USAI mandi dan menukar baju, Asyalaa berlari menuruni anak tangga. Mahu mencari Qayder.
Tak ada.
Asyalaa kembali naik ke tingkat dua dan semua pintu bilik dibuka. Tapi masih tak jumpa.
Hari ni kan hari Sabtu. Takkanlah hari Sabtu pun dia kerja?
Asyalaa memuncung. Baru nak clingy dengan dia. Rindu kut. Dah berapa hari tak jumpa Qayder. Dia tidur awal, Qayder balik lambat. Dia bangun lambat, Qayder pula pergi kerja awal.
Hmm.
Asyalaa menghempas kasar punggung di atas sofa.
Ke mana dia pergi?
Asyalaa terpandangkan satu tangga kecil di hujung sudut ruang tingkat dua. Kerana rasa inkuiri yang terlalu tinggi, Asyalaa pun terus memanjat tangga itu. Ruang tangga ini agak kecil dan hanya memuatkan satu orang untuk lalu dalam satu masa. Laluannya juga agak gelap semacam sahaja. Tangga ini menuju ke mana sebenarnya ya...
Bukkk!!!
Aduh!
Asyalaa angkat kepala, tak perasan pula ada pintu di hadapannya. Terkelip-kelip mata Asyalaa.
Ini bilik apa? Bilik ini ruangan rahsia ke? Entah-entah ada senjata api kat dalam bilik ni?
Gulp...
Penuh berhati-hati Asyalaa membuka pintu itu sebelum kepala dijenguk ke dalamnya. Bersinar mata Asyalaa saat terpandangkan seorang lelaki yang sedang melakukan push-ups di dalam ruangan itu.
Eh?
"Qayder!"
Qayder tak membalas. Hanya menjeling ke arah Asyalaa dengan ekor mata.
Asyalaa memandang sekeliling ruangan yang agak kecil tapi kelihatan luas. Mungkin ini bilik kerja Qayder. Ataupun bilik peribadi Qayder juga.
"Saya tak tahu pun ada tingkat tiga ni?" Tanya Asyalaa. Meliar matanya memandang segenap ruang tempat itu. Ada meja kerja dan di belakang meja kerja ada satu set skrin besar di belakang meja kerja itu. Suram sahaja suasana. Macam Qayder.
Dark vibes.
Uuu sexy!
"Awak gamer ke?"
"Tak."
"Tapi awak main game tak?"
"Main."
Asyalaa terangguk-angguk sendiri. Tanda mengerti. "Oh ya. Qayder a..."
"Keluar." Arah Qayder sepatah.
Asyalaa mencebik apabila Qayder memotong bicara dan menghalaunya. Tak suka aku membebel lah tu.
Namun bibir Asyalaa perlahan-lahan menyenget nakal melihat belakang tubuh Qayder yang tidak berbaju itu. Memerah rasa pipi melihat otot-otot di tubuh itu berirama cantik saat Qayder membengkokkan lengannya.
Seksi!
Asyalaa melabuhkan punggung di hadapan Qayder. Dia pandang Qayder. Qayder pandang dia.
"Nak apa?" Tanya Qayder malas.
"Saja kacau awak workout." Balas Asyalaa. Jari telunjuk memintal-mintal hujung rambutnya sendiri. Gedik dengan suami sendiri tak apa.
Jangan gedik dengan laki orang.
Qayder julingkan kepala sebelum kembali menyambung senaman paginya. Malas mahu layan Asyalaa.
Asyalaa senyum senget sebelum dia meniarap di atas lantai. Tangan naik menongkat dagu. Tersengih dia memandang Qayder.
YOU ARE READING
QAYDER : MR COLD
Romance# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cum...