Sunghoon:Oh Jina,hai.Awak ke yang suruh saya datang sini?
Jina mengerutkan dahi.Dia tertawa kecil.
Jina:Bila masa?Ada ada je awak ni.Ni ha,saya sebenarnya nak bagi awak chocolate ni.Saya cari kat kelas takde pula awak kat sana,rupanya awak kat sini.
Sunghoon mengangguk kecil.Dalam hatinya bertanya.
'Kalau bukan Jina..siapa?'
Chocolate yang dihulur diambil.Sunghoon mengusap usap kepala Jina.
Sunghoon:Saya pun...sebenarnya nak bagi ni untuk awak.Ambil lah.
Jina mengambil gula gula milik Sunghoon.Dia tertawa kecil.
Jina:Terima kasih Su-
Tubuh Jina secara tiba tiba dipeluk erat oleh Sunghoon.Jina terkaku.Matanya terbuka luas.
Sunghoon:Jina,saya sebenarnya...suka awak.
Jina makin membulatkan matanya.Dia perlahan lahan meleraikan pelukan mereka.Kedua dua tangan Sunghoon digenggam.
Jina:Sejak bila lagi?
Sunghoon:Sejak kita lepak sama sama kat perpustakaan.Waktu tu,awak nampak sangat cantik masa baca buku.Saya dah lama pendam perasaan saya dekat awak tapi saya takut nak luahkannya.Jadi saya ambil keputusan untuk memberanikan diri saya untuk luahkan kepada awak hari ni.Jadi Jina...awak,terima saya?
Jina memgukir senyuman manis.Dia mengangguk perlahan.Sunghoon senyum bahagia.
Jina:Saya pun sukakan awak Sunghoon.
Sunghoon membasahi bibirnya.Dia senyum kecil.
Sunghoon:Jadi kalau macam tu,izinkan saya...
Perlahan lahan tangan kanan Sunghoon mendarat di tengkuk milik Jina.Wajahnya didekatkan di wajah milik Jina.Jina ingin menolak tetapi dia biarkan sahaja.
Dan ketika itu,bermulalah adegan yang Youngeum sendiri tidak mahu ia terjadi.Youngeum menekup mulutnya,mata dipejam.Dia menggeleng laju.Air mata kian mengalir deras.
Youngeum pergi dari situ dan membiarkan chocolate yang ingin diberi ke Sunghoon terjatuh.
Serentak Jina dan Sunghoon menoleh ke kanan di saat mereka mendengar sesuatu yang terjatuh.
Jina:Bunyi apa tu?
Sunghoon mengangkat bahu.Dia tidak mahu ambil tahu tentang itu,dia menyentuh dagu Jina dan menolehkan kepala gadis itu melihatnya.
Sunghoon senyum sinis.
Sunghoon:Boleh saya sambung balik?
Jina memukul lengan Sunghoon.
Jina:Ni sekolah.Dah jom pergi kelas.
Jina menarik tangan Sunghoon.Lelaki itu tertawa kecil lalu mengikuti sahaja langkah Jina dari belakang.
-
Jay baru sahaja dari menghantar kerja rumahnya di bilik guru.Jay tidak sedari ada seseorang yang berlari ke arahnya lalu tidak sengaja terlanggar bahu milik Jay.
Jay mendengus kasar.Dia menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang berani melanggar bahunya.Keningnya dikerut.
Jay:Youngeum..?
Jay berfikir sebentar.Matanya terbuka luas.Dia melihat ke hadapan semula.
Jay:Tak...tak mungkin.Kim Youngeum!
Jay mengejar Youngeum yang sudah jauh darinya.
Jay:Youngeum tunggu!
Youngeum berlari sepantasnya.Dia tidak menghiraukan Jay memanggilnya.Dia menangis kuat.Jay melajukan lagi langkahnya untuk mengejar Youngeum yang ingin berlari ke jalan raya.
Tiba tiba sebuah kereta memecut laju ke arah Youngeum.Makin laju larian Jay.
Jay:Youngeum!Ada kereta!Hati hati!
