EP 33

123 17 12
                                    

Yujin:WHAT!?- dorang dua dua nak ajak kau-

Youngeum menekup mulut Yujin.Tidak ingin pelajar lain mendengarnya.

Youngeum:Jangan lah cakap kuat kuat...

Youngeum melepaskan tangannya dari menekup mulut Yujin.Yujin meniup rambut depannya.

Yujin:Jadi...kau rasa kau nak pilih siapa?

Youngeum menunduk ke bawah.Jari jari dimainkan.Dia melepaskan keluhan berat.

Youngeum:Saya...tak tau..

Yujin mendengus kecil.Kedua dua tangannya disatukan persis seperti seorang detektif.

Yujin:Susah ni...

Youngeum hanya mendiamkan diri.

Yujin:Masa dulu...Jay sangat baik dengan kau.Kalau Sunghoon...biarpun kau layan dia dengan baik sekali,dia tetap berkasar dengan kau..tapi lepas je kau ni hilang ingatan,dia berubah pula..

Youngeum menatap wajah Yujin.

???:Pilih je Jay.

Serentak Youngeum dan Yujin menoleh ke belakang.Kelibat Sunghoon telah pun berada di hadapan mereka.

Youngeum mengangkat keningnya.Dia terpinga pinga.

Youngeum:Huh?

Sunghoon memasukkan kedua dua tangannya di dalam poket seluar.

Sunghoon:Kau pilih je Jay,aku dah pilih Jina.

Yujin membulatkan mata.

Yujin:Jina..?Bukan dia cakap korang d-

Mulut Yujin sekali lagi ditekup.Tetapi sekarang Jina pula yang menekupnya.Yujin menepis kasar tangan Jina.

Jina menatap dingin ke arah Yujin.

Yujin:Kau ni!Kalau aku mati nanti macam mana?

Jina:Yang kau nak cakap pasal aku dan Sunghoon dah putus kenapa?Suka hati dia lah nak pilih aku,lagipun...dia buat begini ada sebab.

Yujin mengerutkan dahi.

Yujin:Bersebab?

Jina menghembus nafas berat.Dia mendekati Yujin lalu gadis itu berbisik sesuatu.

Yujin mengangguk tanda faham.Sunghoon mengambil peluang untuk menatap wajah Youngeum yang masih terpinga pinga melihat Jina membisik sesuatu kepada Yujin.

Senyuman kecil diukir.Youngeum menoleh ke arah Sunghoon di saat dia menyedari bahawa yang dia dari tadi diperhatikan.

Sunghoon tidak menoleh ke arah lain,malah mengenyitkan matanya ke Youngeum.Gadis itu tersentak lalu dia menunduk ke bawah.

Malu.

Sunghoon ketawa kecil.

Yujin:Ohhhhhhhhh macam tuuuuuuu...

Jina mengangguk.Yujin menoleh ke arah Youngeum.Dia secara tiba tiba melepaskan tawa lalu bahu Youngeum dipeluk.

Yujin:Haaaa Youngeum,Jumaat nanti kau datang dengan Jay.Okay?

Youngeum hanya mengangguk.Jina berdehem kecil.

Jina:Okay jadi...apa kata,hari khamis nanti kita beli pakaian untuk majlis tari menari nanti?Setuju?

Mereka berdua mengangguk setuju.

Jina:Awak dengan Jake dan Jay,pergilah beli apa yang patut untuk majlis nanti.Kami hal kami,korang hal korang.Okay?

Sunghoon mengangguk.

-

Youngeum melambai ke arah Yujin yang baru sahaja ingin pulang ke rumah dijemput oleh ibunya.

Youngeum memasukkan tangannya di dalam poket.Dia mulakan perjalanannya untuk pulang.

???:Kim Youngeum!

Langkah Youngeum terhenti.Gadis itu menoleh ke belakang.Kelibat Jay sedang berlari menuju ke arahnya dengan senyuman gembira.

Youngeum:Oh?Jay.Kenapa?

Jay memperlahankan langkahnya di saat dia sudah pun berada di hadapan Youngeum.

Tangan gadis itu digenggam.Youngeum masih hairan.

Jay:Jom,balik sama sama.Saya hantar awak.

Youngeum yang masih hairan itu hanya mengangguk.Mereka pun mula berjalan bersama sama.

Tangan Youngeum masih lagi digenggam kemas oleh Jay.Jay melihat Youngeum sekilas.Dia mengukirkan senyuman kecil.

-

Youngeum:Dah sampai.

Mereka berhenti melangkah.Youngeum berdiri berhadapan dengan Jay.

Lelaki itu masih tersenyum.Youngeum senyum nipis.

Youngeum:Terima kasih sebab tolong hantarkan saya.Saya...masuk dulu.Jumpa besok,bye.

Youngeum memaling ke hadapan.Jay mematikan senyumannya perlahan lahan.

Jay:Nanti.

Tangan Youngeum di tahan.Gadis itu menoleh ke belakang.Dia mengangkat kening kanannya.

Youngeum:Awak ke-

Spontan,Jay menarik Youngeum ke dalam dakapannya.Dipeluknya gadis itu dengan erat sekali bagai tidak mahu dilepaskan.

Jay menutup rapat matanya dan memeluk Youngeum dengan erat lagi.Badan Youngeum terkaku.

Dapat dia rasakan kepalanya diusap usap lembut.Mata Youngeum terkebil kebil.

Youngeum:Err...Jay?Awak buat apa ni?

Jay:Biarkan saya peluk awak Youngeum.Saya rasa...saya dah tak dapat lagi peluk lepas ni.Ini adalah pelukan terakhir saya untuk awak.

Youngeum menelan air liurnya.Dia tidak membalas pelukan Jay malah,membiarkan sahaja lelaki itu memeluknya dengan erat.

Beberapa minit kemudian,pelukan dileraikan.Jay memegang kedua dua bahu Youngeum.

Dia cuba mengukir senyuman.

Jay:Youngeum,lepas ni...awak akan pergi bersama Sunghoon.Awak sayangkan dia kan?Jadi kalau katakan yang awak akan pulih,bermakna...saya dah takkan dapat bermesraan bersama awak lagi.Jadi satu je saya nak minta,tolong jaga diri ye?Tolong jangan sakitkan hati Sunghoon juga,cuba untuk tidak benci dia okay?

Youngeum mengerutkan dahi.

Youngeum:Jay awak cakap apa ni?Awka nak pergi mana?

Jay melepaskan tawa kecil.Pipi gadis itu diusap.

Jay:Saya tak pergi mana mana pun,saya cuma...nak pesan ni dekat awak.Supaya awak boleh lupakan saya.

Youngeum menggeleng laju.Tangan yang masih memegang bahunya dipegang.

Youngeum:Biarpun saya pergi dengan Sunghoon,saya takkan lupakan awak.Awak pun...bermakna di dalam hidup saya,awak yang jaga saya selama saya sakit.Jadi...tolong jangan tinggalkan saya ye..

Jay mengukir senyuman kecil.Dia mengangguk.

Bersambung...

HZHSHSHSHDJD sebentarrrr kejap lagi Youngeum akan sihat yerrrrrssss

Hope u like it !!! Byeeeeeeee!

DING DONG! - PARK SUNGHOONWhere stories live. Discover now