•BAB 9• 🚫

100K 5K 190
                                    

"BAKAL TUNANG... Bakal tunang... Bakal tunang... Ba... Arghhh!!!" Asyalaa terus bangun dari perbaringan. Tangan naik menggaru kasar kepala.

Cis!

Tak boleh tidur malam aku dibuatnya. Nak menangis rasa. Sumpah Asyalaa rasa nak menangis bila lelaki itu mengaku yang perempuan bertudung tu adalah bakal tunang dia.

No way!

Not again!

Dulu aku dah terlepas Zafran. Senior hot berdarah kacukan arab tu. Takkan sekarang aku nak terlepas lelaki ini pula.

Aduhai.

Apalah nasibnya. Dia ni memang tak ada luck dengan lelaki ke?

Haih.

Ting!

Bunyi pemberitahuan mesej berbunyi. Asyalaa malas mencapai telefon bimbit di atas meja lampu tidur di sebelahnya.

"Siapa mesej aku pagi-pagi ni." Gumam Asyalaa perlahan.

I message from Dee.

Asyalaa laju membuka mesej dari Dee. Jarang sekali Dee mahu mesej dia pagi-pagi macam ini. Mesti adalah tu perkara penting yang mahu disampaikan.

-Miss. Nadia trending di twitter.

Asyalaa garu kepala yang tak gatal. Dahlah kepala otak aku serabut. Dee lagi tambah serabut aku.

Siapa Nadia?

Nadia yang mana?-

Nadia ni ramai.-
Kat Malaysia ni entah berjuta agaknya- perempuan nama Nadia.

Stress!

-Nadia Halili.
-Kawan baik miss masa tadika dulu tu.
-Sekarang kan dia jadi pelakon.'

Asyalaa terdiam seketika.

Oh. Perempuan tu.

Dah tu? Apahal dia trending?-


-Dia ada berlakon satu drama ni. Dah habis tayang dah pun. Drama ni dapat rating tertinggi tau di televisyen.

Beria betul gaya Dee.

Biarlah dia. Asalkan dia bahagia.-

Hari ni aku free kan?-


-Free miss.
-Hari ni tiada apa-apa perkara penting dalam jadual cik.


Bagus. Aku nak tidur puas-puas.-

Ya. Tidurlah sangat.


"TERIMA KASIH Cik Asyalaa. Lain kali datanglah lagi ya." Ujar seorang perempuan di kaunter salon itu. Bersinar-sinar mata beberapa pekerja salon itu memandang Asyalaa.

Asyalaa hanya senyum. "Sure. Bye."

Asyalaa melambai tangan ke arah dua pekerja salon di kaunter itu sebelum dia berlalu menjauh. Dia ada photoshoot sikit hari ini.

Nanti lambat pula.

Asyalaa yang baru sahaja mahu menolak pintu kaca itu terhenti saat ada satu susuk tubuh muncul di hadapannya.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now