Cerita ni jadi waktu aku umur dalam 20 tahun tak silap aku. Mak aku telah ditakdirkan untuk mengandung lagi. Yang ke sebelas. Alhamdulillah...
Tapi kisah yang tak seronok baru nak mula. Dekat negeri sarawak ni ada satu daerah yg terkenal dengan PENANGGAL. Iaitu Sarikei. Dekat nak hujung tahun dia mula la menunjukkan diri dia. Sana sini meronda di atas awan. Kadang-kadang pukul enam kau dah boleh nampak dia main kat tepi-tepi sungai. Waktu subuh pun ada lagi weh..
Jadi nak di ceritakan malam tu sunyi sangat kampung kami ni. Aku tak tau nak cakap sunyi macam mana. Memang sunyi yang amat-amat sunyi. Sunyi yang buat kita rasa seram. Ayam pun tak berkokok..haa punya sunyi. Malam tu dekat pukul satu dua pagi aku terjaga. Dengar bunyi sesuatu. Macam ada orang menyandar kat dinding lepas tu dia gesek belakang dia kat dinding bilik. Bilik aku dengan mak aku sebelah menyebelah ja. Jadi bunyi gesek tu dari bilik aku pergi ke bilik mak aku dan patah balik ke bilik aku. Dalam dua tiga kali jugak dia main ulang alik macam tu.
Aku ni kalau dah mengantuk aku malas nak peduli benda yang jadi kat sekeliling aku. Jadi aku sambung tidur balik. Sampai la pagi tu aku bangun pergi kerja. Memang keadaan macam biasa. Balik dari kerja adik aku bagitahu mak keguguran lepas aku pergi kerja.
Ya Allah...terkejut gila aku weh. Sebab bangun subuh tu mak aku tak rasa apa pun. Lepas mak aku balik dari hosptal baru mak aku cerita. Rupanya malam tu mak aku dengar benda lain weh... Rumah aku ni tepi sungai,so bawah rumah tu kosong. Bertiang saja. Kau tahu mak aku cerita apa?.
Malam tu mak aku tak boleh tidur. Pusing kanan kiri tak boleh tidur jugak. Ayah aku selamat dah ke alam mimpi. Dalam mak aku terkebil-kebil tu dia dengar bunyi benda macam sayap burung tepi rumah. Mak aku masih fikir positif lagi. Sebab ada jiran yang bela itik jadi mak aku bersangka baik lagi. Dok tak dok bunyi macam orang gosok dinding. Ha ni bunyi yang aku dengar tu. Rupanya lepas aku lelap tu benda tu mula ganggu mak aku.
Kuek, kuek,kuek,kuek...
Lebih kurang bunyi macam itik tapi lebih mengerikan sikit. Macam bunyi perut orang kena tekan. Kau bayang la macam mana. Aku tak pandai nak cerita bunyi tu. Bunyi tu berlegar-legar bawah tempat tidur mak aku tau. Dan bunyi tu berhenti betul-betul bawah mak aku. Kebetulan mak aku tidur tepi dinding. Bunyi dia memang tepi mak aku pakej sekali bunyi geseran tu. Mak aku dah tak sedap hati dah. Baca macam-macam la mak aku pun. Gangguan tu jadi dalam lima belas minit. Berlegar-legar sekitar bilik mak aku. Sekejap-sekejap bunyi kuek-kuek-kuek tu mendekat,sekejap-sekejap jauh pula.
Bangun subuh tu mak aku dah start sakit perut. Tapi tak teruk. Lelas aku pergi kerja,mak aku masuk tandas. Waktu mak aku tekan perut dia darah keluar macam air paip weh. Mencurah-curah jatuh ke lantai kayu. Terus ke tanah. Mak aku terkejut gila. Sebab tekan tak kuat pun. Takat gosok-gosok sikit macam tu ja. Mak aku jerit panggil adik aku. Terketar-ketar adik aku tengok darah weh. Macam air paip.
Kelam kabut pergi hospital. Doktor kata tak dapat diselamatkan.. kami redha tak ada rezki nak beradik baru. Tapi mak aku memang tak syak benda lain. Mak aku memang syak benda tu. Sebab petang waktu mak aku pergi belakang rumah dalam pukul enam tu penanggal tu dah main belakang rumah dah. Dok terbang tepi sungai belakang rumah. Mak aku tak terfikir pun benda tu aim mak aku. Ihh seram.
YOU ARE READING
CHERITA
ParanormalDalam ni dikumpulkan segala cerita-cerita mistik yang terjadi dalam hidup aku,kawan-kawan aku and ada juga yang rekaan.