FLAT DAHLIA

61 8 0
                                    

Cerita mak kawan aku..

Lepas dapat tiket aku terus balik rumah dan kemas beg untuk berangkat malam tu. Aku dengan beberapa orang staf terpilih untuk majlis sumbang saran yang di anjurkan oleh syarikat kami. Aku,Tuan Hamdi dan Cik De mewakili level kami. Ada dalam tiga puluh orang semuanya malam tu. Aku ingatkan di tempatkan dekat homestay apartment rupanya homestay flat je. Tapi kan...yang ni aku puji. Luar flat berlumut dalam dia pergh....macam hotel lima bintang. Siap ada mesin buat air kopi lagi. Aku,Tuan Hamdi dengan Cik De di tempatkan dekat Flat Dahlia. Aku tak ingat flat ni berapa tingkat. Tapi kami tingkat empat. Ada lagi beberapa staf lain dapat flat yang sama juga cuma blok lain. Yang dapat blok Dahlia cuma level kami dengan level pengiklanan je. Ada la dalam lapan orang macam tu. Selang dua buah pintu je dari kami. Disebabkan Cik De ni penakut Nauzubillah jadi dia tidur dengan aku di bilik tengah. Tuan Hamdi ambil bilik yang ada katil bujang tu. Segan kami weh. Dah la Tuan Hamdi tu ketua kami. Tidur pulak di bilik orang bujang. Cik De la ni..penakut sangat.

Malam tu aku terlena dengan nyenyaknya. Sedar-sedar dah subuh dah. Tapi mengantuk tu laa....yelah malam tadi sampai flat pukul satu pagi. Belum lagi kes sesat naik blok. Tengah-tengah malam dok heret bagasi pusing blok. Nasib baik ada abang jaga yang baik hati tolong tunjukkan jalan. Kalau tidak memang kami tidur di bilik staf lain la malam tu.

Esok pagi kami bersiap untuk program dan di jemput ke tempat majlis tu. Dalam perjalanan Cik De kata Tuan Hamdi berdengkur kuat gila. Rasa macam dia tidur depan pintu bilik je. Aku gelak je la..aku pun tak sedar diri dah malam tadi.

Kami selesai program dalam pukul sembilan malam. Sempat la juga aku ambil sikit makanan isi dalam plastik untuk makan kat homestay nanti. Lantak la orang tengok nak cakap apa pun. Janji aku tak kelaparan tengah malam nanti. Lagipun banyak yang lebih tu..ni kalau nak beli memang tak dapat la. Makanan mahal mahal ni. Cik De pun menyelit sekali bungkus isi lobster tau.

Malam tu kami bertiga tidur lewat sikit sebab nak siapkan perbentangan untuk esok. Sambil sambil tu sambung makan balik. Lepas dah siap semua Tuan Hamdi masuk bilik dulu. Aku dengan Cik De masih kemas kini kerja kami tu. Tengah asyik buat kerja tiba-tiba ada bunyi cawan berlaga di dapur. Rumah ni dapur dia tepi pintu utama. Jadi kita boleh nampak la orang memasak di dapur dari ruang tamu tu. Memang tempatnya terbuka. Aku pun tak faham kenapa nak buat dapur terbuka macam tu. Kalau goreng ikan masih kan bau habis sofa sofa dengan tirai.

Cik De cuit siku aku sambil bagi isyarat ke dapur. Aku buat tak tahu dan cepat-cepat save kerja kami tadi. Tak lama lepas tu bunyi sudu jatuh pulak. Aku panggung kepala ke dapur. Mana tahu ada tikus kan..eh,tak ada apa-apa. Cik De ni dah duduk rapat dengan aku dah siap peluk lengan lagi. Punya takut.

"Saya takut la,Kak Jah.."kata Cik De. Aku pun tutup laptop terus bangun masuk bilik dengan Cik De. Kat dalam bilik macam macam bunyi yang kami dengar. Bunyi blender,bunyi periuk,bunyi cawan berlaga. Haih...macam-macam. sampailah pukul dua pagi bunyi tu baru berhenti. Baru aku dengan Cik De boleh tidur lena. Pagi esok Tuan Hamdi tanya..

"Masak apa tengah malam tadi? Sakan bunyinya.."

"Bukan kami lah,Tuan...orang rumah tu ha.." jawab aku.

"Siapa? Oohhh..ha...faham-faham.." kata Tuan Hamdi.

"Nasib baik malam ni last dah. Tak sanggup saya nak lama-lama kat situ. Takut."kata Cik De.

Malam last tu aku tidur awal. Pukul sebelas dah tidur. Cik De dengan Tuan Hamdi tengah kemas barang masing-masing. Aku ni jenis lone ranger. Pergi bawak beg besar tu,balik pun besar tu la beg aku. Memang jenis tak bawak banyak barang. Waktu beli cenderamata petang tadi pun aku tak tahu nak beli apa kat mak aku. Lastnya aku beli beg tangan je la untuk dia letak telekung dia bila ke surau. Tengah sedap tidur tiba-tiba jari kaki aku di tarik tarik. Aku pun buka mata sikit. Nampak Cik De masih lagi kemas barang hujung kaki aku. Jadi aku sengetkan diri sikit supaya kaki aku tak menghadap Cik De. Elok nak pejam jari kaki kena tarik lagi.

"Kenapa Cik De?"tanya aku dekat Cik De.

"Kenapa apa?"Cik De hairan.

"Eh,tadi tarik kaki saya?" Tanya aku. Cik De apa lagi...tinggal terus beg dia melompat duduk sebelah aku.

"Bukan Cik De la.."kata Cik De.

Lahhh....aduhhh...dia main tarik-tarik pulak dah. Terus tak jadi Cik De simpan barang. Terus tidur dia malam tu. Ingatkan boleh tidur lena. Rupanya tidak...kami dengar bunyi memasak,bunyi almari di buka tutup,bunyi dia main air. Lepas tu dia main ketuk-ketuk pintu beranda. Cik De ketakutan sampai berpeluh dalam selimut. Memang penakut sungguh ni. Aku tak tahu nak buat apa dah aku call Tuan Hamdi. Rupanya Tuan Hamdi pun kena kacau sama. Siap di alih turun ke lantai lagi waktu tidur. Malam tu memang tak tidur la kami bertiga. Kami berpakat duduk di ruang tamu dan angkut semua beg kami ke ruang tamu kemas siap-siap. Benda tu dok buat kerja apa entah dalam bilik. Sekejap-sekejap bilik utama bising,lepas tu bilik hujung pulak. Lepas tu bilik tengah pulak. Rajin mengemas dia ni. Tuan Hamdi malas nak layan dia tidur di sofa. Aku dengan Cik De layan Netflix sampai ke subuh. Habis solat subuh  terus bersiap nak ke airport. Memang tak tunggu dah kami. Tuan Hamdi bagitau dekat tuan homestay supaya ambil tindakan untuk bersihkan homestay dia tu. Tak adil la orang dah bayar tapi tak dapat nak duduk selesa. Terdiam tuan homestay tu.

CHERITAWhere stories live. Discover now