•BAB 30• 🚫

170K 5.8K 1.5K
                                    

"AKU tak marah." Ujar Daiyan ringkas setelah agak lama berdiam diri.

Qayder angkat kepala memandang lama wajah kosong Daiyan. Bagai tak percaya dengan apa yang baru didengarnya tadi.

"Kau dah besar panjang. Dan itu pilihan kau. Aku tak boleh nak halang kau daripada buat pilihan. Kau dah kahwin dah pun." Tambah Daiyan lagi. Tenang sahaja gayanya.

Qayder senyum nipis. Rasa lega dan rasa lapang sedikit dadanya. Nasib baik Daiyan tak marah.

"Tapi umi macam mana?"

Erk!

Qayder tertelan liur sendiri dengan pertanyaan itu.

"Aku akan jujur dan jelaskan semuanya kepada umi. Tapi bukan sekarang." Balas Qayder tenang. Tapi jantung sumpah sudah berdegup kencang.

"Okay. Suka hati kaulah. But..." Daiyan mencapai pen hitam dari poket sutnya. Pen itu diputar-putar lincah di jari jemarinya. Qayder diam melihat tingkah lincah itu. Tahu pen itu hanya satu dalam dunia. Pen yang berbahaya dan mematikan.

"... kalau umi jatuh sakit sebab kau, aku pukul kau." Ujar Daiyan tenang. Sangat tenang. Tapi cukup buatkan Qayder terkedu sesaat.

"Baik ngah." Qayder hanya akur sahaja.

"Dan ya. Sekarang ni aku tengok kau sibuk siasat tentang benda lain. Kau siasat siapa?" Tanya Daiyan. Mata menjeling sekilas ke arah Qayder sebelum dia kembali memandang skrin komputer kerjanya.

Qayder senyum nipis.

Dah nama pun Daiyan.

Kalau boleh semua benda dia nak tahu.













BADDI diam mengekor langkah lelaki bersut kemas itu. Tenang sahaja gayanya memandangkan dia tak pernah kantoi selama dia bekerja seperti ini.

Ikut orang?

Tak pernah kantoi.

Bunuh orang?

Tak pernah kantoi juga. Polis pun tak dapat cari pembunuh sebenar sampai sekarang.

Baddi menyeringai jahat. Aku pakar kut. Aku buat kerja semua clean. Kalau Datin Puteri tak reti nak menghargai aku, memang orang tua tu aku campak dari tingkat sepuluh.

Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.

Dan masalah sekarang adalah lelaki bersut yang diekorinya dihadapan sana. Lelaki itu terlalu misteri. Tak banyak benda dia dapat tahu tentang lelaki itu. Buat masa sekarang yang dia dapat tahu hanyalah sebaris nama.

Qayder.

Tentang kerja, nama keluarga dan kehidupan peribadi lelaki itu masih misteri. Kalau macam Nadia yang dah arwah tu senanglah juga aku nak cari maklumat. Tekan Nadia kat google je terus keluar.

Mamat sekor ni spoil.

Macam hantu sahaja ga...

Eh?

Berkerut dahi Baddi saat tubuh yang bersut kemas tadi hilang dari pandangan mata. Tangan automatik naik menggaru belakang kepala yang tak gatal.

Lah. Tiba-tiba hilang. Memang betul-betul macam hantu ni.

Huh!

Baddi mendengus kasar. Membazir je aku ikut dia dari tadi.

Tubuh Baddi mengeras. Berderau darahnya saat ada bunyi siulan bernyanyi kecil di belakangnya. Rasa seram sejuk pula dia mendengar siulan itu. Perlahan-lahan dia memusingkan tubuh. Mahu mencari punca suara itu dan...

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now