•BAB 17• 🚫

118K 5.8K 1.1K
                                    

ASYALAA menolak rambutnya ke belakang bahu sebelum dia memeriksa slip dress satin warna merah hati yang tersarung kemas mengikut bentuk tubuhnya. Baju ini dia tempah khas dari Gemini untuk majlis ini. Tak sia-sia beribu duit terbang untuk dress ini.

Beautiful.

Agak seksi. Tapi cantik dan Asyalaa suka. Fokus Asyalaa terkalih ke arah lipstick chanel di atas meja. Perlahan-lahan tangan mencapai lipstick itu dan dipakai di bibirnya.

Asyalaa sebenarnya lebih memilih barangan kosmetik dari Gemini Cosmetic kerana lebih kena dengan citarasanya. Tapi gincu ini pun best juga.

Mungkin sebab hadiah dari Qayder? Tu yang feeling dia lain tu.

Hmm. Dark maroon. Cantik.

"Miss. Dah siap?" Dee muncul. Tersenyum nipis dia melihat Asyalaa. Asyalaa memang agak seksi. Tapi orangnya sangat cantik. Bila dah cantik pakai apa pun cantik.

"Sudah! How do i look?" Asyalaa berposing sedikit di hadapan Dee.

"Gorgeous!" Balas Dee jujur.

"Mesmerizing?" Tanya Asyalaa lagi.

"Beauty!" Balas Dee seraya jatuhkan kepala. Jujur. Asyalaa sentiasa cantik.

Asyalaa senyum.

"Mari kita turun." Ujar Asyalaa sebaik sahaja menyarung platform high heels berwarna merah hati. Sempat dia mencapai lipstick chanel berwarna maroon di atas meja solek dan dimasukkan ke dalam pursenya. Selepas itu dia dan Dee berjalan beriringan turun ke lobi.

Seketika kemudian langkah Asyalaa terhenti seketika saat melihat lelaki bersut kemas yang berdiri rapat di sebelah kereta Hummer berwarna hitam berkilat. Ada lagi satu kereta Hummer berwarna hitam berkilat di belakang kereta itu.

My polar bear!

Omo!

Sudah tiga hari tak jumpa Qayder. Aaaa rindu!

Asyalaa laju mengatur langkah keluar dari bangunan Majestique Penthouse itu sebelum dia merapati Qayder.

"Hai Qayder!" Sapa Asyalaa.

Qayder hanya diam menyilang tangan di dada. Asyalaa terdiam sama. Lelaki itu memakai kaca mata hitam. Jadi dia tak tahu jika Qayder memandangnya atau tidak. Tapi jujur dia dapat melihat pantulan dirinya di kaca mata hitam itu.

Dia pandang aku ke tak?

"Tu. Masuk kereta belakang." Qayder memuncungkan bibir ke arah Hummer hitam berkilat di belakang keretanya.

Terkelip-kelip mata Asyalaa memandang kereta itu.

"Errr. Tak apalah. Saya naik dengan awak jelah." Asyalaa senyum senget seraya bertindak membuka pintu kereta di hadapannya. Tapi Qayder lebih pantas menolak pintu kereta itu sehingga tertutup kembali.

"No. Naik kereta tu." Arah Qayder lagi sebelum dia berlalu pergi memboloskan tubuh ke bahagian pemandu.

Asyalaa terpinga-pinga. Namun dia pantas mahu membuka pintu kereta Qayder. Nak menyelinap masuk tapi eh.

Gagal!

Dan selepas itu, kereta Qayder laju menderu pergi.

Oh my!!!

Ish jahatlah Qayder ni.

Nasib baik River masih belum sihat lagi.

Asyalaa mendengus geram dan akhirnya berlalu ke kereta yang ditunjuk Qayder tadi. Tiba-tiba muncul lelaki bertatu di sisi leher kelmarin..Asyalaa automatik kecut perut melihat wajah dingin itu.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now