•BAB 16• 🚫

113K 5.8K 506
                                    

ASYALAA menepuk lembut paha Dzulfiqar. Mata sudah layu tapi susah betul si kecil ini nak tidur.

Bunyi pintu ditutup membuatkan Asyalaa menoleh ke arah pintu. Qayder muncul bersama botol susu di tangan dan bekas susu tepung di sebelah tangannya.

Qayder kemas mengatur langkah ke arah Asyalaa sambil menggoncang botol susu di tangannya. Kemudian dia menuang sedikit susu di atas kekura tangannya. Menguji jika suhu susu yang dibuatnya agar tidak terlalu panas. Kepalanya jatuh sedikit sebelum dia mendekatkan bibir dengan kekura tangannya.

Asyalaa hanya memerhati sahaja tingkah Qayder. Qayder terlalu idaman.

Mahu pengsan Asyalaa rasa.

Idola~

"Nah." Qayder menghulurkan botol susu tadi ke arah Asyalaa. Asyalaa laju menyambut huluran itu dengan bibir yang tersenyum senget.

Entahlah.

Baginya, Qayder buat apa pun dia boleh tergoda.

"Nak susu?" Asyalaa menayang botol susu ke arah Dzulfiqar. Menyeringai si kecil itu. Suka agaknya.

Diam seketika.

Asyalaa tersenyum nipis melihat Dzulfiqar yang diam menghisap susu yang dibancuh Qayder tadi.

Dia sebenarnya tak berapa minat dengan budak. Tapi sekarang tiba-tiba tersuka pula dengan budak.

Hahah!

Asyalaa jatuhkan kepala di tepi katil sambil tangan menahan botol susu yang dihisap Dzulfiqar. Melihat Dzulfiqar yang mula lena, matanya turut terasa berat sama.

Saat itu dia melihat bayang tubuh tegap Qayder yang diam bersandar di daun pintu. Lama sebelum tubuh itu menghilang dan Asyalaa pun terlena sama.










ASYALAA mula tersedar dari lena apabila ada tangan bermain dengan rambutnya. Perlahan-lahan kepala diangkat.

"Eh? Fiqar dah bangun?" Tegur suara serak Asyalaa. Asyalaa mengeliat sedikit sebelum tersenyum lebar melihat Dzulfiqar yang diam duduk di atas katil bujang itu. Reti pun duduk diam. Pelik. Kalau dengan Qayder tak reti pula nak duduk diam.

Asyalaa bangun. Terasa sakit pula lehernya. Pasti kerana posisi tidurnya tadi.

"Come." Asyalaa menghulur tangan ke arah Dzulfiqar. Laju si kecil itu menyambut huluran Asyalaa.

Omoo cute!

Asyalaa mendukung Dzulfiqar.

"Semangatnya dia!" Geram. Asyalaa terus mencium pipi Dzulfiqar. Menyeringai suka si kecil itu apabila pipi gebunya dicium Asyalaa.

Bau baby!

Asyalaa melangkah keluar dari bilik kecil itu. Matanya mula meliar memandang sekeliling. Mencari Qayder. Tapi kosong. Namun matanya terpandangkan pintu gym kecil milik Qayder yang terkuak sedikit.

Oh. Dia ada kat dalam tu ke?

Bunyi telefon yang nyaring berbunyi menarik perhatian Asyalaa. Laju Asyalaa melangkah ke arah punca bunyi itu. Lebih tepat lagi ke arah telefon bimbit Qayder di atas meja.

Umi♡

Oh. Ibu dia telefon. Namun tak lama kemudian telefon itu kembali senyap. Tanda panggilan sudah diputuskan oleh umi Qayder.

Biar jelah. Takut pula nak sentuh barang lelaki itu.

"Mana ayah chik Fiqar ni hmm?" Tanya Asyalaa seraya memeluk erat Dzulfiqar yang didukungnya.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now