ASYALAA berselera menyuap nasi lemak di warung Mak Esah ini. Dan seperti biasa, masakan Mak Esah tak pernah mengecewakan.
Asyalaa perasan akan tenungan mata Qayder yang dari tadi duk tenung dia lama. Rasa berbahang juga wajah bila ditenung seperti itu. Tapi Asyalaa biarkan sahaja. Sengaja dia sibukkan diri dengan nasi lemak di hadapannya.
Qayder diam bersandar di kerusinya. Namun mata tak lepas memandang Asyalaa lama. Pelik. Tingkah Asyalaa terlalu tenang seolah-olah tiada apa-apa yang jadi malam tadi.
She's weird.
"Awak tak nak sarapan ke?" Tanya Asyalaa tanpa menoleh ke arah Qayder.
"Kau betul ke tak apa-apa?"
"Kenapa tanya? Oh ini pasal malam tadi ke?" Terkelip-kelip mata Asyalaa memandang Qayder. Dan sebelah kening Qayder terjongket sedikit ke arahnya.
Girl. Like real?
"Hmm. Kau macam tak terkesan langsung dengan apa yang jadi malam tadi."
Okey?
Dah tu?
"Awak nak saya menangis ke?" Tanya Asyalaa lagi. Masih tenang.
Qayder diam. Lama Qayder termenung sendiri sebelum bibirnya menyenget sinis. Bahu diangkat tanda malas nak ambil tahu sebelum dia menyisip kopi panasnya.
Asyalaa senyum nipis.
He don't give a care about me and he don't give a damn about what had happened.
But he's still hot!
"Kita balik hari ni ke?"
"Hmm." Balas Qayder sebagai jawapan. Terus bersinar-sinar mata Asyalaa.
"Jangan suka-suka sangat. Sampai je rumah nanti aku terus kurung kau." Sinis dan penuh sarkastik nada suara Qayder.
Asyalaa hanya senyum senget. Lagi bagus. Kurunglah aku Qayder. Aku pun dah lama tak kena kurung. Alang-alang tu ikat aku sekali.
Senang.
"Okey. Kurunglah saya." Balas Asyalaa. Bunyinya seperti pasrah yang tidak terlalu pasrah.
"Kerja kau kat rumah senang je. Basuh baju, kemas rumah dan masak." Beritahu Qayder mudah.
Asyalaa rasa nak tersembur dengar perkataan terakhir dari bibir Qayder tadi.
Masak?
"Dan ada kerja tambahan. Kau suka kucing tak?"
"Awak ada bela kucing ke? Tapi saya alergik kucing. Macam mana? Terpaksalah awak buang kucing tu." Gurau Asyalaa selamba.
"Oh. Baguslah kalau kau alergik kucing. Boleh aku buang kau."
Oh.
Asyalaa terus kunci bibirnya semula apabila wajah Qayder serius sahaja. Macam tak bergurau nak buang dia.
Cis.
"Taklah. Saya gurau je. Saya suka kucing. Kenapa tanya?"
Qayder diam tidak membalas.
"Sebaik sahaja kita sampai kat KL nanti, pastikan tak ada orang tahu tentang perkahwinan kita. Aku tak nak media tahu dan aku tak nak umi dan ayah aku tahu." Beritahu Qayder serius. Mendatar dan sedikit dingin nada suaranya.
Asyalaa jatuhkan kepala. Tanda mengerti. "Tapi awak dengan Airaa... masih bertunang ke?"
Wajah Qayder berubah tegang mendengar pertanyaan itu.
YOU ARE READING
QAYDER : MR COLD
Romance# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cum...