•BAB 41• 🚫

191K 6.5K 2.2K
                                    

ASYALAA melepaskan keluhan sebelum perlahan-lahan dia buka mata. Sepi. Suasana bilik gelap ini sepi.

Asyalaa kembali memejam mata rapat. Cuba mengusir mimpi yang tadi menghantui tidurnya. Tiba-tiba ada satu tangan memeluk lehernya manakala satu lagi tangan melingkar di pinggang. Asyalaa terdiam sendiri.

"Kau dah bangun?" Tanya satu suara serak milik Qayder.

Asyalaa jatuhkan kepala. Namun tangannya jatuh menyentuh lengan Qayder yang melilit pinggangnya. Hangat.

"Kita kena bangun. Nanti terlewat subuh." Ujar Qayder sebelum dia bangun. Lengan yang menjadi bantal kepala Asyalaa turut mengangkat kepala itu bangun dari perbaringan.

"Kau pergi mandi dan bersiap dulu. Aku tunggu kat sini." Ujar Qayder.

Asyalaa senyum nipis. Tanda mengerti. "Okey."

Asyalaa bangun bersama kepala yang terasa ringan. Bathrobe miliknya di capai dan langkah diatur satu persatu ke tandas. Pintu bilik air ditutup dan dikunci. Bathrobe disangkut di tempatnya sebelum Asyalaa merapati shower.

Sepi.

Senyuman di bibir Asyalaa mati. Mata memandang kosong pantulan dirinya di lantai tandas ini.

Look at how pathetic she is.

She's... pathetic.

Asyalaa membuka shower dan biarkan air jatuh membasahi tubuhnya. Dingin.

Rasa ini.

Dingin...

Asyalaa diam. Perlahan-lahan bibir menarik senyum nipis. Nafas ditarik dalam-dalam dan dilepas tenang. Asyalaa mahu mencapai shower cream bersama rasa tekad di dada.

Tak apa Asyalaa. Semuanya akan baik-baik sahaja.

Kau kuat. Kau ku...

Entah bagaimana, Asyalaa tersilap langkah. Hampir sahaja dia jatuh terduduk di atas lantai. Dia terjatuh jua namun mujur tangan sempat berpaut pada pemegang shower.

"Aduh!" Asyalaa menggosok kedua-dua kepala lutut yang terasa sakit dek berlaga kasar dengan lantai. Berderau darah Asyalaa. Nasib baik dia tak jatuh terlentang tadi.

Sakit patella aku.

"Asyalaa!" Serentak itu pintu dikuak kasar dari luar.

Sepi. Asyalaa pandang Qayder. Qayder turut memandang Asyalaa sama.

"Are you okay?" Tanya Qayder.

"Sa... saya tak apa-apalah. Saya cuma terjatuh sikit." Asyalaa larikan pandangan sebelum dia cuba bangun dari duduknya.

Qayder mendengus kasar. Dia melangkah masuk ke dalam tandas. Shower ditutup sebelum dia merapati Asyalaa.

"Qayder. Awak na..." Terkelu Asyalaa apabila Qayder tiba-tiba mencempung tubuhnya sebelum Qayder melabuhkan punggung di tandas duduk.

Asyalaa terdiam duduk di atas paha Qayder.

Errr...

"Pelik-peliklah kau ni. Macam mana boleh jatuh?" Tanya Qayder. Serius sahaja wajahnya.

Asyalaa hanya diam memandang wajah serius Qayder. Asyalaa senyum nipis sebelum dia menggosok lututnya yang sedikit memerah.

"Sakit ke?" Tanya Qayder lembut. Tangannya menggosok lembut lutut Asyalaa.

"Sikit." Balas Asyalaa. Qayder menghembus nafas hangat di situ sebelum lutut Asyalaa digosok lagi.

Mesti sakit.

"Kenapa awak masuk?" Tanya Asyalaa.

"Aku dengar kau jatuh. Aku masuklah." Balas Qayder tenang.

"But still. Kalau saya tak pakai baju tadi macam mana?"

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now