Cerita kawan atok aku...
Seminggu kedai makan kawan karib aku si Ghani tak buka. Hairan juga sebab dia tak pernah cuti lama. Paling lama pun tiga hari je. Itu pun sebab kematian anak saudara dia yang paling dia rapat dulu. Jadi sudah kebetulan eaoknya hari sabtu,aku ajak isteri aku pergi ziarah dia. Kami sama-sama bekas askar. Pindah ke sabah pun sama,pindah ke kelantan pun dan pencen pun sama. Rapat dari dulu lagi. Isteri pun rapat juga. Isteri aku dengan isteri Ghani ni dulu buka kedai makan dalam kem. Memang suka masak memasak. Ada juga dia tawarkan kerja memasak untuk isteri aku waktu dia buka kedai dulu. Tapi terpaksa tolak sebab isteri aku tak mampu nak berdiri lama. Ada masalah lutut.
Esoknya kami pun pergi di hantar anak aku yang nombor dua,kebetulan dia nak keluar cari barang juga jadi kami minta dia hantar kami dulu. Sampai kat depan pagar bagi salam dua tiga kali tak bersahut tapi pintu rumah terbuka. Nampak jelas kawan aku tengah duduk di sofa. Aku pun masuk je la dah pagar tak berkunci kan. Terkejut dia tengok aku depan pintu rumah dia. Aku lagi terkejut tengok dia yang melepuh kat bahagian dada.
"Kenapa ni? Kau tertumpah air panas ke?"
"Tak la..aku pun tak tahu kena apa tiba-tiba saja naik macam ni." Jawab Ghani.
Lama aku perati badan Ghani,melepuh dekat dada,dekat lengan,dekat leher ada juga sikit. Satu lagi yang aku perasan,badan dia terasa membahang sangat. Aku duduk sebelah dia pun rasa panas.
"Kau demam ke?" Soal aku.
"Eh,tak ada lah..aku sejuk lagi ada lah..dah lah tak boleh pakai baju ni. Diorang dalam rumah ni tiap malam buka aircond. Nak beku dah aku ni ha.." jawab Ghani. Aku dah naik pelik. Aku suruh dia jelir lidah. Lidah dia pucat je,langsung takda warna merah jambu. Aku cek mata dia,nadi dia..tekaan aku jarang salah.
"Kau kena santau ni,Ghani. Tengok lidah kau tu macam tak berdarah dah ha..bawah mata pun kuning."kata aku. Ghani gelak je. Tak percaya dengan kata aku.
"Siapalah nak santau orang tua macam aku ni,Din..aku ni dah la tak berharta. Apa yang dia dengkikan sangat dekat aku ni.."Ghani gelak dengar kata kata aku. Tapi aku tetap tak puas hati. Balik dari rumah Ghani aku cuba talifon kawan aku Hamid yang duduk di Jitra. Kebetulan Hamid nak ke Melaka esok dan nak melawat kami juga katanya. Terus aku bagitahu keadaan Si Ghani. Mengucap Hamid,patutlah dia asyik teringat dekat Ghani dua tiga hari ni dia kata. Sebab tu dia nak ke Melaka esok,nak melawat Hamid juga.
Esoknya aku datang lagi ke rumah Ghani tapi aku bawa Hamid bersama. Keadaan Ghani makin teruk. Kesan melepuh makin besar di leher dan mula menjalar ke celah ketiak.
Hamid cuba bantu dengan buat air penawar dahulu. Tepat tekaan aku Ghani memang kena santau. Waktu dia minum air penawar yang Hamid buat dia muntah banyak sedangkan dia tak makan apa pun dari pagi tu. Waktu ni barulah Ghani percaya. Menangis isteri Ghani sebab terkilan dengan apa yang berlaku ni. Kami cuma mampu suruh dia bersabar je.
Sesi rawatan dengan Hamid berlangsung selama seminggu. Memang siksa sangat tengok Ghani. Hari ni kami buang esok banyak balik benda benda tu. Memang orang yang hantar tu sentiasa but dekat Ghani. Masuk hari ke empat Hamid panggil kawan dia di Klebang untuk tolong sama. Kawan dia nama Haji Saidi. Waktu Haji tu masuk rumah Ghani aku rasa rumah tu jadi sejuk,dan tak rasa rimas macam selalu. Ghani pula tak habis habis sendawa bila Haji duduk depan dia. Belum sentuh apa-apa lagi,bersembang baru. Ghani sendawa tak berhenti-henti. Kami sampai naik hairan.
"Sendawa ni bagus untuk badan..buang angin..tapi kalau sendawa macam ni tandanya ada benda nak keluar. Cuma tak jumpa jalan."kata Haji Saidi. Tapak tangan Ghani dia urut sambil baca selawat selawat dan tiup di bahagian urat nadi. Setiap kali tiup Ghani akan tersentak dan kaki dia mula menggeletar.
