•BAB 39• 🚫

176K 6.2K 2.2K
                                    

"SO Encik Megat..."

"Jangan formal sangat dear. Panggil je Id. Kalau awak orangnya, awak nak panggil saya sayang pun boleh." Seloroh lelaki itu. Tersipu-sipu malu Dee dibuatnya.

"Okey."

"Okey? Awak nak panggil saya sayang?"

Pfft!

"Eh bukan. Saya cakap okey untuk tidak bercakap terlalu formal macam yang awak cakap tadi." Ujar Dee tahan tawa. Kelakar melihat wajah ceria Megat apabila lelaki itu fikir yang Dee nak panggil dia sayang tadi.

"Oh. Well yeah. I need to calm myself though." Lelaki itu memuncung sedikit sebelum menepuk dadanya. Bagai meminta diri untuk bertenang.

Dee senyum sahaja sebelum kembali menyuap makanan ke dalam mulut.

"Ermm cik Dee..." Seru suara garau itu.

"Ya saya?"

"I like you."

Pfft!

Nak tersembur Dee mendengarnya. Tersedak. Laju dia menyedut air limau yang dipesannya tadi.

Terkejut.

"Whoa bawa bertenang. Bawa bertenang. Jangan risau. I didn't mean it in like... err in a pervert way. I know you're too young for me but... i... i like you." Luah lelaki itu. Cuping telinga dan pipinya bagai berbahang sedikit.

"Tapi... kita baru je kenal. Apa yang buatkan awak... suka dekat saya?" Tanya Dee. Macam tak percaya ada orang luahkan perasaan macam ni dekat dia.

"Saya tak tahu. Tapi saya suka tengok awak sejak pertama kali kita jumpa dulu. Masa saya terlanggar awak tu." Megat sengih malu-malu.

Wajah Dee berbahang sama. Dia pula yang malu.

"Jadi kalau awak tak keberatan, apa kata awak jadi kekasih saya?" Tanya Megat penuh semangat. Terpejam matanya saat meluahkan soalan itu. Mujur luahannya jelas dengan hanya sekali hembus.

Terkelip-kelip mata bulat Dee mendengarnya.

Dia... lamar aku jadi kekasih dia? Aku?!

"Ini baru perjumpaan ketiga kita. Awak tak kenal saya. Awak yakin ke?"

"Kenapa? Awak tak suka saya ke? Eh tak apa! Tak apa! Abaikan je lah apa yang saya cakap tadi. Saya faham jarak umur kita agak jauh. Tak apa." Lelaki itu menelan liur dan terus mahu menukar topik. Barangkali takut jika Dee salah faham atau mahu menolaknya.

Uish. Belum reject dah sakit.

"Okey." Putus Dee ringkas.

"Haa? Apa yang okey?" Tanya Megat.

"Lamaran awak tadi. Saya... terima."

Bersinar mata Megat mendengarnya. "You serious?"

Dee menunduk. Rasa berbahang wajahnya tapi kepala dijatuhkan jua sebagai jawapan.

"Lagipun beza umur kita tujuh tahun je. Tak apa." Tambah Dee perlahan. Malu-malu dia menunduk memandang makanannya.

"Oh gosh. Heart attack you almost gave me." Megat pegang dada yang terasa mahu pecah tadi. Lega akhirnya bila Dee setuju.

Sunyi seketika. Agak canggung pula suasana antara Dee dan Megat.

Telefon yang berdering di antara suasana sepi itu membuatkan pandangan Dee berlanggar dengan skrin telefon bimbit milik Megat di atas meja.

Inspektor Razif.

Tapi Megat pantas menolak panggilan itu.

"Kenapa awak tak jawab call tu? Mana tahu penting." Tanya Dee.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now