•BAB 34• 🚫

176K 6.6K 2.7K
                                    

DID i just having an ice breaking with...

Mafias?!

Asyalaa menelan liur. Automatik dia mengecilkan diri di dalam pelukan Qayder.

Patutlah Qayder serius sahaja dari tadi.

"Qa... Qayder. Saya nak masuk kereta semula boleh?" Bisik Asyalaa. Takut pula dia berada dalam ruangan yang dipenuhi manusia-manusia misteri ini.

Qayder diam. Namun tangan mencengkam lembut sisi pinggang Asyalaa. Meminta Asyalaa tetap di tempatnya.

"No."

Asyalaa telan liur dan patuh. Asyalaa terus membatu di tempatnya.

"As i said. I don't care which clan you came from or what kind of power you possess in your family, if you're with me, the one and only laws and rules you need to follow is from me." Ujar Qayder. Agak tegas dan tenang. Tingkah dominannya seolah-olah mendominasi suasana.

"Like the deal, we offer you our favour and of course. It comes with its prices." Jelas Qayder lagi.

Asyalaa garu belakang kepala yang tak gatal. Mereka cakapkan tentang apa sebenarnya.

"No more drugs. No more humans slavery. No more war between family. And that's it." Tingkah Qayder penuh keyakinan dan berani. Asyalaa sudah terkelu sendiri mendengar satu persatu perkataan yang keluar dari bibir Qayder.

Apakah?

"Jangan risau. Benda-benda tu semua kerja lama. Lame. Who the hell still do that though?" Midas memuncungkan bibir ke arah Arhan yang sudah terdiam di tempatnya. Puas hati Midas melihat Arhan yang tergamam habis sebaik sahaja mendengar ayat pertama Qayder.

"Nak mati?" Bidas Arhan keras.

Tapi Midas cuma angkat bahu dan duk main berpusing-pusing dengan kerusinya.

Terasa ke tu...

Asyalaa tunduk. Enggan angkat kepala memandang lelaki-lelaki di hadapannya tadi.

Tiba-tiba rasa seram sejuk. Asyalaa nak balik...

"Dan Tuan Midas pun perlu mengehadkan pengeluaran senjata-senjata haram tuan. You don't know what kind of damage those weapons can do." Tambah Qayder. Mata hany menjeling dingin Midas dengan ekor mata.

Midas automatik terdiam.

Why meh?

"Pfft! Hahahah! Kau pun kena juga! Hahahah!" Beria Arhan bantai gelakkan Midas semula. Sengaja mahu balas dendam apabila Midas mengejeknya tadi.

Haaa ambil kau!

"Qayder. Aku boleh bunuh kau tau." Midas tersengih-sengih memandang Qayder.

Sebelah kening Qayder terjongket mendengarnya. Namun dia angkat bahu. Tak termakan dengan ugutan Midas.

"Then i'll kill you too."

Erk.

Midas, Armando, Arlo dan juga Arhan terus membatu mendengarnya. Midas perlahan-lahan angkat kepala. Terkelip-kelip mata cantiknya memandang Asyalaa yang melempar pandangan maut ke arahnya. Wajah itu serius. Bagai memaksudkan kata-katanya.

Midas buat-buat ketawa.

"Sa... saya bergurau je. Jangan serius sangat. Taccod saya." Midas kemam bibir selepas itu. Tangan pula diletak kemas di atas pahanya. Kembali ke mood formal semula.

Qayder sembunyi senyum. Penuh bangga riak wajahnya dek kerana tingkah berani mati Asyalaa mengugut semula Midas.

Yup.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now