"Saya tolong,ya. Bismillah..." Kata Haji sebelum dia urut belakang Ghani. Aku tengok je sampai habis. Ni kali ke dua aku tengok Ghani sakit macam ni. Dulu masa kerja askar di Kelantan sekali. Yang ni aku pelik. Yelah...pangkat ada,anak bini cantik comel elok,tapi dengki dekat orang bawahan sebab selalu kena puji dalam meeting. Bila dah terkantoi dia boleh salahkan Ghani pula sebab selalu kena puji. Orang kalau kau kerja bagus,tak mengelat,selalu ada bila orang perlukan dan selalu ikut operasi memang orang akan pandang baik dekat kau..tapi kau? Setiap kali nama naik kau bagi alasan mak kau sakit nak kena balik kampung,isteri kau nak beranak lah..keguguran lah..lepas tu waktu kerja kau sibuk nak ajak org mengopi lama-lama. Memang busuklah nama kau..haduhh..tak faham aku dengan manusia ni.
Lepas seminggu rawatan di bantu Haji Saidi keadaan Ghani nampak semakin membaik. Kesan melepuh hilang seratus peratus. Macam tak pernah hinggap dekat badan dia tu. Muka pun dah naik seri sikit dah. Tak pucat dengan mata kuning dia tu. Lega sangat aku tengok dia macam tu. Masuk hari ke tujuh Haji Saidi lakukan rawatan dekat kawasan rumah dia dengan kawasan kedai makan dia. Tahu apa yang kami jumpa? Ada bangkai kucing di tanam dekat tepi pagar rumah Ghani. Rumah Ghani ni corner,jadi dia tanam dekat tepi pagar betul betul menghadap bilik Ghani. Patutlah bilik dia bau pelik,cari-cari tak jumpa punca bau. Rupanya di tanam di luar. Yang dekat kedai lagi dahsyat. Ada bangkai kelawar tiga ekor atas bumbung. Satu dekat bahagian dapur,satu dekat depan dan satu lagi dekat bahagian bilik rehat tempat Ghani solat. Orang yang buat ni dia memang tahu selok belok kedai ni dengan rumah Ghani. Dekat kedai Ghani jug kami jumpa beberapa kain kuning dan hitam yang di selit dekat celah-celah meja. Ha...korang boleh bayangkan tak? Meja tu meja kayu tau. Kain ni kecik je. Kain tu besar tapak tangan di gulung-gulung sekecilnya dan di selit dekat bawah meja. Yang boleh terjumpa tu sebab kain tu terjatuh dengan sendirinya lepas Haji Saidi bacakan beberapa potong ayat. Selesai tujuh hari rawatan Haji Saidi kata kalau dia nak hantar lagi kali ni memang tak boleh dah. Sebab kalau dia nak masuk kedai Ghani dia akan terhalang. Kami pun angguklah sebab tak tahu terhalang macam mana kan...lepas seminggu Ghani buka balik kedai makan dia. Banyak yang datang sebab banyak yang tertanya-tanya kenapa kedai tutup. Dan hari jumaat tu Ghani rancang nak buat sedekah di kedai dia. Dia nak bagi makan percuma pada siapa siapa yang masuk kedai hari tu. Aku dengan Hamid mesti pergi punya. Bini dia pakar masak lauk kampung tau. Memang rezeki kami la dapat jumpa masak lemak daging salai pucuk ubi. Perghhhh....makan tak sempat nak menyembang dah. Punya sedap. Habis makan aku dengan Hamid duduk di pantai tak jauh dari kedai Ghani. Kira nampaklah kedai Ghani dari tempat kami tu. Tengah sedap layan angin tiba-tiba kecoh depan kedai Ghani. Ada orang pengsan katanya. Kami pun bergegaslah ke kedai semula. Sudahlah dia pengsan tepi kereta aku. Pergi tengok rupanya abang ipar Ghani si Hamdan dengan isteri dia pengsan. Waktu ni memang berubah Ghani terkejut dan terasa hati sangat la..sebab dia teringat kata Haji Saidi hari tu. Dan takkanlah nak pengsan serentak dengan isteri kan..mesti ada something. Isteri Ghani lagi la..sedih sampai menangis. Ghani call anak buah dia suruh kutip mak ayah dia yang pengsan ni. Masuk dalam kedai,Ghani dengan isteri menangis sedih dekat dapur. Tak sangka orang terdekat dan orang yang kita percaya sanggup buat macam tu dekat kita.
Lepas kejadian tu memang abang ipar dia mengelak sungguh la dari bertembung dengan Ghani anak beranak. Ghani dengan isteri dia baik je dengan anak anak buah,cuma dengan mak ayah diorang memang Ghani tak pandang langsung. Masing masing mengelak.
YOU ARE READING
CHERITA
ParanormalDalam ni dikumpulkan segala cerita-cerita mistik yang terjadi dalam hidup aku,kawan-kawan aku and ada juga yang rekaan.