•BAB 37• 🚫

169K 6.4K 2.2K
                                    

"ASYALAA." Panggil suara garau milik Qayder.

"Hmm." Sahut Asyalaa bersama mata yang masih layu. Namun dia tak menoleh. Laju dia memanjat katil sebelum tubuh direbahkan di atas katil.

Mengantuk.

Qayder hanya geleng kepala sahaja melihat tubuh yang masih bertelekung itu tumbang di atas katil.

Tak apalah. Nanti Asyalaa terbiasalah tu.

Dan selepas itu, Asyalaa terlelap seketika bersama rasa kantuk yang kembali bermaharajalela.

Berkerut dahi Asyalaa apabila cahaya yang menyimbah masuk ke dalam kamar tiba-tiba menganggu lenanya. Terpisat-pisat Asyalaa bangun dari lena dan memandang satu tubuh yang sedang menarik tirai kamar.

Terkenyit-kenyit mata Asyalaa memandang lelaki itu yang segak walau hanya memakai baju jersi tanpa lengan dan sweatpants.

Oh what a view...

"Bangun. Matahari dah naik. Tak elok tidur lepas subuh." Tegas suara itu tidak bernada. Selepas itu Qayder terus melangkah keluar dari bilik.

Asyalaa terus bangun dari perbaringan. Terkedek-kedek dia mengekor langkah Qayder naik ke ruangan peribadi lelaki itu.

"Awak nak ke mana Qayder?" Tanya Asyalaa. Tangan naik menggosok mata.

"Bersenam." Balas Qayder sepatah.

"Nak ikut."

"Dengan pakai telekung? No."

Asyalaa memuncung mendengarnya. Dingin betul polar bear kutub utara ni. Jeling Asyalaa pun tak.

Cis.

"Yalah. Saya tukar baju sekejap. Tau tau tau!" Asyalaa kemudian berlari-lari anak keluar dari ruangan peribadi Qayder. Nak tukar baju agaknya.

Qayder senyum nipis sebelum menggeleng kepala dengan tingkah Asyalaa.

Qayder memulakan regangan sebelum beralih ke senaman paginya. Tenang dia mula push-ups seperti biasa. Tak lama kemudian pintu bilik peribadinya dikuak dari luar.

"Qayder!"

Qayder menoleh malas ke arah Asyalaa dan...

Bukkk!

Qayder automatik menggosok dagu yang bercium dengan judo mat. Tak sakit tapi dah tiber terjatuh. Sakit jugalah.

Urgh!

Qayder lantas kembali lakukan push-up tanpa angkat kepala langsung. Enggan menjeling Asyalaa yang hanya memakai sports top bersama high waisted yoga pants berwarna hitam. Bahagian abdomennya dibiar terdedah.

Terkena kejutan budaya Qayder dibuatnya.

"Dah lama saya tak pakai baju ni. Look at this. My abs already started to run out of shape though." Ujar Asyalaa. Dia menyentuh perut yang kononnya ada lemak mula berkumpul di situ. Padahal kempis dia sama je.

Asyalaa angkat kepala apabila tiada balasan diterima. Ceh! Khusyuk betul Qayder buat push-up dia tu. Langsung tak sudi nak pandang aku.

"Qayder. Saya nak buat apa?"

"Buatlah regangan dulu." Balas Qayder tidak bernada.

"Oh. Okey."

Lega Qayder rasa. Akhirnya diam juga budak tu buat regangan di tempatnya.

Qayder selepas itu berkalih sedikit menghadap ke tempat lain dan bersedia untuk buat plank pula.

"What are you doing?" Tanya Asyalaa.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now