Cerita sepupu aku..
Zaman teknologi sekarang ni memang agak mencabar sebab rasa takut dan malu tu makin berkurang. Sana sini budak-budak berani mencuba. Yang dulu aurat terjaga dengan mudah tunjuk di muka buku tanpa rasa malu. Yang berniqab pun tak kurang juga nak tayang konon-konon bergambar dalam keadaan muslimalah sangat tu. Kadang-kadang meluat juga bila tengok semua pakat nak sahut cabaran yang pelik pelik dekat sosial media tu. Yang cabaran ke arah islam tu kurang pula. Lebih kepada lagha. Mudahan kita semua tergolong dalam umat yang masih lagi berpegang pada ajaran Nabi kita dan sunnah Nabi kita.
Cerita di sini tentang kawan aku yang gila popular. Suka nak cari hantu konon konon diri berani tapi bila hantu keluar dia yang lari. Aku pernah ikut dia sekali lepas tu tobat tak ikut dah. Sebab apa? Perangai hanat dia la buat aku tak mau ikut dah tu.
Kami dalam empat orang plan nak ke sebuah rumah lama tak jauh dari kampus kami ni. Rumah tu dulu bekas askar duduk tapi dah lama di tinggalkan dan pelajar pelajar banyak cerita yang rumah ni "keras". Sebagai seorang yang suka pada perhatian,kawan aku ni tiba-tiba rasa bertanggung jawab nak cari kebenaran tentang cerita-cerita mistik rumah tu. Aku mulanya memang tak mahu ikut program dia tu tapi terpaksa ikut juga sebab aku sorang je yang ada lesen kereta waktu tu. Dengan malasnya aku terpaksa juga ikut.
Pukul sebelas malam si Munir ni dah tercegat depan bilik aku tunggu aku bersiap. Sakit hati aku tengok muka tersengeh dia tu. Tanggung jawablah sangat. Aku,Munir,Hanif dengan Zul dah siap siap dan mulakan perjalanan kami. Dalam lima belas minit kami sampai dan setting semua kamera dan barang-barang kami. Aku tak bawa banyak barang. Cukuplah beg untuk letak power bank,dompet dengan kad pelajar aku. Malas aku nak beria-ria dengan Munir ni. Lampu suluh wajib la..
Aku tengok rumah tu tak la besar mana. Semak pun tak tinggi mana. Macam ada orang bersihkan selang dua tiga bulan semak tumbuh. Rumah tu dekat selekoh pulak tu,siap ada tiang lampu lagi depan rumah dan belakang rumah. Memang tak seram langsunglah. Terang benderang nak seram mendenye.
Masuk dalam kawasan rumah si Munir ni biasalah..intro berapi-api. Zul dengan Hanif biasa je sambil suluh keadaan sekeliling.
PRAK!
Bunyi kayu patah buat kami terkejut. Gilalah,ada anjing warna coklat dekat dalam rumah lari kena suluh Hanif. Ada anak tiga ekor lagi.
"Weh,Munir..ni rumah anjing lah. Dah lah..jom balik. Merepek je kau ni."kata aku dekat Munir. Dia suruh aku diam boleh..
"Jom masuk dalam. Mana tahu jumpa something."dia kata. Aku dengan malasnya pun ikutlah dia...pusing sana sini tak jumpa apa pun. Rumah tu macam sarang dadah pun ada. Jarum berselerak kat dalam sebuah bilik ni. Siap ada tilam lagi kat bilik atas tu. Ni memang siang hari jadi port mat pit ni. Masuk bilik hujung sekali tiba-tiba Munir terkejut. Entah apa yang dia nampak terus dia ajak kami turun kelam kabut. Sampai kat kereta dia diam je.
"Jomlah balik. Penatlah..aku mengantuk ni."kata Zul. Hanif dengan aku setuju je. Munir ni dia diam je sambil buka pintu kereta. Sepanjang jalan balik ke rumah sewa si Munir ni diam je sambil main kuku dia. Aku pun tak da mood nak sembang dengan mata mengantuk ni. Hanif dengan Zul hanyut dah kat belakang. Sampai rumah sewa Munir menonong masuk rumah terus masuk bilik dia.
Aku gerak la si Hanif dengan Zul suruh masuk rumah,elok je Hanif dengan Zul buka kasut nak masuk aku dapat call dari Munir. Aik,dalam rumah pun nak bercall call bagai.
"Woiii korang tinggal aku kenapa??? Ambik aku sekarang!!" Jerit Munir dalam talifon. Hanif dengan Zul dah masuk dalam dah. Tinggal aku terkejut sorang diri kat depan pintu.
"Hanif!! Zul!! Sini jap! Cepat!"panggil aku.
"Kenapa kau ni?"tanya Hanif.
"Weh...Munir tertinggal kat rumah tu weh..dia baru call aku."aku bagitahu. Zul tergelak boleh..dia selamba pergi ke bilik Munir dan buka pintu sambil panggil nama Munir. Bilik tu kosong weh..Zul tak puas hati dia pergi ke dapur dan tandas. Kemudian dia datang semula dengan muka pelik dia.
"Munir tak da." Dia kata. Apa lagi...kelam kabut kami hidupkan kereta pergi semula ke rumah kosong tadi. Sampai sana nampak si Munir tengah bersandar dekat tiang eletrik depan rumah tu. Marah si Munir ni bila kami sampai. Kami bertiga terkebil-kebil susah nak faham apa yang jadi.
Waktu kereta kami tinggalkan rumah tu kami terserempak dengan apek tengah bawa anjing jalan jalan. Bila kereta makin dekat baru kami nampak dengan jelas yang apek tu tak ada mata hidung mulut. Menjerit si Munir sambil tutup muka. Tahu takut. Lepas tu sampai rumah kami buka balik rakaman yang kami ambil tadi. Seram gila woi...time kami kelam kabut lari turun dari tangga tu nampak dengan jelas Munir sorang lagi datang dari bawah tangga dan ikut lari dengan kami sekali. Munir yang sebenar lari entah ke mana. Dan yang paling tak boleh lupa tu senyuman si Munir waktu muka dia betul betul depan kamera tu. Seram gila weh kalau tengok lama lama. Ingatkan dah serik Munir ni. Masih juga nak masuk tempat tempat macam tu. Tapi kali ni dia tak membongkak dah. Hahahaha...cuma dia tak upload. Dia suka suka ikut untuk kepuasan sendiri dia kata.
YOU ARE READING
CHERITA
ParanormalDalam ni dikumpulkan segala cerita-cerita mistik yang terjadi dalam hidup aku,kawan-kawan aku and ada juga yang rekaan.