QAYDER mendengus kasar apabila teringat yang dia lupa mahu ambil semula tab nipis yang dilempar ke atas katil tadi. Maka terpaksalah Qayder berpatah balik ke bilik semula.
Sudahlah dia sedang berhangin satu badan. Boleh tertinggal menatang tu dalam bilik pula!
Qayder memulas tombol pintu dihadapannya. Automatik tubuhnya mengeras saat mendengar sayu suara tangisan seseorang.
Asyalaa... menangis?
Diam.
Lama Qayder terkaku di tempatnya. Terkedu Qayder mendengar sedu sedan bersama tangisan yang semakin memberat itu.
Jarang sekali dia melihat Asyalaa menangis di hadapannya. Bagi seseorang dengan masa silam yang menyakitkan seperti Asyalaa, pasti mudah untuk dia menyembunyikan perasaan dan emosinya.
Qayder mendengus kasar. Dia buat keputusan untuk biarkan sahaja dan kembali ke bilik kerjanya.
Ada kerja yang perlu diselesaikan.
ASYALAA menyambung mengemop lantai. Sudah tiga hari peristiwa itu berlalu. Bermaksud sudah tiga hari jugalah Qayder terus dingin dan langsung tidak melayannya. Untuk memandangnya sahaja Qayder tak mahu apatah lagi untuk bercakap dengannya. Asyalaa rasa seperti dia tidak wujud pula dalam rumah ini.
Maka Asyalaa terus sibukkan diri dengan mengemas rumah untuk melupakan semua.
Semuanya.
Asyalaa terpandangkan Qayder yang sedang menuruni anak tangga sambil memasang cufflinks di lengan kemeja putihnya.
Asyalaa senyum nipis dan mengambil langkah mendekati Qayder.
"Qayder a..."
Dan ya. Qayder terus melangkah melepasinya. Lelaki itu langsung tak memandangnya. Jeling pun tidak.
Asyalaa senyum sahaja. Tak apalah. Dia dah biasa.
"Oh ya." Qayder memusingkan tubuh. Matanya memandang dingin ke arah Asyalaa yang masih tersenyum ke arahnya.
"Ingat. Jangan keluar rumah. Nanti masalah lain pula kau buat. Lagi satu hal aku nak kena selesaikan." Perli Qayder. Asyalaa dijeling dengan ekor mata sebelum dia terus berlalu pergi.
Asyalaa diam berdiri di tempatnya. Seketika kemudian dia tersedar. Lantas dia kembali menyambung mengemop lantai walaupun lantai sudah licin.
Asyalaa menyeka peluh yang memercik di dahi. Tenang Asyalaa.
Tenang...
Bunyi deringan lantang telefon bimbitnya di dapur membuatkan Asyalaa mengeluh sendiri. Mop di sandarkan ke dinding sebelum dia melangkah ke dapur. Telefon bimbitnya di atas island table dicapai.
Asyalaa tersentak saat melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.
Mrs. Jenny Williams?
Lambat-lambat Asyalaa mengangkat panggilan itu.
"Hello miss Asyalaa Gemini. How are you?"
"I'm good. Thank you for asking. How are you?"
"I'm fine thank you. Ermm well currently i have something to do in Malaysia. And apparently, i'm here in Malaysia. I have something to tell you. So can we meet?" Tanya suara dari corong telefon.
"Oh sure. I'm always free. So when can we meet?" Tanya Asyalaa semula.
"How about today?"
Asyalaa diam seketika.
YOU ARE READING
QAYDER : MR COLD
Romantiek# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cum...