QAYDER tenang melangkah masuk ke dalam bilik. Butang baju melayu di tubuh dibuka satu-persatu. Mahu tidur dan rehatkan diri setelah melalui hari yang panjang.
Almaklumlah. Kerja banyak. Asyalaa pula kerjanya merajuk sahaja. Qayder pun terpaksa korbankan segalanya demi memujuk si kekasih hati tu.
"Syalaa? Lama lagi ke kat tandas tu?" Tanya Qayder sebelum dia rebahkan tubuh di atas katil. Mata dipejam tenang.
Ya Allah.
Bestnya kalau dapat tidur ni.
Pintu bilik air terkuak dari dalam. Tanda manusia yang duk bertapa dalam tandas tadi sudahpun keluar dari berhibernasi.
"Abang..." Meleret suara bergetar Asyalaa memanggil Qayder.
"Hmm?" Qayder menoleh memandang Asyalaa yang berdiri di pintu tandas. Terus tegak duduknya melihat wajah pucat Asyalaa. Tangan Asyalaa pula sudah berpaut pada pintu.
Tersebek-sebek bibir Asyalaa memandang ke arah Qayder.
"...tolong."
Qayder laju turun dari katil dan berlari mendapatkan Asyalaa. Tangan Asyalaa berpaut pula ke lengan Qayder.
"Sayang? Kenapa ni?" Tanya Qayder.
"Apa tu?" Adu Asyalaa. Mata tunduk memandang kakinya.
Qayder terdiam. Tertelan liur dia melihat cecair jernih di atas lantai.
"Apa tu abang? Syalaa tak kencing pun." Adu Asyalaa. Mengalir airmata jatuh di pipi.
Gulp...
"Are... are you hurt?" Tanya Qayder. Tangan turun mengelus penuh kasih perut besar isterinya.
"No." Balas Asyalaa sayu. Masih tersebek-sebek bibirnya.
"Dah tu kenapa Syalaa menangis?" Tanya Qayder. Masih bertenang.
"Syalaa takut." Adu Asyalaa lagi. Sayu gayanya. Mangalir lagi airmata ke pipi.
"Shh don't cry. It's okay. Come. Kita pergi hospital ya?" Pujuk Qayder lembut. Tangan naik menyeka airmata di pipi Asyalaa. Cuba menenangkan Asyalaa walaupun dia sendiri agak gelabah sebenarnya.
Ya Allah...
Tiba-tiba Qayder rasa berpeluh.
QAYDER mula mengalunkan selawat di telinga Asyalaa. Tangan diselit di bawah kepala Asyalaa. Biarkan Asyalaa berbantalkan tapak tangannya. Sebelah tangan pula mengelus lembut belakang tubuh Asyalaa.
Tertelan liur dia melihat wajah Asyalaa yang berkerut hebat. Ada peluh dingin memercik di dahi Asyalaa. Bibir Asyalaa juga berubah sedikit pucat.
Jujur. Qayder rasa cemas setiapkali mendengar nafas berat dan laju Asyalaa menampar gegendang telinga. Tahu Asyalaa sedang menahan sakit yang maha hebat rasanya.
Asyalaa merengek perlahan sebelum bibir dikemam rapat. Terpejam rapat mata menahan rasa sakit. Tangan semakin kemas mencengkam kuat lengan dan bahu Qayder.
Ya Allah...
"Breathe in. Breathe out. Be calm. Syalaa jangan takut. Abang ada." Pujuk suara garau milik Qayder.
Asyalaa dengar tapi dia tak mampu membalas. Hanya kepala mengangguk kecil sebelum dia kembali mengatur nafas seperti yang diarahkan Qayder tadi.
Terasa panas rasa mata Qayder melihat Asyalaa yang diam menahan rasa sakit itu. Dia pula yang rasa takut. Takut jika apa-apa terjadi.
Tapi dia percaya Allah sentiasa ada bersama hambaNya.
Ya Allah...
Permudahkanlah segala urusan isteriku...
YOU ARE READING
QAYDER : MR COLD
Romantik# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cum...