Youngeum menoleh ke arah kanannya.Matanya terbuka luas.Kereta tersebut tidak sempat menekan brek lalu tubuh Youngeum dilanggar.
Langkah Jay terhenti.Dia melihat susuk tubuh Youngeum yang sudah pun terbaring di jalan raya tersebut.Semua orang juga sudah pun berkumpul untuk memeriksa jika Youngeum baik baik sahaja atau tidak.
Air mata lelaki itu mengalir.Dia berlari laju ke arah Youngeum.
Jay:Youngeum!
Jay duduk di sebelahnya.Kepala gadis itu diletakkan di peha milik Jay.Jay memukul mukul pipi Youngeum secara lembut.
Jay:Youngeum,Youngeum tolong bangun...Youngeum..
Makin deras air mata Jay mengalir.Darah dibiarkan melekat ditangannya.Jay memeluk erat tubuh kecil Youngeum.
Jay:Kim Youngeum!
???:Sesiapa tolong call ambulans!
-
Jay menuju ke arah Sunghoon yang sedang berseronok berbual bersama Jake,Yujin dan Jina.Dia menarik kolar baju Sunghoon lalu menumbuk lelaki itu.
Jake,Yujin,Jina dan murid yang lain terkejut melihat tindakan Jay.Jay duduk di atas tubuh Sunghoon lalu menumbuknya berkali kali.Sunghoon cuba untuk bertahan.
Jay:Bodoh!Bodoh!Bodoh!Ni semua salah kau!Benda ni takkan terjadi kalau kau tak buat hal!Kau memang bodoh Sunghoon!
Jake menarik tubuh Jay daripada menumbuk Sunghoon terus menerus.Jay menepis kasar lalu menumbuk Sunghoon lagi.
Jake:Woi Jay cukup!Jangan sampai aku panggil cikgu!
Jay:Ni semua salah dia!
Tiba masanya Jina pula yang menghentikan Jay.Jina menolak Jay sekuat hatinya supaya jauh dari Sunghoon.Jina menolong Sunghoon untuk berdiri.
Jina:Apa yang kau buat ni Jay!?Kau nak Sunghoon mati ke hah!?
Jay mendengus kasar.
Jay:Ni,lelaki bodoh ni!Dia punya punca semua ni!
Sunghoon:Apa yang kau cakap ni!?
Jay:Kau tau tak yang Youngeum dekat hospital!?Disebabkan dia sakit hati bila nampak kau bersama sama dengan Jina!Pasal sticky note tu,bukan Jina yang nak jumpa kau tapi Youngeum!Dia yang suruh kau tunggu kat rooftop!Dia cakap yang dia nak confess dekat kau!Tapi malangnya...rancangan dia tak berhasil!Dia lari sambil menangis sebab kau!Dan akhirnya...dia kena langgar..aku tak sempat nak selamatkan dia!
Mata Sunghoon terkebil.Mulut ternganga.
Sunghoon:Dia..suka aku..?
Jay:Ya Sunghoon.Aku pun sebenarnya sedar yang dia sukakan kau.Cuma kau je yang lambat faham.Sebab kau layan dia dengan kasar dan tak pernah berlembut dengan dia.Kau ingat dia apa hoon,robot?Eh dia pun ada perasaan lah.Kau ingat kau layan layan dia kasar macam tu,dia okay je ke!?Kau tak faham apa yang dia rasa kat dalam hoon!Kau main kasar macam tu je!Lelaki jenis apa kau ni!?
Jina mengalirkan air matanya.Dia terduduk.Yujin cuba untuk menenangkannya.
Sunghoon:Aku nak..jumpa dia boleh?
Bersambung...
SORRY EP KALI NI AGAK MEREPEK!!!TEDA IDEA HFNEJFNDJD but hope u like it hehe~
YOU ARE READING
DING DONG! - PARK SUNGHOON
Romance"Ding Dong! Kim Youngeum here! <333" Kim Youngeum "Boleh tak satu hari jangan ganggu aku?" Park Sunghoon Tentang seorang perempuan yang bernama Kim Youngeum yang suka mengacau Park Sunghoon semata mata untuk berkawan dengannya. START:14.11.2021 END:...