"MAMA!" Suara kanak-kanak perempuan dari rakaman itu jelas kedengaran.
"Sakit!"
Perempuan di dalam rakaman itu bertindak memukul tubuh kecil kanak-kanak perempuan tadi yang sudah menangis lantang.
"Aku dah kata. Jangan masuk dapur lagi!" Buk!
Terus tegak duduk Raiyan dan Hayder. Suasana terus berubah sebaik sahaja kaki perempuan itu menendang perut kanak-kanak tadi berkali-kali.
"Cerita apa ni?" Bisik Raiyan. Berkerut wajahnya memandang Hayder.
"Kau tengok betul-betul. Orang tu rakam video ni diam-diam. So this is... not a story." Gumam Hayder perlahan. Berkerut wajahnya melihat kekejaman yang ditayang di skrin. Dia pula yang ngeri.
Tengku Sumayyah terdiam. Dia terasa seram dan ngilu sendiri melihat kanak-kanak kecil itu dipukul teruk seperti itu.
"Ya Allah!" Tengku Sumayyah sembunyikan wajah di bahu Raja Eiskandar yang terdiam sama.
"Cerita apa ni Raiyan? Suka buka cerita bukan-bukan!" Tegas Raja Eiskandar garang apabila melihat Tengku Sumayyah yang sudah mengecilkan diri di sebelahnya.
"Ta... Tapi ayah Rai..."
"Maa! Syalaa minta maaf. Syalaa janji tak pergi dapur lagi." Sayu suara kecil itu menangis merayu-rayu kepada mamanya. Sampai terbatuk-batuk si kecil itu menangis dipukul perempuan tadi.
"Kenapalah kau tak mati! Menyesal. Menyesal aku lahirkan kau!"
"Syalaa? Kak ipar.."
Automatik semua menoleh ke arah Asyalaa yang hanya diam di duduknya. Pandangan Asyalaa juga bagai melekat ke arah skrin. Lama tanpa berkelip.
Da... Dari mana Qayder dapat rakaman ni?
Raiyan dan Hayder dapat tangkap sesuatu. Laju Hayder merampas remote dari tangan Raiyan dan mengalih rakaman tadi. Tapi kali ini rakaman yang lain pula dimainkan. Rakaman kamera litar tertutup.
Raiyan menutup wajah dengan bantal. Hayder pula tergamam di tempatnya saat perempuan di dalam rakaman kamera litar tertutup tadi melempar budak perempuan yang diheretnya ke dalam kolam. Selepas itu kepala budak perempuan itu ditolak ke dalam air. Tak cukup dengan itu, kakinya pula menekan kepala budak tadi ke dalam air sehingga tangan kecil itu terkapar-kapar permukaan air.
Tengku Sumayyah menutup mulut dengan tangan. Duduk Raja Eiskandar pula sudah tegak. Serius wajahnya memandang skrin.
Hayder mengetap rahang. Dia mengalih pula ke rakaman lain.
Perkara yang sama.
Perempuan.
Kanak-kanak perempuan.
Pukul.
Ini...
"Asyalaa!" Automatik semua mengalih pandang ke arah Qayder yang baru selesai menjawab panggilan. Qayder laju berlari ke arah Asyalaa sebelum tangan terus naik menutup pandangan Asyalaa. Menghalang Asyalaa melihat semuanya lagi.
"Qayder. Apa ni? Rakaman apa ni?" Tanya Tengku Sumayyah.
"Qayder. Ini ten..."
"Tutup." Arah Qayder sepatah tanpa Hayder sempat menyoal lebih lanjut.
"Tapi bang. Dalam rakaman ni... kak ipar ke?"
"I said turn it off!" Tegas Qayder perlahan.
Hayder terpandangkan tangan Asyalaa yang mula menggigil di pahanya. Tersedar akan sesuatu, Hayder pantas mematikan semuanya.
YOU ARE READING
QAYDER : MR COLD
Romance# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cum...