Aira berjalan ke arah Seungmin yang sedang mengelap meja.
"Seung!" Panggil Aira. Seungmin menolehkan kepalanya ke arah Aira.
"Hmm?"
"Sini biar noona tolong" Kata Aira sambil cuba untuk mengambil kain pada tangan Seungmin.
"Huh? Ehh!!! Takpe noona!" Cegah Seungmin apabila melihat tangan Aira cuba untuk meraih kain pada tangannya.
"Takpe lah. Biar noona tolong"
"Takpe noona! Noona tu kena banyak rehat. Kesian baby dalam perut tu nanti" Kata Seungmin.
"Ala apa lah sangat lap meja ni. Kan boleh buat sambip duduk. Seungmin pergi lah sapu-sapu cafe ni. Kalau noona tolong kan cepat sikit siap. Lagipon, pukul 4 nanti budak Uni dah keluar datang nak makan" Kata Aira.
Seungmin mengeluh perlahan. Tak pernah menang kalau beradu mulut dengan Aira. Ada je alasan dia.
"Ok Ok! Ish noona ni!" Rajuk Seungmin sambil menghulurkan kain pada tangannya.
Aira tersenyum melihat gelagat Seungmin. Pekerja-pekerja dia ni memang comel-comel je semua.
Jeongin yang memerhati dari kaunter hanya mampu menggelengkan kepalanya.
Dah biasa tengok Seungmin dengan Aira berdebat. Dan pengakhirannya mesti Aira yang menang. Entah Seungmin yang cepat sangat mengalah atau Aira yang banyak sangat idea.
Seungmin mula mengambil penyapu serta penyodok sampah dan mula menyapu. Aira mula mengelap meja dan mengemas pinggan mangkuk yang ada di atas meja.
Sunwoo berjalan keluar dari dapur dan mula membantu Aira mengangkat pinggan mangkuk kotor yang baru sahaja Aira susunkan.
"Thank you Sunwoo" Kata Aira dengan lembut. Sunwoo tersenyum manis.
"You're welcome noona!" Kata Sunwoo.
Sunwoo berjalan ke arah dapur untuk meletakkan pinggan mangkuk kotor itu ke dalam sinki.
Basuh tu nanti lah kan. Biasanya Seungmin yang basuh.
Biasalah, tugas dia mengemas je harini. Boleh nampak yang pekerja paling sibuk adalah Seungmin.
Ya lah. Masa orang lain sibuk, dia duduk goyang kaki je. So bila orang lain rehat, dia lah kena mengemas segala benda.
Tugas Jeongin pula ambil pesanan, hantar pesanan- well pelanggan yang kena datang kaunter ambil pesanan. And lastly, dia kena kira duit. Jadi, tugas Jeongin tidak susah, cuba sedikit terbeban sebab Jeongin kena jujur dan amanah. Dia pegang duit kan.
Dan yang terakhir, Sunwoo perlu buat pesanan. Tugas dia paling senang, tapi kalau tak sedap, dia lah yang dipersalahkan.
Tugas diorang ni tidak tetap sebenarnya. Kadang diorang bergilir-gilir. Kadang diorang tolong je buat tugas orang lain.
Nampak lah yang masing-masing ada semangat saling membantu giteuww.
Selesai mengemas, Aira masuk ke dalam pejabatnya semula. Terlihat Felix sedang tertidur sambil memeluk Youngchul lembut di atas sofa.
Comel nya lahai suami dengan anaknya itu. Aira tersenyum lembut.
Memang sedap kalau tidur dekat pejabat Aira ni. Sejuk and bau kopi tu kuat. Soft je bau dia sebab tu lena kalau tidur.
Kadang Aira pon boleh tertidur dalam pejabat dia sendiri.
"Felix" Panggil Aira sambil menggoyangkan perlahan badan Felix.
"Hmm?" Gumam Felix dengan mata yang masih lagi terpejam.
"Hey. Bangun lah. Awak nak tidur kat sini ke? Pergi lah balik kalau tak selesa" Arah Aira.
"Tidur sini. Selesa" Gumam Felix dengan mamai.
Dia kembali memeluk Youngchul erat. Aira menggelengkan kepalanya.
Sekarang baru sahaja jam 3:20 p.m.
Aira berjalan ke arah mejanya semula. Dia pon tak tau nak buat apa sekarang. Selalunya kalau budak Uni atau budak sekolah datang, dia akan keluar berbual dengan mereka. Tapi sekarang baru pukul 3 lebih dan dia tak tau nak buat apa.
Takkan nak perhatikan anak dan suaminya tidur je? Takut kang dia pon tertidur sekali.
Haih. Baik dia duduk luar kacau budak-budak tu berehat. Sekurang-kurangnya takde lah dia bosan sangat kan?
A/n try untuk update setiap hari. Sebagai permintaan maaf sebab terlampau lama menghilang.
YOU ARE READING
My Mr Gay || L.Y.B
Random[The series of Mr Gay] Bagaimanakah telatah Felix dan Aira setelah lima tahun berlalu? Tambahan pula,mereka sudah bergelar ibu bapa hampir 4 tahun. Mampukah mereka menjadi ibu bapa yang baik? Start : 141120 End : Rindu mereka? hah tekan lah button r...