•END• 🚫

235K 7.4K 1.9K
                                    

BADDI hanya diam berdiri di dalam ruangan kecil itu. Bunyi pintu tirai penjara yang dikunci melanggar pendengaran tapi Baddi hanya biarkan sahaja. Derapan langkah berat kasut pengawal penjara tadi berlalu pergi.

Baddi melepaskan keluhan sebelum dia melabuhkan punggung di lantai dingin itu.

Kepala disandarkan ke dinding.

Untuk lari?

Aku?

Lari?

Heh.

Baddi ketawa sinis. Seseorang seperti dia mahu lari dari takdir? Lawak apakah?

Apa yang Baddi boleh lakukan untuk kesemua empat puluh tiga manusia yang menjadi mangsa pembunuhannya. Ada antara mereka yang memberi Baddi satu penyesalan. Membunuh mereka merupakan satu kesilapan. Tapi ada juga antara mereka yang kematiannya lamgsung tidak memberi sebarang rasa kepada Baddu. Malah Baddi rasa menghapuskan mereka ialah apa yang dia perlu lakukan untuk keadilan. Contohnya seperti orang tua tak sedar diri tu.

Sometimes, world do us no justice.

Baddi tunduk memandang baju di tubuhnya. Jujur dia takut. Tipulah kalau dia tak gerun melihat baju putih berlengan merah di tubuhnya.

Tapi seperti itulah gayanya.

Seperti inilah hidupnya sebagai banduan akhir.

Baddi rebahkan tubuh di atas lantai. Kopiah di atas kepala di letak ke tepi sebelum lengan dibawa ke belakang kepala. Biarkan kepala berbantalkan lengannya.

Baddi memandang sepi tingkap jeriji kecil yang menjadi sumber cahaya selnya.

Baddi cuba mengingat lagi.

Hari ini hari keberapa?

Oh–

Years passed already.

Baddi senyum. Apa khabar agaknya Asyalaa dan Qayder? Dah beranak pinak ke belum anak jin tu?

Baddi melepaskan keluhan lagi. Seketika kemudian senyumannya mati apabila dia tersedar sesuatu.

Aku lupa apa?

Aku ada lupa tentang apa?

Aku lupa...

Aku...

Lupa?

Baddi terkedu apabila ada sesuatu berlalu di fikirannya. Hanya seketika sebelum tawa kecil terlepas dari bibirnya. Saat itu ada airmata mengalir dari hujung mata Baddi.

Aku ingat tentang itu.

Maaf Dee.

Aku dah kalah.

Aku menangis sebab aku kalah.

Tanpa sedar, Airmata Baddi semakin deras mengalir jatuh di hujung matanya. Terhinjut-hinjut bahu Baddi ketika itu.

Oh Tuhan.

Jika aku ada penyesalan lain selain penyesalan aku memilih untuk berpaling daripada Engkau, pasti penyesalan itu adalah Dee.

Maafkan aku Dee.

Kalaulah kita jumpa dalam keadaan di mana aku seorang lelaki yang jauh lebih baik...

Pasti kau tak akan sakit macam tu.

Maafkan aku Dee.

Maafkan aku Tuhan.

Maafkan aku...









"ENCIK LUQMAN. Ini calon temuduga terakhir kita untuk hari ini." Ujar perempuan berskirt paras betis itu. Satu fail di letakkan di atas meja majikannya.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now