"MAMA..." sayu tangisan budak kecil itu menguasai ruangan. Terus menerus merayu mahu meraih simpati ibunya.
"Diam."
"Mama jangan!"
Tapi perempuan itu tak peduli langsung. Malah cengkaman pada rambut kanak-kanak perempuan itu di eratkan lagi sebelum kepala kanak-kanak itu ditolak kasar ke dalam baldi berisi air tadi.
Terkapar-kapar tangan budak kecil itu cuba mencari udara.
Perempuan itu menarik kembali rambut kanak-kanak itu menjauhi baldi. Lantang suara kanak-kanak itu terus menangis. Gerun dengan ibunya sendiri.
"Membazir. Membazir kau lahir kat muka bumi ni! Kau tahu tak!" Tengking perempuan itu. Ada airmata yang jatuh sama di pipinya.
"Mama..." Sayu suara kecil itu memanggil ibunya.
"Diam. Kau lebih baik mati."
Gedebushh!!!
Lagi.
Dan lagi. Sehinggalah kanak-kanak perempuan itu sudah tiada daya mahu menangis dan merayu kepada ibunya lagi. Barulah perempuan itu melepaskan dan menolak budak perempuan tadi sehingga jatuh terduduk di atas lantai.
"Kan bagus kalau kau tak lahir. Lebih bagus kalau kau tak ada!"
Panggg!!!
Terus tegak duduk Asyalaa bangun dari perbaringan. Dada berombak kasar bersama rentak pernafasan yang sudah lari daripada normal. Peluh dingin memercik di dahi dan tubuhnya turut menggigil kecil.
Ya Allah!
Asyalaa memusingkan kepala memandang sekeliling ruangan biliknya. Tiada sesiapa.
Hanya dia.
Sah. Tadi itu cuma mimpi. Pembetulan. Mimpi tentang sebahagian daripada memori lamanya.
Asyalaa terus menarik lutut merapat ke dada. Cuba menenangkan diri.
Bertenang.
Bertenang.
Nafas ditarik dalam-dalam.
Bawa bertenang Asyalaa.
Mata terasa panas. Cepat-cepat mata dipejam rapat.
Tenang.
Jangan menangis.
Jangan menangis.
Tolong...
Tolong jangan menangis Asyalaa.
EUGENE menolak pinggannya yang sudah kosong ke tepi. Mata memandang pelik Asyalaa yang duk tenung spagetti dihadapannya. Garfu di tangan duk bermain-main dengan makanan itu.
Lama.
"Kau okey tak?" Tanya Eugene.
"Hmm." Balas Asyalaa tanpa memandang Eugene.
"Kebarangkalian jawapan dari perkataan hmm tu ada dua. Yang pertama, ya. Yang kedua, tidak. Yang mana satu ni?" Bebel Eugene.
"Hmm." Balas Asyalaa lagi. Jelas fokusnya sedang berkuak lentang di lautan hindi.
Eugene julingkan mata.
"Gaya murung semacam je. Kau kenapa ni? Jangan diam je macam ni. Jawablah. Member ni baru lepas discharge, takkanlah kau pula nak check in masuk hospital sakit jiwa." Bebel Eugene lagi.
"Hmm."
Eugene pasrah mendengarnya. Sampai tak kesudah hmm. Lagi sekali dia jawab hmm memang aku sepak sampai pluto. Kisah apa aku kalau kau perempuan sekali pun.
YOU ARE READING
QAYDER : MR COLD
Romantizm# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cum...