"DAH malam ni. Abang nak pergi mana?" Tanya Asyalaa. Dari tadi dia hanya mengekor sahaja Qayder ke sana sini.
Qayder tak membalas. Bibirnya tersenyum nipis. Tangan dihulurkan ke arah Asyalaa.
Patuh. Asyalaa tunduk mencium lembut tangan Qayder. Selepas itu, tangan Qayder naik mengelus lembut sisi kepala Asyalaa sebelum dia terus berlalu pergi tanpa sebarang bicara.
Asyalaa hanya mampu memandang Qayder dari tempatnya. Asyalaa melepaskan keluhan.
Dia perasan akan hal itu. Sejak dia keluar dari hospital. Qayder tak banyak bercakap dan lebih suka menjauhkan diri dari Asyalaa. Qayder akan masuk bilik untuk tidur selepas dia tidur dan bangun sebelum Asyalaa bangun. Dan bila Asyalaa tanya tentang sesuatu, skema jawapannya ringkas sahaja.
Ya.
Tidak.
Okey.
Hmm.
Tengoklah nanti.
Itu sahaja jawapan yang sering Asyalaa terima. Asyalaa rasa sedih pula. Rasa sedih kerana tak tahu apa yang sebenarnya terjadi. Mungkin lelaki itu masih marahkan dia?
Asyalaa cuba mencari jawapan dan di mana salahnya. Tapi dia buntu.
Kenapa dengan Qayder?
"Asyalaa?"
Asyalaa pantas menoleh apabila bahunya disentuh lembut. Terus tersenyum lebar dia melihat umi di belakangnya.
"Ya umi?"
"Kenapa berdiri kat sini? Dah malam ni." Tanya Tengku Sumayyah.
"Oh. T... Tak ada apa. Syalaa hantar abang keluar tadi." Balas Asyalaa tenang.
"Lah. Qayder pergi mana pula dah malam macam ni?" Tanya Tengku Sumayyah lagi.
Asyalaa hanya diam bersama senyuman janggal di bibirnya.
Sungguh. Dia sendiri tak tahu jawapan untuk soalan umi tadi.
Tengku Sumayyah melepaskan keluhan melihat Asyalaa yang sedikit mendung itu.
"Kaki Syalaa dah okey? Rusuk sakit lagi ke?" Tanya Tengku Sumayyah. Mata tunduk. Mahu memeriksa jika Asyalaa masih ada rasa sakit di mana-mana.
"Kaki Syalaa dah okey umi. Rusuk ni pun... dah okey kut. Dah tak sakit sangat." Asyalaa senyum selepas itu.
"Mari. Umi urut kaki Syalaa." Tengku Sumayyah memimpin Asyalaa ke sofa di ruang tamu.
"Eh. Tak apalah umi. Kaki Syalaa dah okey." Tolak Asyalaa. Tapi Tengku Sumayyah sudah pun menarik lengannya agar duduk di sebelah.
"Tak apa." Tengku Sumayyah mula mengurut lembut kaki Asyalaa selepas itu. Puas Asyalaa menolak tapi Tengku Sumayyah berkeras. Akhirnya Asyalaa pun biarkan sahaja.
Suasana yang sepi menyebabkan keluhan yang terlepas dari bibir Asyalaa agak jelas kedengaran.
Tengku Sumayyah tersenyum nipis. Tahu ada sesuatu mengganggu fikiran Asyalaa.
"Asyalaa nak dengar satu cerita tak? Tentang macam mana umi boleh terkahwin dengan ayah?" Tanya Tengku Sumayyah lembut.
Asyalaa terus tersenyum lebar mendengarnya. Mata bersinar-sinar sama.
"Nak! Umi ceritalah."
"Dulu, umi seorang yang tak matang. Umi seorang yang suka enjoy. Suka berjalan dengan kawan, suka hiking dan suka keluar rumah senyap-senyap. Umi macam manusia lain yang mahukan kebebasan. Satu hari tu, ibu dan ayah umi asyik desak umi untuk cari bakal suami. Umi pun berilah mereka peluang untuk pilihkan lelaki untuk umi. Tapi umi letakkan syarat. Hanya satu temujanji sahaja. Kalau umi suka, umi sukalah. Kalau umi tak suka lelaki pilihan mereka, umi reject lah." Tenang sahaja Tengku Sumayyah membuka cerita.
YOU ARE READING
QAYDER : MR COLD
Romance# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cum...