EP 5

164 18 16
                                    

Youngeum:Youngeum dah balik!

Langkah Youngeum terhenti di saat dia menghidu bau yang sangat lazat.Dan bau itu datang dari arah dapur.

Youngeum:Uih,sedapnya bau!Apa juga yang mama masak tu ye?

Lantas Youngeum berlari ke arah dapur.Tudung saji dibuka dan mata segera terbuka luas.

Youngeum:Wah!Ayam gogheng ngan Samgyeopsal lah!

Youngeum melompat kegembiraan kerana itu ialah makanan kegemarannya.

Youngeum:Wah,my peyborit!

Segera pinggan di capai lalu Youngeum menyendukkan nasi ke pinggannya.Lauk juga diambil.

Youngeum:Saya makan dulu!

Lantas makanan dimasukkan ke dalam mulut Youngeum.Mata dipejam dan dahi berkerut tanda kesedapan dengan masakan mamanya.

Youngeum:Wah,sedap sedap.

Setelah puas memakan makanannya,Youngeum akhirnya kekenyangan.Segelas air diteguk hingga habis.

Tisu dicapai lalu mulut dibersihkan.Youngeum mendiamkan diri seketika sebelum dia terfikir sesuatu.

Dalam hati Youngeum:Hm,mungkin aku boleh bagi makanan ni dekat Sunghoon.Dia tentu suka!Ya,betul tu!Bagi Sunghoon makanan ni!

Segera Youngeum berdiri dari kerusinya dan mengambil sebekas bekal kosong lalu dicuci.

Usai mencuci sehingga bersih,gadis itu terus mengelap bekas yang basah itu menggunakan tisu.

Diletaknya nasi putih bersama lauk lauknya sekali.Bekas yang sudah berisikan makanan itu dimasukkan ke dalam beg plastik.

Senyuman kegembiraan terukir di wajah cantik milik Youngeum.

Segera dia pergi ke muka pintu untuk memakai kasut.

Youngeum:Mama,Youngeum nak keluar kejap tau!

Puan Kim:Ha yela,hati hati di jalan!

Youngeum:Okay!

Pintu rumah ditutup rapat dan Youngeum pun berlalu pergi ke rumah milik keluarga Sunghoon.

Loceng ditekan dan segera Youngeum menunggu seseorang untuk keluar.Tetapi tidak ada pun yang keluar.

Sekali lagi loceng rumah milik keluarga Sunghoon ditekan.Tetap tiada sesiapa yang keluar.

Youngeum:Mana Sunghoon ni?

Tekan punya tekan,tunggu punya tunggu,masih juga tiada sesiapa yang keluar.

Tetapi Youngeum tidak akan putus asa.Dia sanggup menunggu sampailah Sunghoon keluar.

Kaki Youngeum menjadi lenguh kerana dari tadi berdiri.Dia mengambil keputusan untuk duduk di batu dan menyandarkan belakang tubuhnya di dinding milik rumah keluarga Sunghoon.

Tanpa Youngeum sedar,dia akhirnya terlelap.

-

???:Hei bangun,awak buat apa kat sini?Dia siapa ni?

???:Entahlah.

Dapat Youngeum mendengar seseorang yang sedang berbual bual di hadapannya.Mata dibuka perlahan lahan.

Penglihatan Youngeum agak kabur,jadi susah dia ingin melihat siapa yang sedang bercakap di hadapannya ini.

???:Ha,bangun pun.Oik bangun.

Youngeum menguap kecil lalu menggeliat.Mata digosok.Akhirnya penglihatan Youngeum jelas jua.

Dapat dia melihat seorang lelaki yang sedang duduk mencangkung dihadapannya,dan seorang lagi tengah ralit bermain telefonnya.

Mata Youngeum membulat besar di saat dia melihat dua orang lelaki tersebut.

Lelaki yang mencangkung di hadapannya itu menghadiahkan senyuman manis ke arah Youngeum yang baharu sahaja bangun tidur itu sambil melambai kecil.

???:Hai.

Segera Youngeum berdiri tegak.Lelaki yang duduk tadi itupun berdiri.

Rambut diperbetulkan.Youngeum mengundur sedikit.

Youngeum:K-korang siapa ni?Korang buat apa kat sini?

???:Nama saya Park Jongseong.Panggil saya Jay.Yang ni pulak Sim Jaeyun.Panggil dia Jake.Kami berdua ni kawan Sunghoon.Kami datang sini sebab nak bawa dia jalan jalan.Ha,awak ni siapa dan kenapa ada di rumah Sunghoon ni?

Mendengar soalan lelaki itu terus Youngeum teringat sesuatu.Dia ingin memberikan Sunghoon makanan.

Youngeum:Eh,mana.Mana makanan saya tadi?

Di carinya beg plastik yang dibawanya tetapi Youngeum langsung tidak menjumpainya.

Jay:Awak cari apa tu?

Youngeum:Beg plastik.Kat dalam tu ada makanan untuk Sunghoon.S-saya nak bagi makanan tu kat dia.Tapi bila saya bangun bangun,dah hilang.Korang nampak?

Jake:Aku dah buang.

Mata Youngeum membulat besar.Segera dia mendekati lelaki yang bernama Jake itu.

Youngeum:Kenapa awak buang?Awak tau tak penat penat saya bawa makanan tu untuk bagi kat Sunghoon.Kenapa awak boleh buang pula?

Jake:Masa kami pergi sini,kami terhidu bau yang tak sedap.Pastu kami nampak lah kau sedang tidur kat depan rumah Sunghoon tu.Kat sebelah kau ada beg plastik tu dan bau dia tu datang dari arah plastik tu.Jadi aku cek la apa dalam plastik tu,rupanya Samgyeopsal tapi dah basi.So aku buang je la.

Youngeum:Dengan bekas dia sekali?

Jay:Bekas dia ada dengan saya.Kebetulan tadi ada paip.Paip dia tak jauh sangatlah dari sini,so saya pergilah bersihkan bekas tu.Nah.

Bekas yang sudah bersih itu dihulurkan ke Youngeum.Youngeum segera mengambilnya.

Jay:Awak ni siapa sebenarnya?

Youngeum:Nama saya Kim You-

???:Ada apa ni?

Bersambung...

DING DONG! - PARK SUNGHOONWhere stories live. Discover now