•BAB 46• 🚫

165K 5.9K 1.3K
                                    

QAYDER menggerakkan kepala ke kiri dan kanan dan meregangkan tubuh yang terasa sedikit penat dengan aktiviti hari ini. Seperti biasa, dia terbalik lewat jua hari ini.

"Qayder!" Qayder terus menoleh ke arah ruang tamu. Berkerut wajah melihat keluarganya yang tidak senang duduk di ruang tamu. Wajah mereka pula jelas menunjukkan kerisauan di dada.

"Kenapa ni umi? Asyalaa mana?" Tanya Qayder.

"Dia... tak ada dengan Qayder?" Tanya Tengku Sumayyah semula.

Qayder terdiam seketika.

"Aku terserempak dengan dia siang tadi. Dia kata nak keluar sekejap. Aku ingat dia nak jumpa kau." Wajah Raiyan yang tadinya tenang sahaja turut berubah risau sama melihat Qayder yang pulang keseorangan tanpa kakak iparnya.

"Ya Allah. Dia tak ada cakap pun dia nak keluar." Gumam Qayder sebelum dia laju mengeluarkan telefon bimbitnya. Mahu menelefon Asyalaa.

Tapi hampa.

Panggilannya tidak dijawab.

Qayder sudah mula menjauh dari ahli keluarganya bersama telefon yang menekap kemas di telinga.

Asyalaa...

Asyalaa...

"Dia tak jawab ke?" Tanya Raja Eiskandar apabila melihat wajah Qayder yang sudah berubah itu.

"Tak ayah." Balas Qayder.

"Salah umi. Umi sepatutnya beritahu Qayder awal-awal yang Asyalaa keluar."

Qayder senyum sahaja.

"Tak apa umi. Umi jangan tertekan sangat ya. Tak apa. Qayder tengah telefon dia ni." Tenang Qayder memujuk Tengku Sumayyah. Tak mahu Tengku Sumayyah tertekan. Risau pula akan kesihatan uminya nanti.

Tapi jantung Qayder sudah berdegup kencang sendiri. Tiba-tiba rasa berdebar dan rasa tidak sedap hati.

Asyalaa...

Where are you?

Lama suasana menyepi sehingga bunyi pintu utama dikuak dari luar memecah kesunyian.

Qayder pantas menoleh. Lega. Terus dia melepas nafas lega sebaik sahaja melihat susuk tubuh yang melangkah masuk ke dalam rumah. Bibir menarik senyum melihat Asyalaa melangkah masuk ke dalam rumah.

Namun senyuman di bibirnya memudar saat melihat wajah pucat milik Asyalaa. Dan ketika itu ada cecair merah pekat mengalir dari hidung Asyalaa.

Apa...

Apa dah jadi?

"Syalaa?" Qayder terus menerpa ke Asyalaa sebelum tubuh itu ditarik rapat ke dalam dakapannya.

Diam.

Sepi.

"Syalaa? What happened? Are you okay?" Menggeletar nada suara Qayder menyoal.

"Sakit..." Adu suara itu perlahan. Tangan Asyalaa mencengkam kemas lengan baju Qayder.

Qayder menunduk sedikit mengintai wajah Asyalaa di dadanya. Ada peluh dingin memercik di dahi Asyalaa. Wajah Asyalaa juga berkerut bagai menahan kesakitan.

Qayder menelan liur. Perlahan-lahan dia jatuh melutut di atas lantai dan Asyalaa masih dibawa rapat ke tubuhnya.

"Why... Syalaa kenapa ni? Jangan buat abang risau." Menggigil tangan Qayder menyeka peluh dingin di dahi Asyalaa.

Asyalaa menyentuh rusuknya yang terasa agak sakit. Bagai dapat membaca tingkah Asyalaa, Qayder menyentuh lembut rusuk Asyalaa. Asyalaa menahan tangan Qayder. Tak mahu Qayder menyentuhnya di situ.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now