•BAB 40• 🚫

201K 6.2K 2K
                                    

QAYDER merempuh kasar pintu di hadapannya. Membulat mata sebaik sahaja melihat satu duduk tubuh yang diam berdiri membelakanginya di atas tembok betul-betul di hujung bangunan.

Heiden dan Arya terdiam. Berderau darah mereka melihat Asyalaa yang berdiri betul-betul di hujung tembok. Tersalah langkah, mahu gadis itu terjatuh dari tingkat dua belas ini.

"Encik. Encik tak boleh di sini..." Ujar seorang lelaki.

"She's my wife!" Tegas Qayder.

Qayder mengatur langkah satu persatu mendekati Asyalaa. Berhati-hati.

"Asyalaa..." Qayder menelan liur.

Tak pelik jika orang dengan kisah silam yang menyakitkan seperti Asyalaa boleh bertindak seperti ini. But still...

Kenapa dengan Asyalaa?

"Asyalaa. Jangan macam ni. Please..." Pujuk Qayder lembut.

Tapi masih sama.

Asyalaa masih kaku.

"Nawra Asyalaa Mohd Borhan..." Seru Qayder lembut. Mahu tarik perhatian Asyalaa.

Lega. Qayder melepas nafas lega saat Asyalaa perlahan-lahan memusingkan tubuh menghadapnya.

Lega. Mujur Asyalaa masih...

Qayder terkaku. Rasa bagai direntap jantungnya saat melihat kedua-dua tangan Asyalaa terikat kemas. Pandangan Asyalaa ke arahnya juga kosong.

Bagai tiada emosi.

Kenapa?

Bagai patung. Asyalaa mula mengundur selangkah demi selangkah.

Qayder mula cemas.

"Asyalaa!!!" Jerit Qayder sekuat hatinya. Saat itu mata Asyalaa membulat apabila mendengar namanya diseru lantang.

Qayder!

Namun sudah terlambat. Sebelah kakinya sudahpun tidak menjejak tembok lagi. Saat itu airmata jatuh setitis. Mata berlanggar dengan pandangan cemas Qayder ke arahnya sebelum tubuhnya bagi terdorong ke belakang mula di tarik graviti.

Ini... seperti ini ke pengakhiran aku?

Seperti ini...

Qayder berlari ke arahnya. Asyalaa terus menggeleng kepala.

'Qayder jangan!'

Jangan!

Asyalaa terbisu sendiri. Dia mahu menjerit tapi tubuhnya semakin berat di tarik graviti.

Seperti ini...

Seperti inikah?

Asyalaa pejam mata. Dunia ini gelap. Dan pengakhiran aku seperti ini.

Seperti inikah jalan akhirnya?

Aku...

Mati?
















QAYDER terus terjun dari rooftop. Tangan menarik Asyalaa merapat ke dada. Saat itu cukup mendebarkan. Tipulah jika dia tidak takut. Namun tangannya lebih cekap mengeluarkan satu grappling hook dari belakang tubuhnya dan terus dilempar ke tembok tadi.

Apabila berjaya menetapkan grappling hook itu ke sasaran, Qayder terus menghayun tubuh ke bahagian tingkap bangunan itu.

Ini sahaja cara yang ada.

Satu...

Dua...

Tiga!

Pranggg!!!

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now