Aira sedang memasak di dapur. Setahunya, doktor beritahu bahawa dia tidak boleh buat kerja banyak tapi kenapa semua kerja dia yang buat?
Susah betul kalau dapat suami yang manja setiap kali sakit. Tolong lah baik semula esok. Boleh pula dia demam lepas Aira kejut bangun tidur tadi.
Felix menarik hujung baju Aira.
Aira mengeluh perlahan. Dia memang nak Felix sihat semula tapi COMEL SANGAT BILA DIA SAKIT!!
Aira menghadap Felix yang berada di belakangnya. Dengan tangan dia yang kecil tarik hujung lengan Aira. Dah macam anak kucing yang sesat.
Ibu! Aira tak kuat!
"Kenapa Lix?" Soal Aira lembut. Kang tercakap kasar macam biasa nangis pula.
Susah betul dapat suami yang manja plus sensitif waktu sakit. Semua serba tak kena.
Felix memainkan jarinya macam ni 👉👈 sambil buat mulut itiknya itu.
(A/n : dude i malas- i mean i don't know how to terangkan. So yeah)
"Lix nak minum bubble tea" kata Felix tanpa rasa bersalah. Senyiman polos ditayangkan.
Sah Felix bukan demam sekarang ni. Mabuk agaknya. Aira kena check berapa botol dia minum semalam-
"Hah jom lah siap kita pergi beli" Ajak Aira. Felix menggelengkan kepalanya.
"Lah kenapa?" Soal Aira hairan. Felix memandang wajah Aira sambil tersenyum.
"Nak Minho hyung yang belikan" Kata Felix. Tak padan dengan demam. Niat nak pedajal orang tu sentiasa ada.
Dasar!
"Dia busy lah Lix"
Felix merengek mendengar alasan Aira. Kakinya dihentak-hentakkan dengan kuat.
Dah boleh nampak dah anak dia punya perangai macam mana nanti. Aira menggaru kepalanya.
"Ok ok. Aira cal sekarang. Nak buble tea kan?"
Felix terus mengangguk mendengar soalan Aira. Wajahnya kembali bertukar ceria.
Seriouslah dia tengah sakit sekarang ni. Aira meletakkan belakang tapak tangannya di dahi dan leher Felix. Panas.
Aira menggeleng perlahan sebelum menelefon Minho. Malang betul nasib abangnya itu.
"MWOO?!! Asal aku pula? Kau bini dia kan? Kau lah pergi beli" marah Minho.
"Tapi- Lix nak kau lah yang belikan. Kalau tak takde lah aku nak call kau sekarang ni" Bebel Aira. Minho mengeluh kasar.
"Fine! Aku beli. Aku buat semua ni untuk bakal anak saudara aku tu tau. Dah bye!" Minho terus meletakkan panggilan tanpa mendengar balasan dari Aira.
"Marah betul" Aira menggaru kepalanya perlahan.
Biarlah. Bukan salah dia. Felix yang tiba-tiba mengidam.
Tak bukan mengidam mengandung. Tapi mengidam sebab demam. Pelik-pelik je perangai. Nasib sayang.
Aira yang mengandung ni pon tak mengidam lagi memandangkan kandungan dia masih lagi sebesar kacang-
"Dah. Aira dah call Minho. Nanti dia sampai" kata Aira. Felix mengangguk laju.
Tak tau lh ni sebab anak dalam perut atau sebab Felix sengaja nak cari pasal dengan Minho.
Kalau sebab anak, mungkin anak dia yang kalini akan rapat dengan Minho. Kalau sengaja cari pasal, rasanya anak dia yang seorang ni pon tak akan suka dengan Minho.
Bukan tak suka tapi tak rapat. Macam Youngchul hmm.
Sebut pasal Youngchul, terdengar derapan kaki anak lelakinya itu yang berlari menuju ke dapur.
"Jangan lari-lari sayang! Jatuh nanti!" Laung Aira. Youngchul menghentikan lariannya serta merta. Namun, dia berjalan dengan laju menuju ke arah Aira.
Seronok sangat lah tu dapat cuti sekolah.
"Omma! Chul nak Changeun. Sini. Boleh?" Soal Youngchul dengan ceria.
Aira menganggukkan kepalanya. Changeun merupakan anak dari Changbin dan Mella. Boleh lah dia call mereka sekeluarga untuk datang tolong.
Sejujurnya Aira takut untuk membuat kerja kerana fisiknya yang lemah itu. Jadi apa salahnya. Panggil anak untuk 'playdate'. Bapak untuk jaga Felix. Dan emaknya untuk tolong Aira dengan dapur.
Youngchul bersorak kegembiraan melihat jawapan Aira. Dia berjalan ke ruang tamu untuk menceritakan kegembiraannya itu kepada bapanya yang tersayang.
"Eung-"
"Kenapa sayang?" Soal Aira apabila mendengar bunyi pelik keluar dari mulut Youngchul. Dia baru sahaja ingin membuat panggilan.
Aira terus bergerak ke ruang tamu untuk melihat apa yang jadi.
Youngchul di hadapan sofa sambil jari telunjuknya tertuju pada bapanya yabg terbaring di atas sofa.
"Appa. Tidur?" Aira mengulumkan senyuman. Wajah suaminya yang indah itu ditatap buat seketika sebelum pandangannya teralih ke arah Youngchul semula.
"Biar je appa tidur. Appa tengah sakit" kata Aira. Youngchul memuncungkan bibirnya.
"Appa sakit?" Soal Youngchul. Aira menganggukkan kepalanya. Dia berjalan mendekati Youngchul lalu mengusap rambut Youngchul perlahan.
"Apa kata Youngchul pergi bilik lepastu ambilkan selimut untuk appa. Kesian appa sejuk. Nanti appa makin sakit. Youngchul taknak kan?" Soal Aira. Youngchul menggelengkan kepalanya laju lalu berlari ke bilik ibu bapanya untuk mengambil selimut yang mampu menghangatkan bapanya yang sedang sakit.
Aira mengusap rambut yang menutupi mata Felix ke belakang. Tisu di atas meja di ambil untuk mengelap peluh yang mengalir di dahi Felix.
"Cepat sembuh Lix. Saya takut" bisik Aira lalu mencium dahi Felix perlahan.
Aira tidak bangun dari tempatnya. Setia menunggu Youngchul untuk datang sambil membawa selimut.
Macam mana lah gaya si kecik tu bawa selimut yang besar. Tunggu je lah.
![](https://img.wattpad.com/cover/234064310-288-k943795.jpg)
YOU ARE READING
My Mr Gay || L.Y.B
Random[The series of Mr Gay] Bagaimanakah telatah Felix dan Aira setelah lima tahun berlalu? Tambahan pula,mereka sudah bergelar ibu bapa hampir 4 tahun. Mampukah mereka menjadi ibu bapa yang baik? Start : 141120 End : Rindu mereka? hah tekan lah button r...