ARYA menghulur malas satu sampul surat besar ke arah Asyalaa. Laju Asyalaa menyambut sampul surat itu. Isinya dikeluarkan.
Mengeras tubuh Asyalaa membaca isinya.
She's...
My sister.
She really is.
Asyalaa ketawa lega. Namun ada air mata mengalir di pipinya.
Asyalaa macam tak percaya. Selama ini dia selalu bermimpi untuk mempunyai seorang abang atau kakak yang boleh melindunginya. Dulu dia gembira apabila Amsyar muncul sebagai abang dalam hidupnya. Tapi rasa itu tidak lama.
Dan sekarang, Asyalaa ada kakak.
Kakak.
Seorang kakak.
Ya Allah. Terima kasih!
Arya mencebik sebelum melepaskan keluhan melihat Asyalaa yang sudah menangis sendiri.
Tch.
Tak suka betul dia lihat perempuan menangis. Tapi dia biarkan sahaja. Malas mahu masuk campur isteri majikannya meluah rasa.
Lama suasana sepi. Memberi Asyalaa ruang meluahkan rasa di dada.
"Tolong jangan beritahu Qayder." Ujar Asyalaa perlahan. Tangan naik menyeka airmata di pipi.
"I was trained to follow orders from the highs only. Sama ada Tuan Raja atau Boss. Kalau boss tanya, i can't help myself but told him everything." Balas Arya selamba. Seperti biasa, tingkahnya seperti lemah dan tidak bermaya.
Asyalaa automatik menjeling Arya tajam dengan ekor mata. Terus terdiam Arya di tempatnya.
Oh.
She's pretty scary.
"Saya cuba. Tapi saya tak janji." Arya mendengus malas selepas itu.
Asyalaa kembali memandang kertas di tangannya. Tanpa amaran, Asyalaa terus bangun dari duduknya.
"Nak pergi mana?" Tanya Arya acuh tak acuh.
"Saya kena pergi jumpa dia. Cakap dekat Qayder yang saya ada je dengan awak okey?"
Arya laju menoleh memandang Asyalaa. "You crazy. Kalau dia tanya betul-betul saya nak jawab apa?"
"Cakap jelah apa yang ada dalam hati tu. Awak pun menyampah dengan saya. Saya tahu awak tak ikhlas pun jadi bodyguard saya. Pergilah jujur dengan Qayder. Apa susah." Bidas Asyalaa sebelum dia terus mengatur langkah meninggalkan Arya sendiri.
Membulat mata Arya mendengar Asyalaa memberi cadangan... maut. Gila ke nyah?
Arya melepaskan keluhan.
"Suka hati kaulah. Tidur lagi bagus." Arya menyandarkan tubuh ke belakang. Best juga gazebo rumah besar milik Raja Eiskandar ni.
Seketika kemudian dia mendecit kasar.
"I hate myself."
ASYALAA menjeling tajam Indra dan Arya di sebelahnya atas bawah. Lebih-lebih lagi si Arya. Terasa kecil sahaja lelaki tak cukup vitamin ini di pandangannya.
"Ceh. Dasar Arya tak guna." Ejek Asyalaa perlahan.
Pfft!
Nak tersembur tawa Indra mendengarnya.
"I just don't want to get myself killed. You don't know how scary Qayder can be." Balas Arya perlahan sebelum dia menguap luas. Mengantuk.
Indra automatik telan liur apabila ada secebis masa lalu terbayang di fikirannya. Setuju. Dia tak nafikan kalau Qayder memang...
YOU ARE READING
QAYDER : MR COLD
Romance# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cum...