QAYDER yang tak mahu masuk pun akhirnya memutuskan untuk masuk jua. Tak boleh betul aku.
Curious.
Wajah Qayder berubah tegang melihat skrin home theater yang sudah pecah dan rosak. Langkah kembali diatur mendekati Dee yang sudah melutut di sebelah katil.
Saat itu langkah Qayder terhenti mendadak. Terkaku dia melihat sekujur tubuh yang meringkuk diam di hadapan Dee.
Asyalaa.
"Miss? Miss! Ya Allah! Apa dah jadi ni?" Hendak menangis Dee rasa melihat keadaan Asyalaa ketika itu. Dee menggoncang bahu Asyalaa. Mujur Asyalaa memberi respon. Mata Asyalaa perlahan-lahan terbuka. Wajah Asyalaa berkerut sedikit.
"Bangun miss." Dee cuba membantu Asyalaa bangun. Tapi Asyalaa cuma diam.
"Miss? Miss tak apa-apa ke? Kenapa ni?" Tanya Dee.
Wajah Asyalaa berkerut sedikit. Bibirnya pucat dan kering.
"Sakit Dee." Ujar suara lemah itu perlahan sebelum dia bertindak memeluk tubuhnya.
"Sakit? Sakit kat mana miss?"
Qayder cuma diam. Tidak menunjukkan sebarang niat mahu membantu. Saat itu Dee dan Qayder serentak terpandangkan satu parut di paha Asyalaa apabila dress nipis yang dipakai Asyalaa terselak sedikit.
Qayder terkaku melihat parut itu. Dee yang perasan akan pandangan serius Qayder terus bertindak menarik dress satin nipis Asyalaa agar menutup parut tadi.
"Miss bangun dulu. Badan miss sejuk baring kat bawah ni. Kita bangun ya?" Pujuk Dee.
Tapi Asyalaa cuba diam.
Qayder mendengus kasar. Dia melangkah ke arah katil. Comforter ditarik sebelum dibawa menyelimuti tubuh Asyalaa.
Dee hanya diam saat Qayder bertindak mencempung Asyalaa sebelum tubuh Asyalaa diletakkan dengan penuh berhati-hati di atas katil.
She looks so lifeless.
Asyalaa kelihatan seperti mayat hidup yang penat dengan hidupnya sendiri. Gadis itu diam termenung sendiri bersama mata yang berkaca.
How come a human looks dead yet alive in the same time?
Seketika kemudian, Qayder terkaku saat pandangan lohong hitam milik Asyalaa berlanggar dengan pandangannya. Dan ketika itu, pandangan Asyalaa yang tadi mati kembali hidup. Mula berkaca sebelum ada airmata jatuh dari tubir matanya. Tak sampai sesaat, Asyalaa menangis semahu-mahunya sehingga bahunya terhinjut-hinjut. Tangisan Asyalaa semakin berat.
Qayder terdiam sendiri. Kenapa dia menangis?
"Miss? Shhh it's okay." Dee terus memeluk tubuh Asyalaa. Meruntun hatinya melihat keadaan Asyalaa. Dia dah agak dah. Balik ke Malaysia bukanlah satu perkara yang baik untuk Asyalaa.
Qayder tegakkan tubuh. Hanya mampu diam melihat Dee berusaha memujuk Asyalaa supaya bertenang.
Sepi. Hening.
Qayder mengeluh.
She's so broken.
Very...
Lama keadaan seperti itu sehinggalah Asyalaa akhirnya tenang dan mula berhenti menangis.
"Miss tak makan lagi ke?" Tanya Dee.
Asyalaa menggeleng. Matanya bengkak dan memerah. Hidungnya memerah sama.
"Tak apa. Miss pergi mandi dulu. Saya masakkan bubur untuk miss sekejap ya?" Pujuk Dee lagi.
"No it's okay. You handle her. I got this." Qayder memusingkan tubuh dan terus menghilangkan diri.
YOU ARE READING
QAYDER : MR COLD
Romance# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cum...