Setelah hampir setengah jam menunggu, Minho tiba di depan rumah Aira. Loceng rumah tersebut ditekan berkali-kali melepaskan geram.
Changbin membuka kan pintu untuk Minho. Berkerut dahi Minho apabila melihat wajah Changbin.
Alamat rumah dilihat semula. Dia tak salah rumah kan?
"Hyung? Kau buat apa? Masuk lah" Marah Changbin. Moody semacam.
Terkedu Minho tiba-tiba kena marah. Dia tak tau pula ada orang lain dalam rumah tu. Ingat nak cari pasal dengan Aira dan Felix. Tiba-tiba ada orang lain.
Minho masuk ke dalam rumah lalu menuju ke arah Felix. Air boba ditangannya dihulurkan.
"Ouh hyung" Tegur Felix. Dia memandang air di tangan Minho.
"Hyung minum lah. Aku takleh minum ais sebab demam" kata Felix dengan bersahaja.
Mata Minho terjegil.
"Kau cakap apa tadi?" Soal Minho.
"Aku taknak" kata Felix sambil memandang Felix dengan wajah polos.
Minho menghembus nafas tidak percaya.
"Kau taknak? Hello! Kau tau tak aku terpaksa bagi patients aku dekat doktor lain. Lepastu batalkan semua appointment aku and sanggup beratur panjang-panjang semata-mata nak beli air boba kau ni. And now kau cakap kau taknak?" Bebel Minho. Felix memandang Minho dengan mata berkelip-kelip lalu kembali memandang television yang lebih menarik perhatiannya.
"Sah anak diorang nanti mesti suka menyusahkan aku" bebel Minho sendirian.
"Kau ambil je lah air ni. Pergi bagi siapa-siapa yang nak" Arah Minho sambio menghulur air di tangannya itu pada Felix.
"Taknak lah! Hyung minum je lah!" Marah Felix. Suka sangat kacau dia tengok drama. Dah lah tengah part ehemm.
Kau pikir apa? Kiss lah!
"Ambik je lah!" Marah Minho.
"Aaaaaa~!!! Airaa!!" Jerit Felix. Aira berjalan menuju ke ruang tamu.
"Hah kenapa?" Soal Aira dengan gangster. Dia dah lah tengah membawang dekat dapur dengan Mella.
"Tengok Minho hyung ni paksa Lix minum air tu" Mengadu Felix tapi diputar-belitkan sedikit. Aira terus memandang Minho.
"Lee Minho. Boleh tak jangan kacau suami aku?" Soal Aira kesal. Sekali lagi Minho menjenggilkan matanya.
"Heh?... kau- kau panggil aku apa tadi? Lee Minho? Woi! Aku abang kau tau!" Marah Minho. Aira menyilangkan tangannya sambil memandang Minho. Matanya berkedip beberapa kali sebelum menjawab kata-kata Minho.
"Kau abang aku. Dia suami aku. Pangkat dia lagi tinggi dari kau" Kata Aira dengan bersahaja. Terkedu Minho mendengar kata-kata Aira.
"Fine aku kalah. Dah biar aku je yang minum air ni" Kalini Minho mengalah dengan Aira. Itu pon sebab dia ingat yang Aira tengah mengandung. Kalau tak memang dia teruskan berdebat.
Baru sahaja Minho ingin menyedut minuman tersebut, minuman itu dirampas oleh Felix. Selamba badak je dia sedut air tu depan Minho.
Hampir menangis Minho dibuatnya. Suami isteri dua-dua sama je tak betul.
"Eyyy! Nasib kau ni sakit tau. Kalau tak memang dah lama kena lempang" Marah Minho.
Dia dah lah haus. Harapan dia dah tinggi bila Felix cakap dia taknak. Tiba-tiba kena rampas.
Changbin yang duduk memerhati hanya mampu gelak dalam diam melihat nasib Minho. Gelak kuat-kuat karang takut dia yang kena terajang.
"Hyung kalau nak air, dalam peti sejuk tu ada air. Tapi air masak je lah" kata Felix dengan selamba tanpa menandang Minho.
'Oh my- wahai bakal anak saudara ku. Semoga perangai kau tak ikut bapak kau. Cukup lah abang kau sorang je' Bisik hati Minho.
Wahai Lee Minho. Jangan letak harapan yang terlalu tinggi. Nasib kau tak selalu baik.
YOU ARE READING
My Mr Gay || L.Y.B
Random[The series of Mr Gay] Bagaimanakah telatah Felix dan Aira setelah lima tahun berlalu? Tambahan pula,mereka sudah bergelar ibu bapa hampir 4 tahun. Mampukah mereka menjadi ibu bapa yang baik? Start : 141120 End : Rindu mereka? hah tekan lah button r...