Cerita kawan aku...
Malam tu aku di tugaskan untuk jaga lokap dengan kawan aku Si Ijan. Ijan ni alim sikit. Sana sini picit tasbih kat jari. Aku ni rokok je lekat kat jari. Hahahahaha...jadi waktu tu lokap ada lima orang tahanan. Salah satu lokap ni ada tiga orang dalamnya. Dan sebelah lagi ada seorang dan lokap hujung sekali ada dua orang. Malam tu kebetulan malam jumaat,jadi sudah jadi kebiasaan untuk aku baca Surah Yasin setiap malam jumaat ni termasuklah Ijan. Kami berdua baca guna app je dekat talifon.
Itulah orang kata...kadang-kadang budak jahat ni dia asalnya orang baik dan pandai juga. Tengah kami baca ada sorang ni dia ikut sama baca sampai habis ayat haa dia ikut. Lepas tu dia diam balik macam mula-mula tadi. Geng dia lagi dua orang tu gelakkan dia kata dia ni tunjuk alim la apa la.
"Kalau aku mati sekurang-kurangnya ada juga pahala aku sikit lepas baca Yasin ni." Jawab dia. Kawan yang dua orang tadi jelir lidah kat dia weh. Malu kena tempelak la tu. Dekat pukul satu pagi tiba-tiba budak sel hujung menangis tersedu-sedu. Yang member lagi sorang sedap membuta. Bila di tanya dia tak jawab. Kami takut dia sakit ke apa ka..boleh call ambulans kan..
"Aku haus..." Kata dia lepas menangis dengan teruk tu. Dua orang yang sel pertama tadi gelak berdekah kecuali budak yang baca Yasin tadi je dia dok tengok pelik. Ijan pun ambil air mineral hulur dekat budak yang menangis tu. Tau apa yang jadi? Dia tarik tangan Ijan weh. Menjerit Ijan sambil tarik tangan dia balik. Waktu ni aku baru perasan yang muka budak tu dah lain. Menyeringai dengan air liur meleleh,mata dia tu aku tak boleh lupa sampai sekarang ni. Mata dia merah menyala weh. Dekat pipi dia timbul urat urat biru merah ish tak tahu nak cakap hodoh tu macam mana. Macam ada cacing kat muka dia tu. Geli geleman aku. Aku tarik Ijan kuat-kuat sambil laung Allahu Akbhar terus dia lepaskan. Terduduk aku dengan Ijan ke lantai. Dia pulak dok menyeringai depan sel besi tu sambil gelak-gelak kat kami.
"Aku nak darah! Bagi aku darah! Aku lapar!" Jerit benda tu sambil hentak sel besi. Aku dengan Ijan perati je muka dia. Yang dok gelak-gelak di sel pertama tadi dah diam menikus dah kat bucu dinding. Tahu takut..tadi bukan main lagi. Kami call Tuan Basyir untuk bagitahu apa yang jadi,dia kata biarkan je. Budak sel hujung tu memang selalu macam tu. Kalau terlepas lagi teruk. Dia kena tangkap pun sebab gila nak cekik adik beradik dia. Katanya dia pergi sambut saka dari orang sebarang. Itulah yang dia dapat. Ijan tengok muka dia rasa kasihan pulak. Budak ni kalau tak datang hantu saka dia elok je. Sembang elok cakap lemah lembut elok je. Tapi tak tahu la akal letak kat mana pergi sambut saka orang pulak. Esoknya waktu hantar makanan aku tengok Ijan makan depan sel hujung tu. Bersila dengan budak saka tu. Menyembang bukan main lagi dua orang tu. Selesai apa semua aku tanya la kat Ijan..rupanya dia kena paksa pakcik dia..ayah dia dulu ada hutang dengan pakcik dia. Dalam 25 ribu. Hutang nak baiki rumah nenek dia. Rumah mak pakcik dia jugak weh...tapi pakcik dia ni buat buta mata keras hati pulak. Dia tuntut selalu sampai sakit ayah budak ni kena tekan dengan pakcik dia ni. Satu hari tu pakcik dia pergi jumpa dia..pakcik dia cakap senang je cara nak bayar hutang ayah kau. Kau ambik barang aku ni sambil hulur sebatang jarum emas yang di isi dalam botol minyak atar. Budak tu pun ambik lah sebab dia memang tak terfikir pun benda macam ni nak jadi. Balik rumah badan dia mula sakit-sakit lepas tu selalu mimpi ngeri yang sampai menjerit sampai terbangun tu ha..kadang-kadang mak dia nampak dia berjalan dalam tidur nak keluar rumah lah..pintu rumah sampai pasang mangga tiap malam lepas tu. Mimpi ada benda minta makanan lah apa lah..macam-macam lah dia kata. Waktu tu dia tak fikir lagi yang jarum tu puncanya. Sampai satu hari tu dia tidur lepas asar,mak dia baru balik dari kebun terkejut tengok dia tengah ratah ayam kat dalam bilik dalam keadaan tak sedar. Bila mak dia meraung barulah dia tersedar dan terkejut sampai tercampak ayam kat tangan. Muntah terus dia weh. Lepas tu ayah mak dia tanya macam-macam baru dia teringat jarum tu. Mengucap ayah dia weh...diorang buat keputusan nak hantar balik jarum tu. Tapi tak sempat. Pakcik dia meninggal esoknya. Lepas dari tu keadaan dah tak boleh kawal dah. Kalau dia tidur je mula lah badan dia kena kawal dengan benda lain. Kemuncaknya bila dia cuba nak cekik adik dia yang tengah tidur. Nasib baik adik dia sempat jerit. Kalau tidak arwah dah adik dia.
Ijan punya kasihan dekat budak tu dia talifon pakcik dia di Jerteh minta tolong tengokkan budak tu. Esoknya mak budak tu datang jamin dan berbincang dengan pakcik Ijan kat luar balai. Aku tengok budak tu naik kereta pakcik Ijan. Mungkin balik Jerteh. Ijan kata rawatan perlu di lakukan setiap hari sampai benda tu hilang. Sebab janji dah di buat antara pakcik dia dengan dia dulu. Tak tahulah macam mana caranya pakcik Ijan ni rawat. Aku harap budak tu kembali normal dan boleh tolong keluarga dia semula.
YOU ARE READING
CHERITA
ParanormalDalam ni dikumpulkan segala cerita-cerita mistik yang terjadi dalam hidup aku,kawan-kawan aku and ada juga yang rekaan.