MMG

335 45 14
                                    

Keluarga Aira dan Felix sedang berkumpul dihalaman rumah sambil minum petang. Mereka memerhatikan Youngchul yang sedang bermain seorang diri. Yang bapa bapa semua sedang berbual sesama sendiri tentang business.

"Korang tak kesian ke tengok Youngchul main sorang sorang?" Soal Mommy Felix.

"Hmm betul tu. Ibu pon nak cucu lagi"

"Lah. Kalau ibu nak cucu kan boleh minta abang dengan kakak. Suruh lah diorang kahwin" Kata Aira. Youngchul berlari ke arah Aira untuk menyuruh Aira menyuapnya kuih yang ada di atas meja itu.

"Yang itu ibu tau lah. Tapi tak kesian ke tengok Youngchul main sorang sorang. Mesti dia sunyi. Korang pon bukannya selalu layan dia"

"Betul. Kalau dia duduk dekat cafe dengan Aira pon dia mesti duduk sorang sorang buat hal sendiri. Aira mesti busy kan?" Mommy Felix pula bersuara.

"Jujur lah. Lix memang nak anak lagi. Cumanya mommy, ibu. Lix taknak kejadian sebelum ni berlaku lagi. Badan Aira ni bukannya kuat sangat pon" Kata Felix.

"Sebelum ni pon dia tak sedarkan diri 3 hari ibu. Macam mana kalau lepas ni seminggu? Sebulan? Setahun?" Kata Felix. Kedua dua wanita yang sudah berumur itu masih lagi tidak berputus asa. Mereka cuba untuk memujuk.

"Tapi, Aira still nak cuba. Macam yang ibu dengan Mommy cakap. Kesian Youngchool sorang sorang. Kita pon bukannya selalu bagi perhatian kat dia. Masing masing busy" Kata Aira. Felix mengeluh perlahan.

"Lix rasa omma dengan mommy kena tau apa yang doktor bagitau pada Lix. Aira pon" Kata Felix sambil tersenyum sedih kepada ketiga tiga wanita itu. Ketiga tiga wanita tersebut menunggu apa yang ingin disampaikan oleh Felix.

"Doktor bagitau Lix yang rahim Aira tak kuat untuk tampung baby. Sekali memang boleh. Tapi kali kedua tu tak pasti. Doktor cakap kemungkinan Aira takkan sedarkan diri lebih lama dan baby dalam perut mungkin akan cacat"

Aira yang mendengar apa yang Felix kata terus terkejut.

"Kenapa Lix tak pernah bagitau kami?" Soal Mommy Felix. Felix mengusap tengkuknya dengan muka serba salah.

"Lix tak sanggup lah nak tengok Aira sedih" Kata Felix sambil memeluk bahu Aira.

"Kenapa tak cakap awal awal? Kitorang dah beli tiket korang untuk honeymoon dekat Paris" Kata Ibu. Felix dan Aira membuntangkan mata mereka.

"Paris?!?!" Jerit mereka berdua.

"I- ani- kenapa tak bincang dulu dengan kitorang?!" Soal Felix. Ibu Aira dan Mommy Felix hanya mampu tersengih.

"Lah kan dah membazir" Kata Aira pula serba salah.

"Mana lah kami tau. Ingat nak buat surprise. Lagipon Aira memang nak pergi Paris pon kan" Kata Mommy. Aira tersenyum kecil tapi berasa serba salah pada masa yang sama.

"Kita pergi je lah sayang. Daripada membazir tiket tu" Kata Felix. Aira menganggukkan kepalanya. Lagipon dia memang nak ajak Felix terima sahaja tiket tu.

"Tapi Youngchul-"

"Itu kamu berdua tak perlu risau. Ibu dengan Mommy kan ada" Kata Ibu Aira. Mereka berdua menganggukkan kepala. Setuju dengan cadangan wanita berumur itu.

"Appa~ Youngchul nak aiskrim boleh?" Soal Youngchul pada Felix. Youngchul mengusap kepala anaknya lembut.

"Boleh sayang. Youngchul nak aiskrim apa? Appa belikan" Soalan Felix itu membuatkan Youngchul tersenyum.

"Youngchul nak aiskrim strawberri!" Jerit Youngchul teruja.

A/n : aggaplah yng youngchul tu cakap pelat. A/n malas nak type pelat ii tu. Dah try type tapi sendiri cringe euw-

Felix tersenyum nipis melihat anaknya itu. Comel sahaja melihat anak lelakinya itu. Dah besar mesti handsome macam appa dia eh-

"Ok. Appa belikan. Youngchul jangan nakal tau. Jangan main jauh jauh" Kata Felix. Ayat dia macam diorang bukan dekat halaman rumah.

Youngchul hanya mengangguk mendengar ayat bapanya itu. Dia bukannya paham pape pon. Fia angguk je yabg penting dapat aiskrim.

Felix bangun mencapai kunci kereta dan dompetnya.

"Sayang. Awak nak apa apa tak?" Soal Felix.

"Belikan saya coklat. Lama tak makan" Kata Aira sambil tersengih.

Felix menjerit di dalam hati melihat Aira tersengih. Comel nyah. Patut anak dia pon comel.

"Ok sayang. Take care" Kata Felix sambil mencium dahi Aira.

Aira hanya menggelengkan kepalanya. Dah biasa dengan perangai pelik suaminya itu. Memang tak pernah dijangka. Kejap annoying. Pastu sweet. Bagi ayat ii sweet sebelum keluar macam nak pergi berperang-

Takde kena mengena.

My Mr Gay || L.Y.BWhere stories live. Discover now