ASYALAA tersedar dari lena apabila terdengar ada suara kuat terbatuk-batuk di dalam tandas. Terpisat-pisat Asyalaa menggosok mata. Mata yang masih terasa berat cuba melihat jam di sebelahnya.
Satu pagi?
Asyalaa menoleh sebelahnya. Kosong. Tiada Qayder di situ. Asyalaa lantas bangun dan merapati pintu tandas.
"Abang?" Tangan di angkat mengetuk pintu tandas.
"Abang? Abang kat dalam tandas ke?" Tanya suara serak Asyalaa. Masih mamai.
Tiada balasan. Tak lama kemudian, pintu dikuak dari dalam. Muncul wajah Qayder yang kelihatan sedikit lesu.
"Abang okey ke?" Tanya Asyalaa. Risau pula melihat wajah Qayder yang lemah tidak berdaya.
Qayder senyum nipis. Matanya layu dek kerana rasa kantuk yang menguasai diri.
"Okey. Syalaa kenapa bangun ni?" Qayder mengelus lembut sisi kepala Asyalaa.
"Abang nampak pucat. Jom kita baring dulu." Asyalaa memeluk lengan Qayder dan membawa lelaki itu ke katil.
Qayder melabuhkan punggung di birai katil. Mata dipejam rapat. Cuba tenangkan diri.
"Abang macam tak okey je. Abang betul ke tak apa-apa?" Tanya Asyalaa lagi.
Qayder hanya jatuhkan kepala sebagai jawapan. Tanda dia tak apa-apa.
Qayder angkat kepala apabila suasana sunyi. Terdiam dia melihat Asyalaa yang lama memandangnya. Mata isterinya juga layu. Pasti Asyalaa masih mengantuk juga.
"Abang tak apa-apa Syalaa. Mungkin abang cuma salah makan kut." Ujar Qayder bersama senyuman. Cuba meyakinkan Asyalaa yang dia tak apa-apa.
"Abang nak pakai minyak angin? Syalaa boleh pakaikan. Sekejap." Asyalaa laju merapati meja solek. Minyak angin dari laci meja itu dicapai sebelum dia berlari-lari anak merapati Qayder.
"Abang baring dulu." Asyalaa menolak lembut tubuh Qayder agar berbaring di atas katil. Qayder hanya patuh. Berkerut wajah Qayder ketika itu.
Asyalaa memanjat katil. Punggung dilabuhkan di sebelah Qayder sebelum dia memulakan sesi menyapu minyak angin di dada dan leher Qayder.
Lega dia melihat wajah Qayder yang kembali tenang. Mata itu sudah terpejam dan dada Qayder juga berombak tenang. Pasti Qayder rasa sedikit lega.
Diam.
Asyalaa memandang lama wajah tenang Qayder yang mula tenggelam dalam lena. Agak lama Asyalaa termenung sendiri sebelum dia tunduk. Perlahan-lahan tangan naik menyentuh perutnya yang kempis itu. Tersenyum sendiri dia ketika itu. Namun tak lama selepas itu dia melepaskan satu keluhan.
Ya Allah...
"Kenapa Syalaa mengeluh?" Tegur suara garau yang sedikit serak itu. Tersentak Asyalaa dibuatnya. Laju Asyalaa angkat kepala memandang Qayder.
Mata yang terpejam itu perlahan-lahan terbuka. Redup pandangan warna coklat tua yang sedikit layu itu memandang Asyalaa.
"Tak ada apa. Abang tidurlah. Syalaa dodoikan abang." Tangan Asyalaa naik menepuk lembut dada Qayder selepas itu.
"Hasbi rabbi jallallah, mafi qalbi ghairullah, nur Muhammad sallallah, laillahhaillallah."
Qayder memejam semula mata. Tersenyum nipis dia mendengar suara merdu itu berselawat mendodoikan.
Hampir-hampir Qayder tertidur. Apabila suara merdu berselawat tadi tiba-tiba diam, Qayder kembali membuka mata. Tersenyum dia melihat Asyalaa yang tersengguk-sengguk di tempatnya.
YOU ARE READING
QAYDER : MR COLD
Romance# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cum...