ASYALAA mula tersedar dari lena. Berkerut dahinya apabila pandangannya gelap. Bau haruman maskulin agak kuat menusuk hidung.
"Eh? Baju apa ni?" Asyalaa menolak kot yang menutup wajahnya. Kot hitam yang menutupi kepalanya itu dipandang lama.
Kot Qayder ke?
Lah. Orang lain sweet je selimutkan badan. Dah kenapa dia pergi selimutkan kepala aku?
Haih.
Asyalaa menoleh. Memandang meja kerja lelaki itu. Kosong. Lelaki itu entah sudah hilang ke mana.
Asyalaa mendengus kasar. Kot di tangan di lempar ke sebelah.
Membazir je. Dahlah tertidur. Nama penuh lelaki tu pun tak dapat. Membazir!
Urgh! Asyalaa mahu bangun dari duduknya. Namun tingkahnya terhenti saat mata terpandangkan satu sticky note yang melekat di atas chess board kaca di atas meja kopi. Perlahan-lahan sticky note itu dicapai.
Raja Qayder Ghazi Raja Eiskandar Ghazi.
That's it.
Pergi balik.
Jangan datang lagi.
Asyalaa tersenyum lebar. Mahu sahaja dia melompat-lompat penuh keriangan sekarang ini.
Yes, yes!
Aku dapat nama penuh dia!
Yes!!!
Okay. Baru boleh balik.
Eh sekejap...
Raja?
ASYALAA memandang lama sticky note di tangannya. Bibir pula asyik tersenyum sahaja.
Such a beautiful name.
Tulisan lelaki itu pun cantik. Bagai punya font yang tersendiri.
Orangnya pula?
Lagilah handsome gila-gila.
Hot!
Urgh!
Dee berpandangan seketika dengan River. Pelik dengan tingkah Asyalaa. Akhirnya masing-masing angkat bahu. Tak tahu apa yang Asyalaa fikirkan.
"Cik. Dah sampai." Ujar Dee. Menyedarkan Asyalaa dari lamunannya.
Asyalaa terus angkat kepala. Sticky note di tangan terus diselit di pursenya.
Time to eat!
"Marilah turun sekali Dee. Saya belanja. River come with me. No worries. I'll pay for your food." Ajak Asyalaa.
Dee menyengih. Dia dah masak dah dengan perangai Asyalaa. Asyalaa tak suka makan seorang diri.
Setuju. Dee dan River ikut sahaja. Orang nak belanja makan kut.
Asyalaa tersenyum lebar melihat deretan kedai-kedai makanan di hadapan.
"Western, Eastern or malay food. Which one?" Tanya Asyalaa.
"Western."
"Malay food."
Jawab River dan Dee serentak. Automatik dua orang itu berpandangan sesama sendiri. Lama. River pula cepat-cepat larikan pandangan apabila Dee kelip-kelip mata bundarnya.
YOU ARE READING
QAYDER : MR COLD
Romansa# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cum...