PONTIANAK

66 9 3
                                    

Cerita kawan aku..

Kejadian ni berlaku masa aku mula mula masuk kerja di sebuah syarikat ni. Kerja sebagai kerani saja tapi macam bukan kerani pula. Semua kerja aku buat. Sampai bancuh air untuk bos meeting pun aku buat tau. Bos aku jenis tak minum air 3 in 1 ni. Jadi aku la tukang buat teh tarik untuk dia. Dan untuk dia meeting sekali. Masuk lima bulan aku kerja situ kerja aku makin bertambah dan kadang-kadang aku o.t sampai pukul sembilan,sepuluh malam. Kalau mak aku tak call memang aku tak balik lagi la. Aku jenis yang tak suka tangguhkan kerja. Kalau boleh nak siapkan hari tu juga.

Entah macam mana satu hari tu komputer aku meragam. Jadi lambat dan setting lari. Nasib baik aku ni jenis yang sentiasa bersedia. Semua kerja kerja aku copy siap-siap dah. Jadi bila komputer kena hantar bengkel aku tak kisah sangat. Jadi aku terpaksa guna laptop aku buat sementara waktu. Di sinilah masalahnya bermula. Kat rumah aku tak ada Wifi,nak tak nak aku kena juga stay dekat ofis sampai larut malam. Kadang-kadang ada budak guard temankan,kadang kadang aku sorang diri la kat tingkat tiga tu. Tapi aku tak takut sebab bangunan kami ni ada tujuh tingkat. Banyak lagi syarikat lain dalam bangunan ni. Setiap kali o.t aku akan jenguk ke tempat parking. Nampak kereta masih banyak hati aku lega sikit. Sekurang-kurangnya bukan aku je yang o.t.

Masuk minggu ke dua komputer aku masih juga belum siap. Haih..lambatnya diorang buat kerja. Jadi malam tu macam biasalah aku dengan kerja aku di meja aku. Tengah asyik buat kerja tiba-tiba bunyi mesin fax di dekat pantry mengejutkan aku. Eh,sapa yang fax tengah malam ni? Waktu tu aku fikir mungkin mesin ni dah nak rosak macam komputer aku agaknya. Jadi aku teruskan lagi kerja aku. Selang beberapa minit mesin fax bunyi lagi. Aku pun bangun pergi tengok. Mana tahu ada orang hantar apa-apa ke..tapi tak ada. Kertas tu kosong. Aku dah pelik dah. Waktu nak balik ke meja aku tiba-tiba bekas yang berisi pen di kaunter jatuh dengan sendirinya. Waktu ni aku dah tak sedap hati dah..rasa seram semacam je. Aku tak pergi kutip sebaliknya aku pergi ke meja aku untuk kemas semua barang aku. Aku nak balik!.

Sampai dekat lift tiba lift sangkut pulak. Dok dekat G tak naik naik ke tingkat tiga. Aku pun ambil keputusan guna tangga. Korang tahu? Tangga kami tu ditepi bangunan menghadap ke tempat parking tau. Kat tangga ni selalu jadi tempat orang merokok sebab tempatnya terbuka. Dan waktu aku buka pintu ke tangga angin kuat menerpa ke badan aku. Sejuk gila weh. Aku pun cepat-cepat turun. Tingkat tiga rasa macam tingkat tujuh. Lama sangat nak sampai ke bawah. Dan setiap langkah aku tu aku terdengar bunyi macam kain di kibas kibas. Setiap kali aku sampai dia tingkat bawah akan ada bunyi kain di kibas. Aku sampai nak tersadung kaki sebab kelam kabut nak turun. Dan bila aku dah sampai bawah aku kena masuk balik ikut pintu tepi menuju ke lobby. Waktu tu la aku terkejut gila sampai terlonjak badan aku. Benda tu duduk di tempat pemegang tepi tangga sambil tengok aku. Pintu lobby dengan aku jarak tak sampai sepuluh langkah dengan benda tu di tengah-tengah. Aduhhhh...nak patah balik memang tak lah. Last-last aku angkat beg laptop tutup muka sambil berlari ke pintu lobby. Cepat cepat aku buka dan lari ke lobby menuju ke budak guard. Lembut lutut aku nampak budak guard weh. Terduduk aku depan dia.

"Hemmh...dah jumpa dah la ni..baru tadi dia lalu depan kami,Bang."kata budak guard tu.

"Apa benda tu?" Tanya aku.

"Pontianak." Jawab budak Guard.

CHERITAWhere stories live. Discover now