•BAB 24• 🚫

147K 6.4K 1.7K
                                    

ASYALAA hanya diam sahaja. Suasana rumah kampung Haji Dollah riuh dan gamat dengan suara-suara manusia. Asyalaa rasa janggal pula berada di antara orang ramai ini. Di luar rumah Haji Dollah ada khemah didirikan untuk tempat makan tetamu. Dan di ruang tamu di hadapan sana pula ada pelamin. Walaupun pelaminnya terlalu ringkas dan tidak megah, tapi cantik.

Sekurang-kurangnya adalah juga pelamin. Tak macam aku.

Asyalaa senyum dan sesekali ketawa sama melihat makcik-makcik yang bergurau dan berbual sesama sendiri.

"Assalamualaikum."

Suara yang Asyalaa kenal. Laju Asyalaa menoleh ke pintu.

Qayder!

"Encik Qayder. Dari mana?" Tegur seorang mak cik.

Qayder senyum nipis.

"Saya jalan-jalan dekat kampung tadi. Lepastu pergi surau dengan Haji Dollah." Beritahu Qayder sebelum dia mengambil tempat di sebelah Asyalaa.

"Oh haahlah Jah. Dah lepas isyak dah ni. Ralit sangat kita duk berbual dari tadi." Dan ada tawa-tawa pecah selepas itu.

"Apa ni?" Tanya Qayder. Tangannya menyentuh sedikit bahagian hujung jari Asyalaa.

"Eh jangan sentuh. Nanti tak lawa inai saya."

Qayder angkat bahu.

"Kak. Sudah boleh basuh tu." Beritahu Ummu.

"Oh. Okey!" Asyalaa mahu bangun. Tapi agak sukar mahu bangun dari duduknya dengan baju kurung pahang ini di tubuhnya. Dahlah warna putih. Tersentuh sikit mahu kotor warnanya dicemari inai ini.

Qayder mencengkam lengan Asyalaa. Memberi gadis itu sedikit bantuan untuk bangun. Dan selepas itu laju Asyalaa melangkah keluar ke paip di luar rumah. Mahu basuh tangannya. Saat itu Asyalaa terserempak dengan seorang perempuan muda. Kawan si Ummu.

Melihat jelingan tidak puas hati perempuan itu buatkan Asyalaa menjeling sama. Wajah Asyalaa terus jadi beku. Dengan perempuan ini seorang memang dia akan jadi menyombong. Dari tadi duk pandang aku tak puas hati. Lantak kaulah nak cakap apa. Kalau kau baik dengan aku, aku baik dengan kau. Kalau kau sombong dengan aku, aku sombong dengan kau.

Itu give and take nama dia.

"Wah cantiknyaa!" Asyalaa teruja sendiri melihat inai merah di hujung jari jemari runcingnya.

Cantik!

Asyalaa suka. Baru ada feel pengantin baru gitu.

Asyalaa kembali masuk ke dalam rumah Ummu selepas itu. Mahu mengajak Qayder pulang. Namun senyuman di bibir Asyalaa mati. Nak terberak dia rasa saat melihat perempuan yang duk jeling dia tadi bukan main rapat berbual dengan Qayder.

Cis!

Padanlah dari petang tadi duk pandang aku tak puas hati. Terlepas Qayder rupanya!

Asyalaa mendengus kasar sebelum mendekati Ummu dan ibunya. "Mak cik. Ummu. Saya balik dulu lah ya. Terima kasih Ummu pakaikan saya inai."

"Sama-sama kak." Balas Ummu bersama senyuman.

"Hati-hati balik tu. Dah malam macam ni." Pesan Puan Aminah.

"Haah. Nak Ummu teman tak?" Tanya Ummu pula.

"Eh tak apa. Ummu tu darah manis. Esok kan nak nikah. Tak apa. Rumah Ummu dengan rumah penginapan tu tak jauh pun. Bye. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam."

Selepas Asyalaa bersalaman dengan Ummu dan Puan Aminah, Asyalaa terus berlalu pergi dari situ.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now