•BAB 22• 🚫

130K 5.9K 1.3K
                                    

ASYALAA memukul rakus dinding kaca di hadapannya. Tapi hampa. Keputusannya masih sama dan dinding kaca kapsul yang mengurungnya ini masih utuh berdiri.

"Tolong! Tolong! Please anyone..." Rapuh suara Asyalaa meminta tolong saat air di dalam kapsul ini sudahpun separas lehernya. Lagi sedikit dan dia akan lemas.

Buat pertama kali, Asyalaa rasa mahu teruskan hidup. Buat pertama kali, Asyalaa benar-benar mahu hidup.

"Tolong! Please help me please..." Rayu Asyalaa lagi. Walaupun dia tahu tiada seorang manusia pun yang mendengar rayuannya.

Hampa.

Hampa.

Dan hampa.

Harapannya masih tiada.

Asyalaa mula mengalirkan airmata. Dia takut...

Takut...

Ya Allah!

Baru nak ingat Tuhan?

Asyalaa rasa terpukul dengan suara dalam dirinya sendiri.

Ya Allah!

Asyalaa cuba mencari jalan keluar. Tapi malangnya tiada.

Pintu besi yang dikuak kasar dari luar membuatkan Asyalaa laju menoleh. Lega Asyalaa rasa saat melihat lelaki yang muncul itu.

Qayder!

Namun senyumannya mati saat melihat wajah mendung Qayder. Mata dan hidung lelaki itu merah. Hujung bibir dan tulang pipi lelaki itu sudah mula kebiruan. Lelaki itu terus melabuhkan punggung di kerusinya kasar. Wajahnya berubah tegang. Langsung dia tak menoleh memandang Asyalaa.

Kenapa dengan dia?

"Qa... Qayder. Qayder tolonglah lepaskan saya." Rayu Asyalaa dari dalam kapsul kaca itu.

Qayder diam. Langsung tak dengar rayuan Asyalaa. Tapi tangannya laju menekan button biru di remote control di atas meja.

Serentak dengan itu, air laju jatuh ke dalam kapsul dan Asyalaa mula cemas sendiri. Tersedar yang paras air semakin meningkat sehingga paras dagunya. Asyalaa terpaksa mendongak. Cuba mencuri oksigen yang tinggal tapi tak sampai beberapa minit, air sudahpun memenuhi kapsul kaca itu. Dan Asyalaa mula terkapar-kapar sendiri.

Asyalaa memukul rakus dinding kaca di hadapannya. Terdesak mahu melepaskan diri. Dan masih sama.

Hampa.

Terasa pedih hidung Asyalaa dek kerana air yang masuk melalui lubang hidung. Asyalaa terkapar-kapar lagi. Nafasnya terasa pendek.

Oksigen...

I need oxygen...

Qayder please...

Asyalaa cuba meraih simpati Qayder. Tapi lelaki itu hanya memandangnya sepi. Bagai dia yang sedang terkapar-kapar kelemasan ini merupakan satu hiburan dipandangan Qayder.

Asyalaa akhirnya diam. Tangannya yang terkapar-kapar tadi berhenti. Dan Asyalaa terus membatu.

Asyalaa tahu dia tak mampu hendak bertahan lama. Terasa pedih hidungnya. Wajah dingin Qayder dipandang sayu dan ternyata lelaki itu hanya memandangnya sepi. Bagai langsung tidak berniat mahu membantu.

Ya.

Lelaki itu memang benar-benar mahu membunuhnya.

Asyalaa pasrah. Harapannya mati. Dia sudah tak mampu nak bertahan. Matanya juga mula terpejam dan dia hanya biarkan sahaja dirinya mula tenggelam. Membiarkan air di dalam kapsul kaca ini melemaskannya.

QAYDER : MR COLDWhere stories live. Discover now