EP 13

132 14 1
                                    

DING DONG!

Sunghoon membuka pagar rumahnya.Dia menggerakkan bebola matanya ke atas.Tangan disilangkan ke dada.

Youngeum yang memakai cekak rambut berbentuk reben itu menayangkan senyuman manis ke arah Sunghoon.

Youngeum:Selamat pagi Sunghoon!

Sunghoon:Kau buat apa kat sini?

Youngeum:Ala macam biasa,nah!

Bekas berwarna putih itu dihulurkan ke Sunghoon.

Sunghoon:Kau ni memang tak faham bahasa kan.Aku dah cakap aku tak n-

Belum sempat Sunghoon habis cakap,Youngeum suda meletakkan bekas itu ditangan Sunghoon dan hendak melangkah pergi.

Youngeum:Ambil je lah,kali ni saya bagi awak ikan salmon tau.Sedap tu.Rugi kalau awak tak makan.

Youngeum menepuk nepuk tangan Sunghoon.Keningnya berkerut di saat dia tidak merasakan apa apa pun di tangan Sunghoon.

Sunghoon menepis kasar genggaman Youngeum.Youngeum melihat Sunghoon dengan wajah yang pelik.

Sunghoon:Kau kenapa,suka hati je usap usap tangan orang.

Youngeum:Sunghoon...awak tak pakai ke yang saya bagi awak tu?

Sunghoon ketawa sinis.Dia membongkokkan badannya seperti tinggi Youngeum.

Sunghoon:Jangan harap lah aku nak pakai,aku dah buang dah.

Youngeum membulatkan matanya.Dia memandang ke bawah.

Youngeum:Ala awak ni...sampai hati buang.Tak boleh ke awak terima je..?

Sunghoon:Yang kau nak sangat aku pakai kenapa?

Youngeum:Sebab saya pun ada.

Lengan yang berhias gelang itu ditunjukkan kepada lelaki itu.Sunghoon memandang kosong gelang Youngeum.

Sunghoon:Kau suruh aku pakai sebab nak matching lah konon dengan kau?Pastu semua orang cakap kita ni bercinta?Heh jangan harap lah.

Youngeum:Eh,bukanlah bercinta tapi...sebagai tanda persahabatan kita..?

Youngeum senyum nipis.Sunghoon menghembus nafas berat.Keningnya digaruk.

Sunghoon:Sejak bila kita jadi kawan?

Sunghoon menjeling malas ke Youngeum lalu masuk ke dalam rumah.Youngeum masih tercegat di depan rumahnya.

Youngeum:Salah ke aku nak berkawan dengan dia..?

-

Keesokan harinya di sekolah,Youngeum paling awal masuk ke kelas.Kelasnya masih sunyi.Dia meletakkan beg sandangnya di kerusi lalu keluar.Cuma ingin berjalan jalan sahaja.

Dia berhenti di depan kelas Sunghoon.Kelihatan beg lelaki itu tiada bermaksud dia belum datang.Youngeum mengembungkan pipinya lalu pergi.

Dalam perjalanan ingin ke kantin,Youngeum terserempak dengan beberapa murid lelaki yang baru sahaja keluar dari sebuah bilik yang dia tidak tahu.

Setelah kelibat murid itu menghilang,Youngeum mencuri curi masuk ke dalam bilik tersebut.Pintu di buka.

Mata Youngeum terbuka luas.Dia melihat sekeliling bilik tersebut.Matanya bersinar sinar.Senyuman terukir.

Youngeum:Wow,gelanggang luncur ais lah!

Youngeum mendekati gelanggang tersebut.Dia ingin mencuba bermain,tetapi dia tidak pandai.

Youngeum:Tak kisah lah aku pandai ke tak pandai ke,aku tetap nak main.Mana kasut luncur air tu?

Mata Youngeum melihat sekeliling untuk mencari kasut luncur ais,akhirnya dia jumpa juga.Kasut itu lalu diambil.

Dia memakai secara cepat.Tidak sabar untuk bermain!Dia memasuki gelanggang ais itu dengan berhati hati.Dia memegang tiang ditepinya supaya menghalangnya daripada terjatuh.

Dia berjalan secara perlahan lahan.Youngeum tidak berhenti tersenyum lebar.

Youngeum:Okay,mari kita cuba~

Tangannya yang memegang tiang itu dilepaskan perlahan.Dia cuba mengimbangkan badannya.Dia berjalan secara perlahan.

Youngeum:Wah!Dah dapat dapat dah dapat!

Youngeum yang berjalan perlahan itu cuba untuk mempercepatkan sedikit jalannya.Youngeum tertawa apabila dia berjaya.

Dia teruja sangat sambil melompat lompat kecil.Kerana terlalu teruja,kaki kirnya tidak sengaja tergelincir dan membuatkan dia terjatuh.

Youngeum:Ahh!

Belum sempat Youngeum terjatuh,ada seseorang yang sempat menangkapnya.Orang itu menghembus nafas lega.

Youngeum yang sedar akan dirinya telah ditangkap menoleh ke belakang untuk melihat orang itu.Mata Youngeum membulat besar.

Youngeum:S-Sunghoon..?

Sunghoon menolak Youngeum dan membuatkan Youngeum hampir terjatuh tetapi dia sempat memegang palang tersebut.

Sunghoon mendengus kasar.

Sunghoon:Kau buat apa kat sini hah?Kau tau tak kau boleh cedera tadi.Kau dah tau yang kau tak pandai main kau tetap nak main.Nasib baik aku sempat tangkap kau tadi,kalau tak?Haih,dah besar cubalah fikir sikit.Kalau kau terjatuh tadi?Menyusahkan orang je dia ni.

Youngeum menunduk ke bawah,rasa serba salah dan malu dalam masa yang sama.Bibir di bawah digigit gigit.

Youngeum:S-saya...cuma nak cuba je main-

Sunghoon:Masalahnya kau tak pandai.Kalau ada orang temankan kau pastu ajar kau takpe juga.Ni,sorang sorang.Lepastu tak pandai main.

Youngeum hanya mendiamkan diri sambil mendengar bebelan Sunghoon.

Youngeum:Ye lah...saya minta maaf..saya yang degil nak main juga..

Sunghoon menggelengkan kepalanya.Lengannya dihulurkan ke Youngeum.Youngeum mendongak.Dia terpinga pinga melihat lengan milik Sunghoon.

Youngeum:Kenapa?

Sunghoon:Pegang lengan aku,aku bawa kau pergi ke tepi gelanggang.

Youngeum mencapai lengan Sunghoon.Dan mengikut langkah Sunghoon,tetapi dia berhenti membuatkan lelaki itu menoleh ke arahnya.

Sunghoon mengangkat sebelah keningnya.

Sunghoon:Kenapa kau berhenti?

Youngeum:Saya nak main boleh?

Sunghoon:Kan aku dah cakap ta-

Youngeum:Ala,awak lah ajar saya.Alang alang awak ada kat sini.Kan kan.

Youngeum menayangkan senyuman manis ke arah Sunghoon.Lelaki itu menggaruk garuk kepalanya.

Sunghoon:Ye lah jom main.

Bersambung...

DING DONG! - PARK SUNGHOONWhere stories live. Discover now