•BAB 3• 🚫

139K 5.8K 652
                                    

NAWRA ASYALAA ternganga melihat syarikat besar yang berdiri gah dihadapannya. Bangunan yang kelihatan sungguh misteri. Sudahlah bangunannya dicat dengan warna hitam. Pulak tu aura dari bangunan ini lain semacam sahaja.

Lelaki tu kaya ke?

Nawra Asyalaa menarik satu senyuman. Syukur lah kalau kaya. Tipulah kalau perempuan tak suka lelaki kaya.

"You sure this is the place? It looks... weird." Komen Asyalaa setelah hampir lama dia cuba usyar ruang dalam bangunan itu tapi tak berjaya. Pandangannya tak dapat menembusi tinted berwarna perak bangunan megah itu. Yang dia nampak hanyalah pantulan van peribadinya sahaja.

Cis.

"I don't really know about this company. But it is well-known for its high level of security team and technology. And i've heard that this company is the powerhouse that win tons of e-sports globally." Ujar River.

Asyalaa menoleh memandang lama River. Wajahnya sedikit berubah. Selalunya nak angkat kepala pun tak berani. Menunduk je macam anak dara dipinang teruna. Tapi kali ini pandangan kosongnya merenung penuh misteri bangunan megah itu.

"I like the way you talk casually to me today River." Tegur Asyalaa.

River tersentak. Membuntang matanya mendengar komen Asyalaa. Pantas dia jatuhkan sedikit kepala dan larikan pandangan ke arah stereng dihadapannya.

Kembali menjadi seorang River yang lurusnya seperti pembaris.

Asyalaa menggeleng kepala. Tegur sikit je pun.

Asyalaa menoleh kembali ke arah bangunan tadi. Saat itu matanya terpandangkan seorang lelaki yang melangkah keluar dari pintu utama bangunan itu. Langkah lelaki itu penuh karisma dan...

Damn he is hot!

"I gotta go. Wait for me ya River." Asyalaa terus melangkah keluar dari van peribadinya dan mengatur langkah laju mengejar langkah kaki panjang lelaki itu.

"Sorry sir!" Panggil Asyalaa lantang. Bagai terpanggil, lelaki itu menoleh jua.

Fuh! Tak sia-sia Asyalaa tebalkan muka semata-mata nak halang lelaki itu dari memasuki keretanya.

Asyalaa menarik nafas dalam-dalam sebelum bibirnya menarik satu senyuman.

"Hai. Do you remember me?" Tanya Asyalaa.

Diam. Lelaki itu tunduk memandang Asyalaa atas bawah. Lama. Asyalaa terus melayangkan tangan di hadapan wajah lelaki itu. Manalah tahu lelaki itu mengelamun ke.

"Yes lady? Are you lost?" Tanya suara beku itu. Sangat dingin. Asyalaa dapat rasa dinginnya sampai menggigit tulang. Tapi suara garau itu kedengaran seksi.

Sangat seksi. Suara pun dah seksi.

Interesting!

"Awak yang selamatkan saya semalam kan?" Tanya Asyalaa.

Diam seketika. Hanya sepasang mata hitam pekat lelaki itu memandang sepi ke arah Asyalaa. "Bila?"

Asyalaa rasa tertampar mendengarnya. Terlalu dingin dan terlalu beku. Muka serius semacam je.

Ke aku salah orang?

"Semalam? Yang ada lelaki cuba serang saya masa runway tu." Jelas Asyalaa perlahan. Cuba mengingatkan lelaki itu akan kejadian semalam.

Dia yakin! Yakin lelaki inilah yang selamatkan dia semalam. Takkanlah dia boleh lupa.

"Oh. Okey. Sama-sama." Ujar lelaki itu ringkas sebelum dia membuka pintu keretanya.

Terkelip-kelip mata Asyalaa mendengarnya.

Sama-sama?

What the heck is that?

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now