•BAB 12• 🚫

114K 5.8K 884
                                    

"QAYDER! Qay!" Panggil suara itu lantang. Tapi Qayder buat bodoh. Dibiar Asyalaa yang mula dikelilingi paparazi-paparazi itu.

Qayder menyeluk tangan ke dalam poket. Cukup tenang gayanya ketika itu.

"Qayder! Qayder!" Panggil suara itu lagi.

But nah...

I don't give a freaking care.

Pandai-pandailah kau hidup.

"Qay..."

Diam. Langkah Qayder turut berhenti sama. Sepi seketika suasana. Tiada lagi suara yang melaung memanggilnya.

Pelik.

"Darah!" Terus riuh suasana di belakangnya dengan suara-suara kecil yang terkejut sesama sendiri.

Darah?

Laju Qayder memusingkan tubuh. Saat itu wartawan-wartawan tadi mula menjauhi Asyalaa dan tidak lagi menghalang pandangannya ke arah Asyalaa. Qayder tergamam. Tubuh Qayder terkaku saat melihat pisau tajam yang sudahpun terbenam di bahagian abdomen kiri Asyalaa. Baju putih yang dipakai Asyalaa mula dicemari darah.

Qayder menelan liur. Sepasang mata hitam pekat kuyu milik Asyalaa memandangnya lama. Wajah gadis itu pucat. Dan ada peluh dingin memercik di dahinya. Automatik Qayder mengatur langkah ke arah gadis itu. Serta merta perbualannya dengan Asyalaa tadi kembali bermain di kepala.

"I need you!"

"To protect me of course."

"Ermm raksasa?"

"Well. I'm serious."

"Ya. Saya pun tak kisah kalau raksasa tu nak bunuh saya seorang. Tapi masalahnya, raksasa tu ganas. Dia boleh serang manusia yang lain. Awak tak tengok ultraman ni."

"Tak nak. Saya nak kacau awak juga. As i said just now. I need you."

Those words...

Qayder terus berlari ke arah Asyalaa saat tubuh itu bagai ringan dan mahu rebah ke atas jalan.

"Syalaa!" Qayder pantas menyambut tubuh Asyalaa sebelum gadis itu rebah ke bumi. Wajah pucat Asyalaa berkerut. Bagai menahan sakit sebelum sepi.

Qayder perlahan-lahan melutut di atas lantai dengan tubuh lembik Asyalaa yang jatuh sama ke atas ribanya. Diam. Gadis itu tidak memberi sebarang respon.

Qayder terus menyeluk poket telefon bimbitnya. Mahu menelefon ambulans. Selepas itu telefon ditekap di telinga. Matanya tajam memandang seorang demi seorang wartawan yang berdiri di tempat mereka.

Tahu orangnya pasti ada dalam kalangan mereka.

So...

She's not lying about the monster.

She meant it.

She really meant it.






ASYALAA perlahan-lahan membuka mata yang terasa sangat berat hendak dibuka dari tadi. Gigih dia mencuba. Cahaya lampu yang mencucuk pandangan membuatkan Asyalaa mengenyitkan sedikit mata.

Asyalaa memandang lama siling sebelum melepaskan keluhan.

What happened...

"Babe! Kau okey ke?!"

Asyalaa menoleh. Wajah risau Eugene melanggar pandangannya. Asyalaa mengangguk. Tanda dia tak apa-apa.

Tak apa-apalah sangat!

"Tak nak tanya kau kat mana ke?"

"That's stupid. I know where i am right now. Hospital." Ujar Asyalaa perlahan.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now