•BAB 50• 🚫

186K 6.1K 1.2K
                                    

ASYALAA tersenyum lebar melihat pantulan dirinya di cermin. Baju kurung songket hitam emas di tubuhnya dipandang lama.

Cantik sangat.

Tapi kalau warna merah mungkin lagi cantik? Lagi rawr?

Asyalaa senyum sahaja. Dia tak kisah dah tentang semua itu. Yang dia kisah sekarang ini...

Cantiknya aku!

Masyaa Allah! Jujur dia tak pernah nak tahu pun macam mana rupa muka dia kalau pakai baju kebarung songket macam ni. Cantik rupanya! Ala-ala puteri diraja zaman dulu-dulu.

Menyesalnya membesar kat London. Kalau aku tahu, aku duk Malaysia lepastu belajar fesyen dan seterusnya buka butik sendiri. Kan best bila ada jenama baju sendiri.

Astaghfirullahalazim. Teruknya aku berangan!

Asyalaa tersenyum-senyum sendiri melihat dirinya. Seketika kemudian dia mengelamun lagi.

Eii mesti Qayder handsome kan?

Asyalaa mahu menjerit sahaja rasa. Teruja dia mahu bergandingan ke pelamin bersama-sama dengan Qayder.

Mesti comel!

Asyalaa terlompat-lompat kecil di tempatnya. Terlalu teruja!

"Ya Allah Cik Puan. Jangan melompat macam tu. Koyak baju nanti." Usik Aina yang sedang merapati Asyalaa.

"Maaf. Saya teruja sangat." Asyalaa senyum.

Aina dan Safiya diam. Tersenyum sendiri mereka melihat Asyalaa. Bagai sedang mengagumi pemandangan di hadapan mereka.

She's so pretty...

"Oh ya. I... Ini stilleto Cik Puan Asyalaa." Ujar Safiya. Laju dia membuka kotak hitam di pegangannya dan dihulur ke arah Asyalaa.

Asyalaa senyum. Sepasang stiletto di dalam kotak itu dicapai.

"Asyalaa."

Bingung. Terkelip-kelip mata Aina dan Safiya mendengarnya.

"Drop the formalities. Just call me Asyalaa instead." Asyalaa melempar senyum lagi sebelum dia menyarung stilleto ke kakinya.

Uwu cutie stilleto!

Aina dan Safiya memandang sesama sendiri mendengarnya.

Memandangkan mereka berkerja untuk Datin Husna yang merupakan pereka fesyen yang agak ternama di negara ini, mereka sudahpun terbiasa menerima pelanggan-pelanggan yang berpangkat dan mempunyai nama. Jadi agak mustahil mahu memanggil wanita cantik ini hanya dengan namanya. Lagipun siapa tak kenal wanita ini.

"Hmm. Suami saya dah siap ke?" Tanya Asyalaa.

"Saya rasa Tuan Qayder sudah siap. Dia ada di bilik sebelah."

"Oh okey." Teruja. Berlari-lari anak Asyalaa keluar dari bilik persiapannya. Mahu menjenguk persiapan Qayder pula.

Tok! Tok! Tok!

"Assalamualaikum." Asyalaa memulas tombol pintu sebelum menjenguk ke dalam bilik itu.

Terus tersenyum lebar Asyalaa melihat belakang tubuh Qayder yang sedang membetulkan dokoh di lehernya.

Asyalaa senyum senget. Tubuh menyelinap masuk ke dalam ruangan itu. Terjinjit-jinjit dia merapati Qayder. Mahu meminimakan bunyi yang terhasil. Asyalaa menyandarkan tubuh ke dinding. Tersenyum sendiri dia melihat Qayder yang masih tenggelam dalam dunia sendiri itu.

Ehem!

"Phewittt! Encik polar bear hensem. Phewitt!" Asyalaa bersiul nakal.

Even his back looks so hot.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now