Youngeum:Youngeum pergi dulu!
Puan Kim:Ha yela,hati hati kat jalan nanti okay!
Pintu rumah ditutup lalu Youngeum pun memulakan perjalanannya untuk ke sekolah.
Ini ialah hari pertama Youngeum akan bersekolah di sekolah barunya.Gadis itu berjalan sambil melompat lompat kegembiraan.
Dia sangat tidak sabar untuk bertemu dengan guru dan juga kawan baru.
Youngeum akhirnya tiba di Sekolah Menengah Samsok.
Youngeum:Jadi,inilah sekolahnya.
Youngeum pun terus masuk ke dalam sekolah tersebut.Dia mendapati bahawa ramai murid murid.
Ada yang sedang berkejar kejaran,ada yang duduk di dalam kelas sambil berbual bual dan ada juga yang sedang makan di kantin sekolah.
Tugas Youngeum sekarang ini ialah untuk berjumpa dengan Cikgu Dora.Disebabkan Youngeum murid baru,dia tidak tahu di mana bilik guru.
Sampailah dia terserempak dengan dua orang murid perempuan yang tidak jauh darinya sedang berbual bual.
Youngeum pun menyapa mereka.
Youngeum:Erm,hai.
Gadis yang bernama Ara langsung menoleh ke arah Youngeum.
Ara:Ya kenapa?
Youngeum:Saya murid baru kat sini,jadi saya nak pergi kat bilik guru.Tapi saya tak tau kat mana bilik guru.Boleh korang tolong saya?
Ara:Oh,mula mula kat hujung sana tu ada tangga,awak naik je terus lepastu jalan lurus then belok kanan.Kat situlah bilik guru.
Youngeum mengangguk angguk tanda faham.
Youngeum:Okay terima kasih,kalau macam tu saya pergi dulu.
Sempat Youngeum menunduk hormat ke arah mereka sambil menghadiahkan senyuman manis.
Seperti yang Ara cakapkan tadi,Youngeum terus menaiki tangga.
Akhirnya Youngeum jumpa juga bilik guru.Pintu diketuk lalu Youngeum memasuki bilik guru tersebut.
Youngeum:Mana dia ya..?
Youngeum melihat sekeliling sehinggalah dia terjumpa Cikgu Dora yang sedang fokus menaip sesuatu di komputernya.
Youngeum segera mendekati Cikgu Dora.
Youngeum:Cikgu Dora.
Cikgu Dora:Ya?
Cikgu Dora menoleh ke arah Youngeum yang berdiri tegak itu.
Cikgu Dora:Oh jadi kamu lah budak baru tu ye.
Gadis itu mengangguk.
Cikgu Dora:Nama?
Youngeum:Kim Youngeum.
Cikgu Dora hanya membalas dengan anggukan sahaja sementara tangannya sibuk mencari sesuatu.
Cikgu Dora menghulurkan sesuatu ke Youngeum.
Cikgu Dora:Ini name tag kamu.Okay jom masuk kelas.Kelas dah nak mula ni.
Name tag yang diberikan diambil.Segera Cikgu Dora melangkah keluar dari bilik guru diikuti dengan Youngeum.
Mereka tiba di kelas.
Cikgu Dora:Okay semua,cukup saya tak nak dengar lagi kamu bercerita ya.
Buku diletakkan di atas meja.Semua murid tertumpu di Youngeum yang hanya melihat tingka laku Cikgu Dora.
YOU ARE READING
DING DONG! - PARK SUNGHOON
Storie d'amore"Ding Dong! Kim Youngeum here! <333" Kim Youngeum "Boleh tak satu hari jangan ganggu aku?" Park Sunghoon Tentang seorang perempuan yang bernama Kim Youngeum yang suka mengacau Park Sunghoon semata mata untuk berkawan dengannya. START:14.11.2021 END:...