JELMAAN

70 11 0
                                    

Cerita jiran aku..

Masa ni aku dapat kerja J&T...masa ni juga keadaan kewangan aku merosot sikit sebab motorsikal aku rosak. Duit banyak habis untuk baiki motor. Dan masa ni juga la syarikat yang paling "thorbaik" di malaysia ni buang pekerja dia sorang demi sorang. Dari dua belas orang jadi lapan orang. Ko rasa cukup ke lapan orang nak cover seluruh kuching? Aku masa tu memang penat gila la. Kadang pukul sebelas malam dok hantar barang lagi tau. Dapat pelanggan yang faham memang diorang tak kisah aku hantar lewat. Dapat yang cerewet aku rasa nak bakar ke parcel dia. Belum lagi kena maki depan-depan dengan pelanggan. Rasa nak je aku baling batu kat muka dia. Aku ingat lagi lah muka kau tu! Muka lawa tapi adab tak ada! Hampeh! Pakai braces warna kuning dah macam letak jagung kat dalam mulut! (Emosi pulak aku).

Dalam banyak-banyak pelanggan ada seorang nenek ni yang paling aku ingat sampai sekarang. Aku call dia dalam pukul empat setengah nak bagitahu dia yang aku tak sempat nak hantar barang dia ontime. Jadi aku minta izin boleh tak nak hantar lepas habis waktu kerja. Kira pukul lima aku start hantar barang area nenek ni.(barang-barang yang aku hantar malam memang aku dapat keizinan dari pelanggan. Semua aku call dulu bagitahu elok-elok. Diorang semua ok je)

Nenek ni tanya pukul berapa nak pergi rumah dia? Aku bagitahu anggaran dalam pukul tujuh lebih..sebab jauh juga. Jem lagi orang balik kerja pukul empat setengah ni. Nenek kata okey..hati-hati. Tak tahu kenapa aku rasa macam bercakap dengan arwah nenek aku sendiri weh. Sebak aku lepas tutup call. Rindu sangat dekat arwah nenek aku sebab aku di besarkan oleh nenek dari darjah tiga sampai besar. Mak ayah aku dah bercerai. Aku ada nenek je.

Masa kami sampai rumah nenek ni jam dah pukul lapan. Sebelum sampai aku call siap-siap dah bagitahu kami nak hantar barang. Masa sampai rumah nenek aku tengok ada suami dia duduk di beranda atas sambil hisap rokok. Aku pun angguk kepala dan terus bagi salam sambil bawa barang. Boleh tahan besar barang yang di pesan nenek ni.

Niat nak hantar barang je tapi di pelawa makan sekali. Aku memang dah lapar juga waktu tu terus masuk la..uish,besar rumah nenek ni.

"Tinggal sorang ka,Nek?"tanya aku.

"Tak lah..ada anak bongsu yang teman. Tapi belum pulang lagi. Kerja juga."jawab nenek. Masa nenek hidang lauk aku jadi terdiam sekejap. Lauk kegemaran aku weh. Sayur labu masak lemak. Rasa nak menangis je masa makan.Aku bersembang sampai tak sedar jam dah pukul sepuluh. Masa aku tengah makan tu nenek buka parcel. Rupanya sebuah frame gambar keluarga. Gembira sangat muka nenek sambil belai satu persatu muka yang ada dalam gambar.

"Ramainya..mesti meriah bila raya nanti." Kata aku. Nenek angguk sambil lap air mata.

"Ini empat orang ni dah tak ada...baru meninggal awal tahun ni.kemalangan. Ini arwah suami nenek..meninggal bulan lepas. Sakit kanser. Sekarang tinggal tiga orang ni saja anak nenek." Waktu nenek cakap macam tu jantung aku rasa macam terhenti sekejap. Aku perhati muka arwah suami nenek yang meninggal tu. Berdiri bulu roma aku weh...yang merokok kat beranda tu tadi sebiji macam arwah suami nenek.

"Nenek..dekat atas ada orang tak?"aku tanya.

"Tak ada..nenek sorang saja..ni kalau si bongsu balik baru ada orang teman nenek."

Aduhhhh...apa la yang aku nampak tadi. Nasib baik masa nak balik benda tu dah tak da kat beranda dah. Lega hati aku. Tapi lepas dari kejadian tu nenek selalu call aku. Kadang-kadang ajak berborak. Aku okey je. Sebab aku rindu nenek aku juga.

CHERITAWhere stories live. Discover now