersenyum manis.

Macam apa tu yang orang indonesia panggil? Bucin? hah macam tu lah.

Aira tengok Felix senyum comel macam tu terus tolak muka Felix supaya pandang tempat lain.

Malu wooo!

Susah ada husband yang terlebih cute. Sebelum kahwin nampak cold and arrogant. Lepas kahwin terus jadi soft and fluffy.

Aira tak kuat.

"Saya cadang nak kembangkan cafe ni lagi. Tapi nanti lah. Lepas baby dah keluar maybe"

"Ouh okay. Buat je lah" Balas Felix.

Ya lah. Kan dah cakap tadi bucin. Mana boleh tolak permintaan orang yang dia cinta tu.

"Tapi saya cadang pekerja saya yang jaga cafe tu nanti. So nanti saya datang tengok-tengok je" Kata Aira. Felix menganggukkan kepalanya.

"Saya tolong-"

"Eh takpe. Cafe tu biar pakai duit saya je. Saya ni bukannya takde duit pon" Kata Aira.

"Hmm okay. Berapa banyak awak nak buka?" Soal Felix.

"3! Jeongin, Seungmin and Sunwoo. Boleh kan?" Soal Aira. Felix tersenyum manis.

"Boleh sayang~" Kata Felix sambil mengusap lembut kepala Aira.

Sedang bermanja-manja. Sweet-sweet tu, tiba-tiba Youngchul duduk di atas paha Felix dan memeluk Felix erat.

"Eh-" Terkejut Felix.

Aira hanya tergelak tengok anaknya itu. Mengantuk lah tu. Sebab tu tiba-tiba datang dekat bapa dia.

Kalau mengantuk je, mesti berkepit dengan Felix. Cuba kalau tengah bertenaga. Takde nya dia ingat pasal bapa dia tu.

Felix mengusap lembut belakang badan anaknya.

"Awak nak bukak dekat mana je?" Soal Felix perlahan.

"Incheon, Gyeonggi dengan Busan" Balas Aira.

"Jauhnya Busan"

"Hmm. Untuk Jeongin sebab dia balik Busan. Kesian dia nanti. Lagipon, apa salahnya kan jauh-jauh. Nanti ada rezeki, saya buka cafe dekat semua negeri yang ada dekat Korea ni" Kata Aira. Felix tergelak kecil.

"Suka hati lah awak nak buat apa pon. Janji awak bahagia" Kata Felix. Aira tersenyum mendengar balasan Felix.

"Thanks Felix" Kata Aira dengan teruja. Dia mencium pipi Felix sekilas.

"Sebelah je?" Soal Felix. Aira memandang Felix jijik.

Tiba-tiba rasa menyesal.

"Dah lah. Awak duduk je lah sini dulu jaga Youngchul. Saya nak keluar tengok budak-budak tu" Kata Aira. Felix menganggukkan kepalanya.

Aira mencium sebelah lagi pipi Felix dengan cepat sebelum berlari- eh takleh lari- berjalan dengan laju keluar dari pejabatnya.

Felix tersenyum gembira lepas dapat kisseu dari Aira. Dia nak melompat tapi baru ingat ada anak dekat paha.

Takpe Felix. Tahan Felix. Untung ada Youngchul, kalau tak gegar cafe tu.

Aira keluar dari bilik itu dengan pipi yang sedikit merah. Jeongin yang tengah jaga kaunter, pandang Aira pelik.

"Noona okay" Soak Jeongin.

"Huh?- Ouh- ouh okay je. ehem!"

"Oo...kayyyy" Balas Jeongin ragu.

Think positive Jeongin. Hal suami isteri- wait- itu pemikiran positif ke?

Ok fokus kerja.

Aira berjalan ke dapur untuk mengambil kek dan meminta Sunwoo untuk membuatkan chocolate ice.

Dia taknak suami dia minum kopi. Tak bagus untuk kesihatan. Plus, dia risau suami dia jadi makin hyper so no!

Sunwoo memberikan kek dan chocolate ice yang dipesan kepada Aira.

"Thanks Sunwoo" Kata Aira sambil tersenyum manis.

"You're welcome noona!" Balas Sunwoo dengan semangat.

Aira tersenyum. Comel je para pekerjanya itu. Aira melihat Seungmin sedang mengelap meja yang baru sahaja digunakan.

Pelanggan di cafe itu sudah mulai kosong memandangkan waktu makan tengah hari sudah tamat.

Dengan segera Aira menuju ke bilik pejabatnya dan memberikan pencuci mulut itu kepada Felix.

"Felix~" Panggil Aira.

Felix yang sedang bermain telefon terus mendongak. Berbinar mata Felix melihat Aira membawa makanan untuknya.

"Woahh~ Thank you sayang~" Ucap Felix. Aira menganggukkan kepalanya.

Badan Youngchul Felix angkat untuk diletakkan di atas sofa. Youngchul bergerak sedikit seperti ingin terjaga, namun kembali tidur setelah merasakan tepukan dari Felix.

Aira tersenyum melihat momen itu. Sungguh keluarga yang bahagia.














Yk, cerita ni takkan pernah ada orang ketiga or perosak rumah tangga. Tapi, part sedih tu ofc lah kena ada. Cuma bukan sekarang lah heh.

My Mr Gay || L.Y.BWhere stories live. Discover now