•BAB 27• 🚫

145K 5.8K 771
                                    

ASYALAA garu kepala yang tak gatal. Lama dia tenung sup ayam hasil dia berperang hampir dua jam di dapur. Pertama kali dia masak sup ayam seperti ini.

Fuh!

Ding dong!

Gelabah Asyalaa dibuatnya. Akhirnya dia hidangkan sahaja sup ayam itu ke atas meja makan sebelum dia berlari ke pintu utama. Pintu dikuak luas. Terus dia menarik senyum melihat Qayder di muka pintu.

Qayder hanya memandangnya dengan ekor mata sebelum dia memboloskan tubuh ke dalam rumah. Menonong dia mengatur langkah ke meja makan.

Asyalaa melepas nafas lega. Pintu ditutup dan dia terus mengejar langkah Qayder.

"Awak nak makan ke?"

"Hmm." Balas Qayder. Kerusi meja makan ditarik sebelum dia labuhkan punggung di situ. Mata memandang sepi hidangan sup ayam di atas meja.

"Apa ni?" Tanya Qayder.

"Sup ayam lah tu. Itu pun tak tahu."

"Oh." Qayder angkat bahu.

"Awak nak mihun ke nak nasi?" Tanya Asyalaa.

"Mihun." Balas Qayder.

Asyalaa senyum dan dia menyendukkan mihun ke dalam mangkuk. Selepas itu dia sendukkan pula kuah dan isi ayam ke dalam mangkuk sama. Mangkuk itu kemudiannya dihidang di hadapan Qayder.

"Makanlah." Jemput Asyalaa bersama senyuman. Nak tahu juga macam mana rasa masakannya di tekak polar bear kutub utara ini.

Qayder mencapai sudu dan garfu dan mula menyudu mihun ke dalam mulut. Diam seketika. Terkelip-kelip mata Qayder.

Asyalaa gigit bibir bawah.

Err tak sedap ke?

Qayder kembali menyudu selepas itu. Tenang sahaja wajahnya tanpa reaksi dan emosi. Lega Asyalaa rasa.

"Kau tak makan ke?" Tanya Qayder. Mata menjeling sekilas ke arah Asyalaa.

"Tak. Tengok awak makan pun saya dah kenyang." Asyalaa senyum senget selepas itu.

Qayder angkat bahu dan meneruskan suapannya. Hening suasana antara Qayder dan Asyalaa.

Asyalaa sembunyi senyum melihat Qayder menyuap masakannya ke dalam mulut. Macam sedap je masakan aku tu...

"Awak nak tambah?" Tanya Asyalaa saat mihun di mangkuk Qayder sudahpun habis.

"Tak. Aku dah kenyang. Jangan lupa bagi Simba dengan Lilac makan lagi. Lepastu bersihkan pasir kucing sekali. Aku pergi kerja dulu." Pesan Qayder sebelum dia bangun dan berlalu pergi.

Terkelip-kelip mata Asyalaa. Lilac? Simba? Oh. Nama kucing Qayder ke tu?

Asyalaa jatuhkan kepala tanda mengerti. Pandangannya terkalih ke arah mangkuk Qayder tadi. Masih ada bersisa kuah sup di dalamnya.

"Habis juga dia makan. Sedap ke?" Gumam Asyalaa. Dahlah dia tak sempat nak rasa tadi. Asyalaa mencapai sudu di mangkuk itu. Dia menyudu kuah sup dan dihirup sedikit.

Erk.

Pffft!!!

Ya Allah. Masin!

Berkerut dahi Asyalaa dengan masakannya sendiri. Masinnya. Serius masin. Macam mana Qayder boleh makan macam ni? Muka dia punyalah tenang gila sampaikan aku ingatkan sedaplah sup ayam aku ni tapi erk.

Termasin!

Astaghfirullah Asyalaa.

Asyalaa laju bangun dari duduknya. Gelas dicapai dari kabinet dan botol jus oren dikeluarkan dari peti ais. Jus oren tadi dituang ke dalam gelas dan kemudian diteguk rakus. Mahu meneutralkan rasa masin di tekaknya tadi.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now