•BAB 33• 🚫

167K 6.1K 1.5K
                                    

QAYDER memeluk erat Simba sebelum dia tunduk mencium pipi kucing itu. Wangi!

"Simba duduk kat rumah ya. Daddy ada hal. Doakan daddy agar semuanya dapat berjalan lancar hari ni ya?" Qayder mencium lagi pipi Simba yang diam sahaja dipeluk Qayder. Barangkali Simba pun suka diperlakukan sebegitu oleh tuannya.

Kalau Lilac, sejak ada anak ni garang. Nak dukung sikit pun mulutnya sudah bising. Entah membebel apa agaknya.

Mujur dia masih boleh gomol si Simba ini.

Qayder melepaskan Simba ke atas cat tree kegemaran Simba sebelum langkah di atur keluar dari rumah kucing itu.

Qayder melangkah masuk ke dalam rumah. Briefcase di sofa di capai. Ada sesuatu yang perlu dia selesaikan.

"Qayder!!!"

Nak tersedak Qayder saat namanya diseru lantang. Laju dia menoleh memandang Asyalaa yang berlari ke arahnya.

Eiii budak ni...

"Nak apa?" Tanya Qayder dingin.

"Awak nak pergi mana?" Tanya Asyalaa bingung. Rasanya Qayder beritahu yang dia cuti dua hari. Dua hari bermaksud hari semalam dan juga hari ini.

"Kerja."

"Kata cuti."

"Kau dah sihat. Aku pergilah kerja."

"Eh?" Terkelip-kelip mata Asyalaa mendengarnya. Kata-kata itu dihadam seketika sebelum Asyalaa senyum senget. Jari naik memintal hujung rambutnya.

Omo...

"Tak payah suka sangat. Semalam aku cuti sebab terpaksa. Kalau tak, memang tak ada maknanya aku nak cuti sebab kau." Bidas Qayder lagi sebelum dia menyambung langkahnya ke pintu utama. Beku dan mendatar sahaja nada suaranya.

Tapi Asyalaa angkat bahu dan terus tersenyum senget mendengarnya.

Cis.

Comel lah Qayder ni!

"Kau duduk rumah elok-elok. Jangan keluar. Kalau kau keluar..."

"Uh hmm? Kalau saya keluar?"

Qayder yang baru sahaja bongkokkan tubuh mahu menyarung kasut kulitnya automatik gigit bibir bawah. Tubuh ditegakkan menghadap Asyalaa yang selamba memandang ke arahnya dengan senyuman.

Typical of Asyalaa. Suka mencabar orang.

"Okay." Qayder mula membuka butang sutnya dan maju ke arah Asyalaa. Senyuman Asyalaa automatik memudar.

Err...

Should i run?

Nah. I'll stay bestie.

"Kalau kau keluar juga..." Qayder senyum senget. Sut hitamnya diselak sedikit. Menayang beberapa objek yang tersisip kemas di bahagian dalam sut yang dipakainya.

Terkelip-kelip mata Asyalaa. Ada combat knive, ada gari dan...

Pistol?

Pistol!

Asyalaa terundur saat Qayder melangkah ke arahnya. Selangkah demi selangkah sehinggalah belakang Asyalaa berlanggar dengan meja. Asyalaa mengecilkan tubuh saat Qayder membawa bibir rapat ke cuping telinga Asyalaa. Asyalaa telan liur.

Gulp...

"...aku boleh gari tangan kau selama dua hari. And i can make you stay still like a good girl." Bisik suara itu. Gemersik dan cukup buatkan Asyalaa terkaku sendiri. Terasa bagai mahu pecah dada dengan bisikan hangat itu di cuping telinganya.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now